Thursday, 9 November 2017

Jangan Malu Ceritakan Kejayaan Najib - Annuar Musa #TSAM #Perjuangan4All #LawanDAP #UMNO #KekalNajib

Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Seri Najib Tun Razak kini di landasan yang betul dalam agenda membantu rakyat negara ini mengecapi keamanan, keselesaan dan tahap kehidupan yang baik dirantau ini. Selama beliau mengetuai kepimpinan negara beliau secara serius melaksanakan pelbagai usaha untuk memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.



Jentera parti terutama daripada Penerangan UMNO negeri dinasihatkan agar tidak malu malu untuk mempromosikan dan menyebarkan kejayaan demi kejayaan yang Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden Parti UMNO telah lakukan untuk memacu negara ini meskipun dunia mengalami ketidaktentuan ekonomi global.

Terdapat usaha usaha daripada pihak pembangkang khususnya cuba untuk menafikan kejayaan ini dan berusaha untuk menenggelamkan segala apa yang telah dijayakan oleh presiden UMNO dengan terus menimbulkan persepsi buruk terhadap parti dan kepimpinan negara terutama dengan cara halusnya menyebarkan berita separuh benar dan palsu.

Perkara ini diberi perhatian oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang berkata terdapat usaha untuk menenggelamkan kejayaan yang dilakar perdana menteri dan presiden UMNO itu dengan menimbulkan persepsi yang buruk terhadap kepimpinan beliau dengan menyebarkan pelbagai berita palsu kepada rakyat.

Gerakan ini cuba menenggelamkan kisah kejayan yang dicapai oleh Perdana Menteri dan diganti dengan cerita negetif seolah olah negara ini akan bangkarap, tekanan kos sara hidup seolah olah kerajaan tidak berbuat apa apa sedangkan semua sedia maklum di era Dato Seri Najib Razka banyak subsidi diberikan kepada rakyat.

Belia menegaskan jentera penerangan perlu lebih proaktif dan jangan malu alah dalam menyampaikan kepada rakyat mengenai kejayaan dan sumbangan Kerajaan hari ini dalam mentadbir negara ini. Tidak perlu rasa malu atau rendah diri dalam kalangan anggota parti untuk bercerita mengenai kejayaan tersebut ada harus di ketahui Kerajaan Pesekutuan di bawah Barisan Nasional antara kerajaan yang terbaik di rantau ini.


Pihaknya sedia berkongsi dan tidak menyembunyikan apa apa kebenaran demi meneruskan agenda membantu rakyat kata Tan Sri Annuar Musa dalam sesi program dialog Perjuangan 4All di Shah Alam kemarin.
Jangan Malu Ceritakan Kejayaan Najib - Annuar Musa #TSAM #Perjuangan4All #LawanDAP #UMNO #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 9 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...