Wednesday, 13 December 2017

Annuar Musa Bebas Didakwa SPRM #TolakPakatanHarapan #TSAM

Beliau bersyukur, maafkan individu yang buat tuduhan.

Tan Sri Annuar Musa menzahirkan rasa syukur apabila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak didakwa didalam isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan oleh Penegrusi MARA Berhad (PMB) dan dari university Kuala Lumpur (UniKL). Dalam isu ini, pihak pendakwaan raya telah memutuskan bahawa mantan Pengerusi MARA ini tidak bersalah kerana pihak pendakwa raya tidak menemui sebarang unsur atau bukti yang boleh menyabitkan Tan Sri terhadap penyalahgunaan kuasa.

Tan Sri Annuar menyatakan bahawa beliau percaya ianya telah dipolemikkan bermula dengan personaliti tertentu yang telah membuat tuduhan terhadapnya. Ini membuktikan apa yang telah dilaksanakan oleh Tan Sri Annuar Musa ketika memimpin pasukan Kelantan atau lebih dikenali dengan The Red Warrior (TRW) betul dan tiada sebarang unsur salahgunakuasa dengan kedudukan beliau selaku Pengerusi MARA ketika itu.

Untuk rekod, TRW telah melalui era kegemilangan di bawah kepimpinan Tan Sri Annuar dan beliau digelar bapa transformasi Pasukan Bola Sepak Kelantan sebaik sahaja memimpin pasukan Kelantan semenjak tahun 2007. Kelantan mencapai pencapaian hebat pada tahun 2012 apabils menjuarai tiga piala (Liga Super,Piala Malaysia dan Piala FA).

Bagi meredakan suasana dan sewaktu tempoh bertenang, Tan sri Annuar telah mengambil pendekatan yang sederhana. Beliau tidak banyak mengeluarkan kenyataan dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak SPRM melakukan siasatan. Ternyata SPRM adalah satu badan siasatan yang cekap dan berintergriti di mana siasatan terhadapnya telah berjaya diselesaikan dengan cepat.

Tan Sri Annuar dalam kata – katanya yang penuh rasa syukur sewaktu sidang media selepas Majlis Penyampaian Alatan dan Kelengkapan Sekolah di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) itu, turut memaafkan mereka yang tersalah cakap dan yang telah membuat tuduhan terhadapnya dalam isu ini. Beliau berpendapat lebih baik melupakan sahaja apa yang telah berlaku dan pada masa yang sama beliau tidak berhasrat untuk memanjangkan lagi perkara ini. Lebih baik kita pandang kehadapan, ujarnya lagi.

Dalam isu yang sama, SPRM dalam kenyataan mereka melalui Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Azam Baki telah memberitahu bahawa pihak pendakwa raya telah meneliti kertas siasatan dalam isu tersebut sebelum keputusan dibuat dan dari segala keterangan yang diambil serta bukti yang telah dikumpul tidak cukup untuk mendakwa mantan Tan Sri Annuar.


Tan Sri Annuar yang juga ahli Parlimen Ketereh  telah dinasihatkan bercuti pada Januari lalu sebagai Pengerusi Mara Bhd (PMB) bagi memberi laluan terhadap proses siasatan serta membantu pihak SPRM berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa sebagai Pengerusi MARA berkenaan isu penajaan PMB serta UniKL untuk pasukan TRW,.
Annuar Musa Bebas Didakwa SPRM #TolakPakatanHarapan #TSAM Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 13 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...