Monday, 23 October 2017

Ramai Bakal Mati Katak Projek RMM Kerajaan Negeri DAP? #LawanDAP #DAP

Pada malam 18 Oktober lalu, Penduduk beragama Hindu di Pulau Pinang [Rujuk] meluahkan rasa kecewa bilamana sambutan Hari Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan dipasang dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan. 

Tetapi pihak Kerajaan Negeri DAP tidak membuat sebarang sambutan berkenaan festival tersebut dengan alasan penjimatan dan secara tidak langsung Kerajaan DAP langsung tidak bertoleransi dengan amalan adat budaya berbilang bangsa di negara ini. Malah DAP lebih mementingkan pesta arak besar besaran demi menjamu nafsu para pelancong asing untuk memajukan industri pelancongannya yang menjana puluhan billion kepada ekonomi Pulau Pinang berbanding jasa bakti warganegara Malaysia beragama Hindu di Pulau Pinang.


Daripada insiden itu jelas Pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang memang berkuasa dengan konsep 'buat pekak badak' dalam isu isu yang berkaitan kebajikan rakyat termasuk apa yang terjadi pada 2 hari lepas dimana belaku satu runtuhan tanah ditapak pembinaan bangunan setinggi 50 tingkat di Tanjung Bungah.

Ada penyodok DAP yang memberi alasan ia satu Projek Perumahan Kos Sederhana (Mampu milik), Siapakah yang mahu menyerahkan nyawa mereka untuk duduk rumah yang dikhuatiri meragut nyawanya. Belajar dari kejadian zaman Tun Mahathir sebelum ini pada tahun 1993 Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk dalam sejarah. (mungkin Mahathir dia tak tahu)

Highland Tower hanya 12 tingkat rebah menyembah bumi
Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. Bayangkan apa belaku jika bangunan setinggi 50 tingkat belaku kejadian sebegitu?

Hari ini EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, berkata bagaimanapun mendakwa projek itu diteruskan kerana mendapat persetujuan 20 agensi yang terbabit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).


Kon Yeow berkata, Dia mengakui JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG memang tidak menyokong projek berkenaan. [Rujuk] 

DAP dengan kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mereka tidak mengendahkan pandangan daripada pihak JAS kerana lebih mementingkan keuntungan yang perlu dibayar dengan nyawa rakyat Pulau Pinang?

Dalam tragedi runtuhan tanah di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Sabtu lalu, 11 pekerja binaan disahkan maut, termasuk seorang mangsa rakyat tempatan.


JAS dalam kenyataannya semalam memaklumkan, pihaknya menolak permohonan kelulusan projek itu pada 23 Januari lalu berikutan lokasi pembangunan terletak kurang 500 meter dari tapak kuari.

Tahukah kalian kali terakhir kuari itu diletupkan bagi tujuan memecahkan batuan tersebut adalah pada 09 Oktober lalu, bagaimana sebuah bangunan yang setinggi 50 tingkat mahu dibina dekat dengan kawasan yang mengalami tekanan letupan batu kuari tersebut?!

Habuk dan pasir halus berbahaya pada penafasan, gegaran bahan letupan, tanah runtuh, serpihan batu terpelanting dan banjir lumpur bakal mengugat nyawa para penghuni perumah tersebut kelak! 

Belajar dari sejarah!

Mohon kali ini jangan DAP salahkan tuhan bagaimana seperti kata kata Rayer ADUN DAP Yang Anggap Musibah Banjir Adalah Salah Tuhan



TANAH DI PULAU PINANG DAN KERAKUSAN DAP

8. Sejumlah hampir RM16 billion hasil tanah di Penang sudah dikerjakan oleh kerajaan DAP. Pada tahun 2011 tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri, dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Ini diikuti tanah seluas 110 ekar dijual lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Penang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P. E Land.[KLIK untuk artikel penuh]
Ramai Bakal Mati Katak Projek RMM Kerajaan Negeri DAP? #LawanDAP #DAP Daeng Selili Rating: 5 Monday, 23 October 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...