Tuesday, 7 November 2017

Masyarakat Diminta Jadi "Mata dan Telinga" #SPAD

Datuk Che Hasni Che Ahmad selaku Ketua Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) meminta orang ramai untuk menjadi ‘mata dan telinga’ kepada pihak SPAD dengan melaporkan apa jua kesilapan yang dilakukan oleh kenderaan berat ketika kenderaan ini berada di jalan raya. Ini disebabkan pihak SPAD tidak boleh memantau kesalahan yang dilakukan oleh pemandu lori atau bas di jalan raya pada setiap masa.


Beliau juga meminta para pengguna jalan raya terus membuat aduan di talian SPAD yang beroperasi 24 jam atau menghubungi nombor talian yang tertera pada kenderaan terbabit sekiranya melihat kesalahan para pemandu tersebut.

Dalam operasi bersepadu Ops Hippo antara SPAD dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap lori di jalan Kuantan-Tanjung Lumpur dan Jalan Kuantan-Pekan berhampiran Inderapura, beliau juga memaklumkan bahawa turut menerima aduan daripada mereka yang merakamkan kejadian dengan menggunakan kamera jenis ‘dashcam’ serta melakukan siasatan terhadap kejadian yang tular di media sosial.

Che Hasni juga mengingatkan kepada para pengusaha dan pemandu lori agar menumpukan dan memberi keutamaan kepada keselamatan pengguna jalan raya serta perlu mematuhi undang-undang dan jangan semata-mata mengejar keuntungan, sehingga melakukan kesalahan seperti membawa lebih muatan atau muatan yang tidak sepatutnya dan yang lebih penting yang perlu mereka ingat adalah kerana kenderaan yang mereka pandu itu lebih berisiko mendatangkan kecederaan parah dan kematian.

Manakala para pemandu lori perlu mematuhi permit muantan yang dikeluarkan. Ini kerana jika sebuah lori yang tidak mempunyai permit apatah lagi lori yang tidak sesuai untuk membawa batu namun tetap membawa muatan batu ianya akan menyebabkan batu mudah keluar dan boleh mendatangkan risiko kemalangan pada kederaan di belakang, ujar Che Hasni lagi.

Selain daripada itu, pengusaha atau pemilik lori diingatkan supaya tidak mengupah pekerja asing tanpa lesen yang sah untuk memandu lori mereka. Kesannya mereka akan berhadapan dengan risiko, lesen syarikat akan digantung selain akan menyukarkan mereka semasa diaudit oleh SPAD atau jika berlaku kemalangan.

Dalam operasi yang bermula jam 7 pagi yang melibatkan 4 pegawai dan 38 anggota SPAD serta PDRM, mereka telah menahan sebanyak 31 buah lori yang melakukan 66 kesalahan. 

Che Hasni memberitahu bahawa, antara kesalahan tersebut ialah, 44 yang berkaitan dengan SPAD seperti membawa lebihan muatan dan muantan yang tidak dibenarkan. Manakala 22 lagi kes di bawah bidang kuasa PDRM seperti tidak memliki alat pemadam api, kesalahan berkaitan dengan nombor pendaftaran dan cukai jalan yang tamat tempoh. 

Lazimnya para pemandu kenderaan berat seperti lori dan bas kerap melakukan kesalahan di jalan raya dan laporan berkaitan kesalahan para pemandu yang degil ini telah dilaporkan kepada pihak berkuasa terutama kepada SPAD. Dalam hal in SPAD telah melaksanakan etika kerja terbaik dengan pelbagai program-program kesedaran dan keselamatan jalan raya yang telah dianjurkan oleh SPAD. 

Namun kes-kes yang melibatkan kenderaan berat terus berlaku. Ini sememangnya jelas disebabkan oleh faktor kecuaian manusia dan juga ketamakan para pengusaha – pengusaha lori dan bas yang mengejar keuntungan tanpa memikirkan keselamatan para penggguna teramai. Oleh itu pihak orang ramai tidak boleh menyalahkan SPAD 100% dalam apa jua kemalangan yang berlaku.
Masyarakat Diminta Jadi "Mata dan Telinga" #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 7 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...