Saturday, 21 October 2017

GAMBAR Pekerja Mati Tertimbus, DAP Jangan Salahkan Tuhan Sekali Lagi! #LawanDAP #DAP

Hari ini puluhan pekerja binaan sebuah projek perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuatiri maut akibat ditimpa kecelakaan runtuhan tanah ditapak pembinaan tersebut. 



Meskipun mangsa dilaporkan adalah dikalangan pekerja asing (Bangladesh) yang sebelum ini dicaci dihina dan dihina oleh segelintir penyokong dan pemimpin pakatan terutama daripada DAP hanya kerana warna kulit dan taraf kewarganegaraan mereka sedangkan mereka inilah penyumbang kepada tenaga buruh dalam sektor pembinaan negara ini.


Mangsa yang terkorban ini adalah bukti kerana tiada ada keprihatinan pihak berkuasa secara serius iaitu Kerajaan Negeri sepatutnya menyediakan kawasan pembinaan yang sesuai, dipantau dan dilengkapi tahap keselamatan yang baik bukan sekadar memberi alasan "Kalau tak hujan tak banjir".



Perbuatan 'melepas batuk ditangga' kerajaan DAP ini akan berterusan mengundang kecelakaan yang maha besar pada masa akan datang.

Kekhuatiran akan bencana ini pernah dilaungkan pihak agensi, persatuan penduduk dan NGO terhadap kerakusan Kerajaan Negeri yang terlalu aktif dalam menggondolkan kawasan bukit dan hutan untuk 'melaba dengan siku' keuntungan tanpa memikirkan nyawa bakal terancam sekiranya tidak dikawal dengan betul betul serius.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang ditunjangi DAP sewajarnya bertanggungjawab akan perkara ini bukan menunding jari kepada orang lain meskipun sebelum ini salah seorang Exco Negerinya pernah menyalahkan Tuhan sekiranya belaku sebarang bencana di negeri Pulau Pinang.
GAMBAR Pekerja Mati Tertimbus, DAP Jangan Salahkan Tuhan Sekali Lagi! #LawanDAP #DAP Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 21 October 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...