Monday, 13 November 2017

DAP Parti Pelbagai Kaum Hanya Kelentong - Annuar Musa #Perjuangan4All #TolakPakatanHarapan #LawanDAP

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa telah mengulas secara sinis keputusan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) kerana ianya jelas menunjukkan DAP bukanlah parti pelbagai kaum sebagaimana dakwaan mereka. Hal ini terbukti kerana berdasarkan kepada keputusan, ianya dibarisi dan di kuasai oleh kaum tertentu sahaja di dalam barisan kepimpinan mereka. Annuar Musa juga menyatakan hanya kaum tertentu sahaja yang mendominasi pemilihan berkenaan sekaligus menimbulkan pertanyaan apakah DAP benar - benar part pelbagai kaum.

Sewaktu Program Bicara Minda & Sesi dialog di Dewan Keda, Kampung Berjaya, Jeniang pada Ahad malam yang mana ianya turut disertai oleh Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Annuar Musa telah menempelak Lim Kit Siang yang acap kali mengelentong dengan menyatakan DAP parti pelbagai kaum, namun hakikatnya adalah sebaliknya. 


Meskipun Kit Siang menyatakan ada seorang melayu iaitu (Khir Johari) dan hakikat ini boleh diterima tetapi kedudukannya adalah nombor 19 dan nombor 20 adalah India, tempelak Annuar Musa. 

Selama lebih 50 tahun DAP memasuki pilihan raya tiada angka yang boleh dibanggakan untuk menunjukkan orang melayu dilantik menjadi wakil rakyatnya. Hanya 10 orang berbanding dengan BN dan Perikatan yang mempunyai satu pertiga wakil rakyat yang terdiri daripada kaum bukan melayu dan bukan islam. Malah sehingga kini sudah beribu yang telah menjadi wakil rakyat, menteri, speaker, timbalan spekear dan sebagainya di bawah konsep yang dilaksanakan, ujar Annuar Musa lagi.

Adakah rakyat masih lagi mahu tukar parti yang berkawan dengan DAP?, soalnya lagi.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menerima undian tertinggi iaitu sebanyak 1,199 undi dalam pemilihan semula CEC. Manakala anaknya lim Guan Eng masih mengekalkan kedudukan sebagai Setiausaha Agung DAP.

Kesimpulan dari penulis, ternyata parti kelentong DAP ini bukanlah parti yang mewakili pelbagai kaum sebagaimana dakwaan mereka. Berdasarkan keputusan pemilihan semula CEC, sememangnya jelas memperlihatkan topeng sebenar mereka dan hal ini. Pemimpin melayu yang layu dalam janji – janji mereka sebenarnya sudah didoktrin oleh pimpinan DAP, maka tidak hairanlah melayu digunakan untuk menjahanamkan melayu.
DAP Parti Pelbagai Kaum Hanya Kelentong - Annuar Musa #Perjuangan4All #TolakPakatanHarapan #LawanDAP Daeng Selili Rating: 5 Monday, 13 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...