Tuesday, 19 December 2017

Barua Pakatan Buat Kianat Pada Kereta YDP MPP UUM?! [4 Gambar]

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Utara Malaysia (UUM) terkejut apabila kereta Perodua Myvi miliknya yang diletakkan di pekarangan kolej kediaman di kampus induk UUM di Sintok dekat sini disembur cat dipercayai dalam kejadian awal pagi tadi.

Muhammad Luqman Jamalil-Idrus, 22, berkata, dia menyedari kejadian ketika mahu ke kuliah kira-kira pukul 9.30 pagi.

"Kereta Perodua Myvi warna putih yang saya letakkan di tempat letak kereta berhampiran kolej kediaman Inapan Siswa (Inasis) Tenaga Nasional Berhad (TNB) disembur cat warna merah selain diconteng dengan perkataan 'macai HEP (Hal Ehwal Pelajar)'," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Menurutnya, dia kemudian terus membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

"Saya tidak menolak kemungkinan kejadian ini disebabkan perasaan tidak puas hati pihak tertentu terhadap tugas yang saya jalankan sebagai Yang Dipertua MPP UUM sejak September lalu," ujarnya.

Tambah Muhammad Luqman, ia merupakan kejadian pertama yang dialaminya dan menganggapnya sebagai cabaran yang perlu ditempuhinya sebagai seorang Yang Dipertua MPP.

"Saya serahkan siasatan lanjut kes ini kepada pihak polis," jelasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd. Ismail Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian. - sumber





Barua Pakatan Buat Kianat Pada Kereta YDP MPP UUM?! [4 Gambar] Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 19 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...