Friday, 10 November 2017

Haramkan Akhbar Azmin ‘hebat’ tapi membisu pesta arak diharamkan - TSAM #TSAM #Perjuangan4All @AgendaDaily

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa membidas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali kerana memperlihatkan sikap yang ‘luar biasa’ dengan cuba memperlihatkan beliau sebagai jaguh dalam sesuatu isu. Azmin dengan langkah ‘hebatnya’ telah mengharamkan akhbar perdana berbahasa melayu di Selangor namun ‘menikus’ dalam isu mengharamkan pesta arak dan usul memperkasa mahkamah syariah.


Tindakan Azmin yang mengarahkan agar PKR Selangor memberhentikan langganan akhbar di dibawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian berkuatkuasa serta merta ini jelas seperti kebudak – budakan dan beliau langsung tidak memperlihatkan sikap yang matang selaku sebagai seorang Menteri Besar dan ianya secara jelas memberi gambaran buruk terhadap pimpinan Mohamed Azmin Ali yang terbukti terus tunduk di bawah pengaruh DAP.

Annuar juga menyatakan bahawa kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Azmin begitu tertekan dan sememangnya beliau ternyata menghadapi masalah kecelaruan yang teruk dan tiada keyakinan diri apabila merasakan orang melayu dan islam tidak lagi akan memberi sokongan kepada kerajaannya. Kerajaan Selangor yang sememangnya telah di kuasai oleh DAP dan dari segi rekod perkhidmatan, DAP tidak ada langsung sejarah yang memperlihatkan mereka membela kepentingan agama islam dan bangsa melayu khususnya.

Kedua akhbar utama arus perdana ini iaitu Utusan Malaysia dan Berita Harian sememangnya telah memperjuangkan kepentingan umat islam dan bangsa melayu semenjak sebelum merdeka lagi. Dasar kerajaan Selangor yang dikuasai oleh DAP, jelas memusuhi orang melayu dan islam namun akan tetap mempertahankan segala hal yang berkaitan dengan kaum bukan islam khususnya kaum cina. 

Di dalam negara yang mempunyai pelbagai kaum dan agama, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku dan Annuar menyatakan juga bahawa tidakan Azmin tidak dipersetujui oleh rakyat Selangor dan seterusnya akan meningkatkan lagi penolakan rakyat terhadap Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP. 

Mohamed Azmin jelas terlupa dengan sejarah politik dan pembangunan negeri Selangor. Beliau masih berkhayal dan seolah mengelamun sampai gagal mengingati bahawa Utusan Malaysia dan Berita Harian telah memainkan peranana yang besar kepada negeri Selangor sebelum ini dan di bawah kedua – dua rangkaian Kumpulan Utusan Malaysia dan Berita Harian terdapat ramai anak Selangor yang bekerja dan mendapat peluang berniaga dan kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam perkara ini.

Dengan tindakan Azmin yang biadap dan tidak wajar, nescaya rakyat di negeri Selangor akan lebih cepat menolak kepimpinannya.

Azmin bukanlah pemimpin yang tulin, jawatan Menteri Besar yang di sandangnya hanyalah satu wayang. DAP lah yang sebenarnya memerintah negeri Selangor. Dengan dasar – dasar kerajaan Selangor yang ektremis dan bersifat pekauman yang melampau, terbukti bukan Azmin yang berkuasa tetapi DAP lah yang menjadi “joy stick” atau selaku “Master Mind” dalam dasar pemerintahan negeri Selangor. Azmin selayaknya hanyalah sebagai seorang ‘pencuci jamban’ dan bagaimana seorang yang terbukti ada sejarah kehidupan yang tidak senonoh berjaya memerintah Selangor. PRU-14 mohon rakyat Selangor tukar.
Haramkan Akhbar Azmin ‘hebat’ tapi membisu pesta arak diharamkan - TSAM #TSAM #Perjuangan4All @AgendaDaily Daeng Selili Rating: 5 Friday, 10 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...