Friday, 17 November 2017

Kerajaan Tidak Bantu Rakyat Pulau Pinang Tenggelam Banjir?! #TolakPakatanHarapan #

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap isi rumah yang terlibat dengan banjir baru – baru ini. Beliau berkata demikian di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang yang mana Guan Eng dipetik berkata, Kerajaan persekutuan telah membuat pengumuman yang sama bagi membantu mangsa banjir besar di negeri Kelantan pada tahun 2014, ujarnya lagi.

Ini menggambarkan seolah - oleh Guan Eng masih belum berpuas hati dengan pelbagai bantuan dari Kerajaan Persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang baru – baru ini 

Berkaitan dengan kenyataan sebuah akhbar tempatan utama yang melaporkan bahawa Guan Eng yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih telah mendakwa Kerajaan Persekutuan masih belum menghulurkan bantuan secara langsung kepada mangsa banjir di Pulau Pinang. Namun beliau menafikan, yang dimaksudkan oleh beliau adalah Perdana Menteri (PM) belum umumkan bantuan kepada mangsa banjir sebagaimana yang pernah di lakukan oleh PM di Kelantan pada tahun 2014.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim mempersoalkan kenyataan Guan Eng yang telah disiarkan didalam akhbar tersebut. Ini disebabkan Abdul Azeez menyatakan bahawa bantuan dari Kerajaan Persekutuan merupakan usaha yang dipantau secara terus oleh PM.

Lim Guan Eng amat terkenal dengan kelicikannya dalam memanupulasi sesuatu perkara meskipun hal yang diperkatakan itu melibatkan kepentingan rakyat. Beliau rela berbohong malah ianya telah menjadi rutin demi mempertahankan keegoannya. Cara dia spin atau putar belit seolah-olah tiada sekelumitpun bantuan untuk mangsa banjir dihulurkan kerajaan Pusat.

Apakah dengan menunjukkan muka kasihan dan simpatinya terhadap mangsa banjir di Pulau Pinang baru – baru ini merupakan wajahnya yang sebenar sebagai seorang pemimpin yang mengambil berat masalah rakyat?. Jawapannya, ‘Lu pikir la sendiri’. 

Rakyat Pulau Pinag jangalah mudah terpedaya dengan lakonan mantap Guan Eng ini. Natijahnya tiada sekelumit perasaan pun untuk beliau zahirkan rasa simpati terhadap mangsa terbabit kerana segala macam tentangan dan laporan berkaitan dengan pembangunan yang melampau telahpun dilaporkan kepada beliau. Namun Guan Eng buat ‘derk’ je.




Selaku rakyat Malaysia yang waras, mari kita lihat senarai bantuan banjir yang telah di salurkan oleh kerajaan persekutuan dan NGO pro-kerajaan.

1. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sediakan RM1 bilion.

2. Kelab Putera 1Malaysia hantar 60 kontena berisi makanan dan sebagainya.

3. Bank Negara Malaysia sediakan RM500 juta untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana yang terjejas banjir.

4. Imigresen bagi penggantian passport percuma.

5. PTPTN beri kelonggaran boleh membuat penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman.

6. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengerahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang merupakan antara bantuan paling awal diberikan kepada mangsa sebelum Guan Eng hubungi pasukan keselamatan itu.

Seramai 200 anggota terlibat. Aset ATM yang dikeluarkan adalah dua helikopter Agusta, 89 trak tiga tan,62 bot tempur, 27 Land Rover, 19 buah trak Tatra, 4 helikopter EC725, 2 helikopter Nuri, 2 pesawat C130, 1 helikopter Fennec, 1 helikopter Super Lynx selain wang enhsan RM500 bagi setiap seorang warga kementerian yang terjejas akibat banjir.

7. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi hantar RELA dan konvoi NGO beserta barnagan bernilai RM90,000. Seramai 500 pegawai dan anggota termasuk 19 lori, 17 van, tujuh kenderaan pacuan empat roda serta sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk membantu mangsa banjir.

8. Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Bomba dan Penyelamat, pihak Angkatan Tentera Malaysia, Polis Di Raja Malaysia. Bantuan seperti, bantal, selimut, pakaian dan peralatan memasak.

9. BIRO Kebajikan UMNO Malaysia (BiKUM) hantar bantuan medik dan menyampaikan kit bantuan harian, dianggarkan 6,000 keluarga akan menerima bantuan dengan kos keseluruhan berjumlah RM1.5 juta.

10. Puteri UMNO bersama NGO bawa sumbangan seperti makanan, lampin pakai buang bayi, bahan kering masakan, peralatan alat tulis dan beg sekolah.

11. Polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bomba bersedia sejak 6 pagi untuk membantu calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ke sekolah.

12. Mercy Malaysia buka klinik bergerak, bantuan rawatan dan perubatan yang ditaja oleh Yayasan Sime Darby, turut menyumbangkan 500 kit perubatan.

13. BN Terengganu sumbang bantuan kewangan dan barangan keperluan berjumlah RM200 ribu beserta 200 orang sukarelawan untuk bersih rumah dan premis.

14. Parti Gerakan sumbang RM100 ribu dan ahli membantu pembersihan rumah mangsa banjir.

15. MCA menghantar sumbangan dan Crisis Relief Squad of MCA (CRSM) membantu pembersihan rumah mangsa banjir

16. MIC menghantar lebih 100 petugas MIC Youth Disaster Aid Centre (MyDAC) membantu mangsa banjir.

17. MB Perak lulus RM100,000 peruntukan.

18. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) beri bantuan kewangan segera, makanan, peralatan, perlindungan, perubatan serta lain-lain keperluan.

19. Datin Seri Rosmah Mansor yang juga presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia turut mengumumkan agihan sebanyak RM 110,000 kepada mangsa banjir.

20. Kerajaan negeri Melaka menghantar lebih 200 sukarelawan termasuk kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini bagi misi bantuan pasca banjir ke Pulau Pinang.

21. JAKIM beri khidmat kaunseling selain bantuan kewangan termasuk barangan keperluan asas kepada wakil-wakil beberapa buah masjid dan juga sekolah KAFA yang terjejas.

22. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah melalui kerajaan negeri hantar 200 sukarelawan bagi misi bantuan pasca banjir di Pulau Pinang.

23. Peruntukan RM2 juta bagi kerja menaik taraf sistem saliran dan perparitan yang rosak akibat banjir di sekitar daerah Kulim.

24. Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah membekalkan 30 set janakuasa bergerak ke kawasan banjir di Pulau Pinang.

25. Tabung Haji juga beri sumbangan kepada anggota TH, berihkan rumah dan bantuan RM 2000 kepada anggota serta sumbangan barang keperluan harian kepada pesara TH yang terlibat.

26. UniKL sumbang sukarelawan dan dana RM 60,000.

27. Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) akan memberi akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) percuma kepada lebih 3,000 pelajar Tahun 1 yang terlibat dengan bencana banjir di Pulau Pinang bernilai RM320,000

28. Team Salute Malaysia, Presidennya Datuk Rizal Mansor bawa 60 sukarelawan bersama barang-barang keperluan termasuk makanan, minuman dan peralatan pembersihan rumah. Turut bawa 4 pegawai perubatan.

29. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) sumbang barangan makanan, pakaian, lampin pakai buang bayi, tuala, selimut dan kelengkapan mencuci rumah.

30. Bank tempatan seperti CIMB, RHB, Bank Islam beri tangguh bayaran sehingga 6 bulan.

31. Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah melalui kerajaan negeri Kedah naikkan daripada RM100 kepada RM200 bagi mangsa banjir yang berdaftar dan berpindah ke pusat pemindahan.

Berdasarkan perkara di atas, apa lagi yang Guan Eng hendak agaknya?. ‘Lu pikir la sendiri’.


Kerajaan Tidak Bantu Rakyat Pulau Pinang Tenggelam Banjir?! #TolakPakatanHarapan # Daeng Selili Rating: 5 Friday, 17 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...