Wednesday, 8 November 2017

Kenapa PM Lambat Melawat Mangsa Banjir Besar Pulau Pinang? #LawanDAP #Perjuangan4All #KekalNajib #SavePenang #PrayForPenang #Pray4Penang


Ada segelintir individu yang mengecam YAB Perdana Menteri kerana lambat hadir ke kawasan kawasan yang teruk dilanda bencana banjir besar di Pulau Pinang pada 05 November 2017 lalu.

Antara yang menariknya, seorang artis cantik dan pernah dilabelkan “suka datang lambat ke lokasi" dan pernah digugurkan dari pengambaran drama kerana sikapnya suka “buat perangai” dan tidak berdisiplin itu pun turut mengecam YAB Perdana Menteri dilaman twitternya.



Soalan seperti ini jelas individu tersebut tidak berupaya menggunakan otaknya yang waras sebelum mempersoalkan tentang lawatan dan cara kerja seorang pemimpin. Dan ia jelas bersikap suka memberikan persepsi buruk terhadap pemimpin negara seolah olah YAB PM tidak memberikan perhatian terhadap bencana yang terjadi di Pulau Pinang.

Mana mana pemimpin negara sekalipun ia mempunyai jadual lawatan yang ketat dan perlu mengikut standard operating procedure (SOP) yang perlu di ikut oleh pihak keselamatan terutamanya PDRM. Pihak PDRM akan memastikan kawasan lawatan tersebut bebas daripada segala kemungkinan marabahaya (Terima Kasih Cikgu Effy) termasuk keadaan bentuk muka bumi dan cuaca pada hari tersebut adalah selamat untuk dilawati.

Dalam hal lawatan PM ke kawasan yang dilanda banjir semalam, Seorang Perdana Menteri turun ke kawasan bencara beliau perlu ditemani oleh pelbagai pihak antaranya Ketua Menteri, Menteri Menteri Kabinet (yang berkenaan), Ahli Parlimen, ADUN ADUN disetiap kawasan, Ketua Jabatan Agensi dan Ketua Kampung atau JKKK semasa membuat tinjauan. Ini kerana pihak lawatan YAB PM perlu mendapatkan sendiri aduan dan rumusan dari individu individu tersebut kerana mereka telah diberi mandat oleh rakyat untuk menyuarakan apakah permasalahan yang berlaku ditempat tersebut untuk tindakkan seterusnya.




Ditambah pula dengan persediaan berkenaan logistik adalah bukan sesuatu perkara yang mudah memandangkan jumlah kehadiran yang akan turut sama pada hari kejadian adalah lebih ramai daripada kebiasaannya. 

Andainya YAB PM hadir pada hari pertama kejadian dan tidak dapat dijangkakan adakah kawasan tersebut selamat dan tidak dapat dijangkan banjir disitu ia benar benar surut. Lagipun ketika tempoh awal bencana tersebut pasukan keselamatan seperti ketua kampung, JPAM, PDRM dan tentera sedang sibuk dalam operasi menyelamat.

Bagaimana keadaanya jika sedang dalam operasi memindah dan menyelamat, dan masa itu jugalah YAB PM nak turun kawasan, jelaslah ia akan mengganggu operasi yang sedang dijalankan dan keadaan semasa adalah tidak selamat untuk membuat tinjuan apatah lagi ia adalah lawatan seorang ketua sebuah negara.




Terima Kasih kepada para anggota anggota keselamatan yang sanggup membanting tulang, menahan kesejukkan dalam mengharung air banjir yang penuh dengan risiko pelbagai kuman dan penyakit demi menyelamatkan mangsa mangsa banjir. Semoga Allah SWT sahaja dapat membalasnya.
Kenapa PM Lambat Melawat Mangsa Banjir Besar Pulau Pinang? #LawanDAP #Perjuangan4All #KekalNajib #SavePenang #PrayForPenang #Pray4Penang Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 8 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...