Monday, 27 November 2017

Warga Emas Dimaki ADUN Pakatan #MCA

Seorang warga emas telah membuat laporan polis terhadap seorang ADUN pembangkang kerana digertak, diugut dan dimarahi oleh ADUN tersebut hanya disebabkan meminta baki bayaran perkhidmatan sebanyak RM600 selaku juri pertandingan karaoke pada September lepas.


Lee Toh Chee @ Lee Wah yang berusia 77 tahun yang juga seorang guru muzik yang berpengalaman selama lebih 50 tahun , dalam laporan polisnya mendakwa sewaktu pertemuan tersebut, keadaan telah bertukar menjadi keruh apabila ADUN dari parti pembangkang berkenaan telah memaki dan memarahinya, malah turut mengugutnya. Beliau juga telah diherdik oleh pembantu khas ADUN tersebut yang telah bertidak menghentak meja dan memarahinya.

ADUN berkenaan juga menyatakan bahawa beliau mempunyai ramai kenalan di Ipoh dan pada masa yang sama meletakkan duit sebanyak RM200 di atas meja yang mana wang tersebut telah diserahkan oleh Lee Wah kepada rakan juri yang mengikutinya.

Dalam satu sidang media di Pejabat MCA Lee Wah mendakwa, ADUN pembangkang tersebut telah mengugut untuk menakutkan Lee Wah dengan menyatakan bahawa beliau mempunyai kabel dengan kongsi gelap dan dengan sombongnya telah memberitahu Lee Wah bahawa beliau ada wang dan terpulang kepadanya samada untuk memberi atau tidak dan sekiranya tak mahu beri, satu sen pun tidak akan diberi.

Kejadian ini seolah - olah memperlihatkan Lee Wah terkejar - terkejar berkehendakkan duit dan ini telah menjejaskan kreadibilitinya. Pada 17 November lepas beliau telah menerima baki bayaran penuh dan ingin melupakan perkara tersebut kerana ianya telah selesai tetapi perkara lain pula yang berlaku.

Dalam sidang akhbarnya itu, perkara di luar jangka berlaku dimana beliau memberitahu bahawa seorang pengguna lama sosial yang dakwanya seorang yang dikenali oleh ADUN tersebut telah memuat naik gambarnya ke Facebook dan mencemuhnya dengan pelbagai perkataan yang kurang elok dan memalukan sedangkan tujuannya pada pertemuan tersebut adalah untuk menunutut haknya sebagaimana yang dijanjikan sebelum konsert amal bermula.

Pengerusi MCA Ipoh Barat, Aldrich Low Gui Nan turut sependapat bahawa tindakan pengguna lama sosial tersebut telah menjatuhkan imej dan reputasi guru muzik yang cukup disegani di Ipoh dan bersetuju agar kedua-duanya meminta maaf kepada Lee Wah. Ini kerana maruah Lee Wah telah tercalar dengan posting sebegitu yang mengandungi kata - kata kasar dan tidak wajar oleh pembuli siber berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Thamby telah mengesahkan bahawa satu laporan polis telah di buat oleh Lee Wah berkaitan hal tersebut di Balai Polis Kg Simee dan beliau akan menjalankan siasatan lanjut akan perkara ini.
Warga Emas Dimaki ADUN Pakatan #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 27 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...