Tuesday, 7 November 2017

Kit Siang Biar Penyokong DAP Pulau Pinang Mati Tenggelam?! #KekalNajib #SavePenang #PrayForPenang #LawanDAP


Pulau Pinang dilanda banjir besar yang terburuk dalam sejarahnya lantaran kegagalan pentadbiran Kerajaan DAP yang tidak beretika menguruskan negeri dan tidak mendengar nasihat Rakyat dan Agensi Kerajaan yang sering membangkitkan soal penjagaan ekosistem agar tidak belaku kejadian kejadian yang kini menjadi kenyataan dengan terkorbannya 7 orang rakyat Pulau Pinang yang tidak berdosa akibat dari kerakusan tangan tangan pemusnah kawasan tadahan hujan dan bukit bukau.



Kerajaan negeri juga dan tidak mengambil endah amaran yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kajicuaca. Hal ini disahkan sendiri oleh MP DAP Tan Kok Wai kena tibai rapat di Dewan Rakyat semalam dengan mendakwa Jabatan Kajicuaca tak bagi amaran hujan lebat di Penang. Soalan itu dijawap pantas oleh Timbalan Menteri MOSTI Datuk Dr Abu Bakar yang lantas bertanyakan kepada beliau kembali "Tak tengok TV ke?" dan amaran Hujan tahap KUNING telah dikeluarkan sejak 01 November 2017 lagi.



LGE sebelum ini pernah mengkritik pimpinan Kerajaan PAS Kelantan lantaran kejadian banjir besar beberapa tahun lalu yang melanda negeri itu. Tetapi nasib malang kata katanya itu terpaksa ditelah semula bila terjadinya musibah banjir yang menenggelamkan sebahagian besar Pulau Mutiara ini.

Menariknya, Si ayah kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Kit Siang dilihat lebih seronok bermain politik di Selangor dan tidak mengendahkan para penyokong DAP Pulau Pinang yang selama ini menyokong ibarat penyodok terhadap kepimpinan beliau dalam DAP.


Beliau tidak berani bertemu muka dengan rakyat Pulau Pinang lantaran kegagalan Kerajaan DAP yang diketuai olehnya gagal menadbir urus negeri itu. Mungkin kerana melihat beberapa rakaman video yang viral dimana beberapa pemimpin / MP DAP yang dikecam teruk kerana tidak berupaya membantu malah tidak memberikan apa apa peruntukan untuk menanggung kerugian yang dialami.






Alhamdulillah, YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak sudi menjenguk negeri malang yang diperintah pembangkang itu meskipun pernah dicaci maki, dihina dan difitnah oleh mereka YAB PM tidak pernah menyimpan dalam hati malah mereka adalah rakyat yang tertipu oleh lengok bahasa dan terpesona dengan kata kata manis DAP yang kononnya boleh memerintah dengan baik.


YAB PM berjanji akan menyalurkan lebih lagi bantuan untuk rakyat Pulau Pinang selepas banjir ini selesai.  Kit Siang tinggalkan rakyat! Guan Eng mati kutu!



Kit Siang Biar Penyokong DAP Pulau Pinang Mati Tenggelam?! #KekalNajib #SavePenang #PrayForPenang #LawanDAP Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 7 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...