Monday, 20 November 2017

Sistem Pengangkutan Awam Akan Diperluaskan - Nancy #SPAD

Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri bahawa kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap usaha - usaha untuk memperluaskan rangkaian sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan efisen. Selain dari bandaraya Kuala Lumpur, keperihatinan kerajaan merangkumi kawasan bandar dan luar bandar.

Pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan bagi menentukan pilihan jenis pengangkutan awam terbaik di sesuatu kawasan seperti kepadatan penduduk, keadaan muka bumi, aktiviti ekonomi, permintaan perjalanan serta jumlah penumpang.

Perkhidmatan bas henti - henti adalah pengangkutan awam darat yang paling optimum untuk dilaksanakan dan disediakan di lain - lain negeri seperti Sarawak selain daripada Lembah Klang. Ketika ini pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh pengusaha bas henti -henti di seluruh Negara dan kerajaan amat sedar akan permasalahan ini. Mereka bergelut untuk mendapat keuntungan bagi memastikan tambang yang diperolehi dapat menampung kos operasi mereka. 

Nancy menjawab soalan berkaitan dengan hal ini di Dewan Rakyat yang dikemukakan oleh Datuk Ahmad Lai bin Vujang (BN-Sibuti) bahawa, bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah memperkenalkan Dana Sokongan Sementara Bas Henti - Henti (ISBSF). 

Semenjak tahun 2012 kerjaan telah memberikan bantuan kepada mereka melalui dana ISBSF ini. Tujuan kerajaan menyalurkan dana ini adalah langkah sementara untuk mempastikan pengusaha bas henti – henti terutamanya laluan sosial di luar bandar dapat meneruskan perkhidmatan mereka.


Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti - Henti telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai satu penyelesaian jangka masa panjang. Ianya bertujuan untuk meningkatkan daya maju pengedali dan membantu dalam memperluaskan laluan serta meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan bas henti - henti.
Sistem Pengangkutan Awam Akan Diperluaskan - Nancy #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Monday, 20 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...