Friday, 17 November 2017

Sultan Johor Perkenan Pembinaan Jambatan Sistem Transit Rapid #RTS #SPAD

Projek jajaran jambatan Sistem Transit Rapid (RTS) setinggi 25 meter (m) yang akan merentasi Selat Johor secara lurus bagi menghubungkan Woodlands, Singapura ke Bukit Cagar, Johor Bahru telah diperkenan oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada Rabu lalu.


Baginda telah menerima mengadap Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Mohd Azharuddin Mat Shah bersama pegawai kanannya di istana Bukit Pelangi rabu lalu dan baginda telah menitah perkenan pada pertemuan tersebut.

SPAD telah mengemukakan tiga pilihan jajaran bagi projek RTS pada pertemuan tersebut yang telah juga mengambil kira cadangan Banginda semasa pertemuan sebelum ini pada 19 September lalu dan Baginda telah memberi perkenan bagi jajaran jambatan setinggi 25m yang akan merentasi Selat Johor secara lurus apatah lagi ianya mematuhi panduan teknikal Jabatan laut Malaysia yang menetapkan had ketinggian jambatan bersama drauf udara minimum 25m.

Dilaporkan sebelum ini Baginda tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk landasan yang melengkung, selain jambatannya yang mungkin mencapai ketinggian 30 meter di bahagian tengahnya, sebaliknya Baginda mencadangkan penjajaran yang lurus dan kerajaan telah mengkaji cadangan Baginda tersebut.

Pada Mei 2010 pembinaan RTS telah dicadangkan sebagai alternatif kepada 80, 000 hingga 100,000 pengguna tambak Johor setiap hari dan apabila ianya siap kelak RTS dapat menampung pergerakan sehingga 10,000 penumpang setiap jam antara dua stesen di Woddlands dan Bukit Chagar.

Baginda Sultan Johor telah menekankan kepentingan memastikan penyuraian trafik di kawasan stesen RTS Bukit Chagar dan SPAD akan mengambil tindakan terhadap perkara terbabit.

SPAD turut merakamkan setinggi - tinggi penghargaan kepada Baginda Sultan Johor atas sokongan dan perkenan bagi projek RTS dan penghargaan juga turut dirakamkan kepada Datuk Seri abdul Rahman Dahlan selaku Menteri di jabatan Perdana Menteri atas kepimpinan dan bimbingan beliau dalam projek RTS ini.
Sultan Johor Perkenan Pembinaan Jambatan Sistem Transit Rapid #RTS #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Friday, 17 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...