Tuesday, 7 November 2017

BANJIR TERBURUK DALAM SEJARAH : DAP Cagar Nyawa Rakyat Demi Keuntungan #KekalNajib #SavePenang #TolakPakatanHarapan #LawanDAP


Beberapa malapetaka besar di Pulau Pinang boleh dianggap tragedi paling buruk pada tahun 2017 dimana selepas kejadian tanah runtuh di projek pembinaan rumah/kondominum mewah di Tanjung Bungah yang meragut 11 nyawa ditambah pula kejadian banjir besar yang dilaporkan pada dua hari lepas ia sudah mengorbankan 7 nyawa rakyat yang tidak berdosa.

Walaubagaimanapun nyawa nyawa ini tidak boleh ditebus kembali tetapi ada yang masih alpa dan seronok seronok memasang lilin di Dataran Merdeka tanda solidariti kepada bekas ketua Umum Pakatan Rakyat yang genap 1000 hari dipenjarakan atas kesalahan meliwat pembantu peribadi beliau .


Bagi yang beragama Islam sewajarnya dilakukan solat hajat memohon agar malapetaka seperti itu tidak lagi menimpa negara ini bukannya bersuka suka membuat kemungkaran mengikut cara orang bukan islam seperti memasang lilin tersebut. 

Kesengsaraan rakyat Pulau Pinang yang menjadi mangsa kerakusan kepimpinan negeri tersebut tidak menjadi kesan terhadap golongan ini. Mereka lebih mementingkan agenda peribadi daripada membantu meringankan beban dan memberi sokongan moral kepada mangsa mangsa banjir tersebut.

Takkalan ini, Parti parti Politik pembangkang berlumba lumba mempamerkan no akaun parti masing masing untuk mengutip derma yang kononnya untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir.

Dalam sindang dewan rakyat pula Ahli Parlimen DAP menunding jari kepada Jabatan Meteorologi kerana tidak memberikan amaran kepada mereka mengenai hujan lebat sedangkan ramalan cuaca buruk telah dibuat seawal 01 November 2017 berita, tv, media sosial dan laman web rasmi akan tetapi tidak siapa mengendahkannya.

Hujan lebat pada musim tengkujuh setiap tahun di seluruh negara adalah fenomena biasa akan tetapi banjir di Pulau Pinang kali ini adalah reflek kepada kerakusan aktiviti menarahan bukit bukau, penebangan hutan dan penambakkan laut antara faktor yang memberikan lebih impak ia lebih teruk daripada kejadian sebelum ini.


Ada yang menafikan hal ini dengan alasan Taufan yang melanda itu membawa hujan yang lebih lebat daripada tahun sebelum ini. Mungkin ia salah satu faktor tambahan akan tetapi pemotongan cerun bukit dan proses meratakan tanah yang tidak terkawal ia menyebabkan hakisan tanah (Runtuhan juga telah belaku dibeberapa tempat di Pulau Pinang) hakisan ini hanyut dan menjadikan laluan air, parit, longkat dan sungai menjadi cetek perkara ini secara tidak langsung menjadi limpahan air hujan yang banyak naik kekawasan yang tidak sepatutnya.

Pembangungan yang belaku di Pulau Pinang yang kini memasuki tahap tidak terkawal lantaran memenuhi pemintaan pelaburan hartanah dari pembeli pembeli khususnya dari Singapura dan China menyumbang kepada kegopohan pihak kerajaan Negeri meluluskan pelbagai projek projek yang tidak diberikan kebenaran termasuk laporan Jabatan Alam Sekitar yang secara professional memberikan cadangannya.


Pembinaan projek projek ini menanggung kos jutaan malah mencecah billion ringgit akan tetapi dari segi sistem peparitan pihak pemaju melepaskan sekadar batuk di tangga.

Menyalahkan fitrah alam sebagai punca banjir terburuk ini bukalah sesuatu alasan yang bijak terutama dari pihak Kerajaan Negeri, Haruslah di timbang tara tangan tangan yang membuat kemusnahan terhadap ekosistem bumi bertuah ini. Hujan tidak dapat dihalang, tetapi kemusnahan kawasan tadahan, bukit bukau dan sistem peparitan yang bersesuaian dengan jumlah kepadatan dikawasan itu adalah perlu diberi perhatian.

Kepada Kerajaan Negeri, berpada padalah dalam mengejar keuntungan dan jangan terlalu angkuh dan sombong dengan sedikit kuasa yang dikurniakan kepada kalian, Tuhan memberikan amarannya dengan masa untuk kita berfikir dengan waras. Jangan korbankan nyawa rakyat tidak berdosa hanya kerana mahu mengejar kegemilangan, kemewahan dan keuntungan sehinggakan kebajikan rakyat dibakul sampahkan.

DAP sila mendiang!
BANJIR TERBURUK DALAM SEJARAH : DAP Cagar Nyawa Rakyat Demi Keuntungan #KekalNajib #SavePenang #TolakPakatanHarapan #LawanDAP Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 7 November 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...