Wednesday, 8 November 2017

SPAD Tahan Pemandu Samseng?! #SPAD

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah berjaya menahan seorang pemandu teksi yang berlagak samseng dengan memeras ugut terhadap penumpangnya pada bulan lepas. Ini adalah susulan dari satu laporan yang dilaporkan oleh pengadu kepada pihak pada 18 September lalu.

Pemadu dan pengendali teksi terbabit telah di arahkan untuk memberikan keterangan di pejabat SPAD dan pada masa yang sama pihak SPAD turut menyita teksi suspek bagi membantu siasatan. 

Denda tidak lebih dari RM50,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua – duanya sekali sekiranya suspek didapati bersalah.


Manakala pengendali teksi pula akan didenda antara Rm1,000 hingga RM500,000 atau penjara sehingga 2 tahun atau kedua – duanya sekali jika di dapati bersalah dan turut disiasat mengikut Seksyen 22, akta yang sama.

SPAD akan sentiasa membantu dalam menyelesaikan aduan orang ramai dan dinasihatkan kepada mereka yang mempunyai aduan yang berkaitan dengan pengangkutan awam darat tidak perlu takut dan ragu terus sahaja membuat laporan kepada SPAD untuk di ambil tindakan.


SPAD Tahan Pemandu Samseng?! #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 8 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...