Monday, 13 November 2017

DAP RASUAH : Guan Eng Kebal Dari Tindakan Disiplin Parti #KekalNajib #LawanDAP #DapRasuah #TolakPakatanHarapan


Demokrasi tiada dalam DAP

Sekumpulan anggota DAP telah berhimpun di luar Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam, tempat dimana berlangsungnya pemilihan semula CEC. Tujuan mereka adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati mereka berhubung dengan pemilihan tersebut.

Hal ini disebabkan DAP masih membenarkan Lim Guan Eng bertanding dalam pemilihan jawatankuasa CEC sedangkan berdepan dengan kes rasuah. Mereka juga hairan kerana sehingga kini tiada tindakan disiplin diambil terhadap Guan Eng berkenaan kes rasuah tersebut apatah lagi pelbagai kontrovesi melanda termasuk kejadian tanah runtuh di Tanjung Bungah.

Mereka menyifatkan demokrasi sudah mati dalam DAP kerana turut mengamalkan diskriminasi apabila hanya mengambil tindakan disiplin terhadap pemimpin bawahan sedangkan tiada tindakan dikenakan terhadap pemimpin tertinggi seperti kes Guan Eng, malah mereka hanya berdiam diri. 

Perkara ini telah dinyatakan dan dibuktikan sendiri oleh Bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra, R. Vellasamy, dimana beliau telah dipecat kerana mempertahankan hak – hak kaum india dalam DAP.

Seramai 1,356 perwakilan telah memilih 20 anggota CEC dalam Pemilihan Semula CEC setelah mendapat kebenaran daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Kesimpulan dari penulis, tiada isitlah demokrasi dalam DAP, kesemua gerak kerja, tindakan dan keputusan adalah di kawal dan diputuskan oleh pemimpin tertentu sahaja khususnya dari pemimpin ‘defactor’ Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. Tidak hairanlah ‘Dinasti Lim’ kekal sehingga sekarang. Kesemua anggota DAP dikawal seperti robot dan telah didoktrinkan untuk mengikut arahan kedua – dua ‘Lim’ ini.
DAP RASUAH : Guan Eng Kebal Dari Tindakan Disiplin Parti #KekalNajib #LawanDAP #DapRasuah #TolakPakatanHarapan Daeng Selili Rating: 5 Monday, 13 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...