Monday, 13 November 2017

Pemilihan CEC DAP - Kepimpinan DAP Kekal Rasis #LawanDAP #Perjuangan4All

Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP membuktikan kepentingan orang melayu tidak diiktiraf oleh DAP. Ini telah dinyatakan sendiri oleh bekas Timbalan Pengerusi DAP iaitu Zulkifli Mohd Noor. Hal ini terbukti kerana dalam pemilihan CEC tersebut tiada seorang pun wakil dari kaum melayu terpilih kecuali Ahli parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang secara dasarnya beliau tidak pernah diiktiraf sebagai orang melayu hanya menperakui bahawa beliau hanyalah seorang yang beragama islam.


Zulkifli juga menyatakan bahawa ini adalah fakta yang nyata dan ianya diketahui oleh umum berkenaan sikap sebenar DAP. Keputusan CEC ini hanyalah satu ulang tayang apabila pemimpin melayu hanya dilantik bukannya dipilih oleh perwakilan.

Dalam pemilihan CEC berkenaan, Zairil Khir Johari selaku antara pemimpin melayu yang dipilih memperolehi 649 undi dan menjawat jawatan sebagai Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan. Hanya Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dilantik dari kalangan pemimpin melayu sebagai Naib Presiden. Manakala lain – lain jawatan yang dilantik adalah terdiri dari kaum cina dan india.

Keputusan melantik kedua – dua pemimpin ini hanyalah wayang sahaja bagi meraih undi dan sokongan melayu, ujar Zulkifli lagi. Manakala saudara Rahmad Isahak bekas ahli DAP mahukan parti itu supaya meminda perlembagaan parti itu supaya pemimpin melayu juga boleh dipilih oleh perwakilan dan bukannya dilantik. 


Rahmad Isahak juga mencabar DAP untuk meletak pemimpin melayu di tempat kedua parti kerana jawatan tersebut mempunyai kuasa untuk menentukan sebarang keputusan. DAP juga seolah cuba mengaburi orang melayu dengan memperlihatkan parti itu membawa konsep masyarkat majmuk, maka mereka menggunakan melayu sebagai boneka, namun hakikatnya adalah tidak benar sama sekali.

Ternyata pemilihan CEC kali ini tidak menggambarkan parti itu mengamalkan dasar kepelbagaian kaum sebagaimana yang mereka perkatakan kepada rakyat. Hal in dinyatakan sendiri oleh bekas Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik. Sejarah Lim Guan Eng yang sengaja melengah – lengahkan penubuhan jawatankuasa DAP di Kedah yang mempunyai anggota ramai ahli melayu telah membuktikan bahawa DAP adalah parti rasis, ujarnya lagi.
Admin tak lupa...

Kesimpulan dari penulis, DAP adalah contoh tertinggi politik rasis. Pemimpin tertingggi mereka adalah pengarah dan juga pelakon yang amat baik dan cekap bermain wayang. Orang melayu yang sokong dan menyertai parti ini adalah terdiri dari makhluk yang imun sifat bodohnya. Percaturan DAP yang memecah belah orang melayu bermula sejak dahulu lagi dan ianya berterusan sehingga ke hari ini. Cita – cita tinggi mereka sanggup membelakangkan etika politik telus dan jujur sebalinya kaedah menipu, memanupulasi, fitnah serta mengamalkan kronisme dan nepotisme adalah wadah dan tunjang politik mereka demi mencapai cita – cita untuk memerintah Malaysia.
Pemilihan CEC DAP - Kepimpinan DAP Kekal Rasis #LawanDAP #Perjuangan4All Daeng Selili Rating: 5 Monday, 13 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...