Sunday, 15 October 2017

DAP Tipu Kedudukan Ekonomi Pulau Pinang. #LawanDAP #DAP

Setiausaha Agung parti Gerakan, Liang Teck Meng menempelak Ahli Parlimen DAP, Ong Kian Ming kerana cuba membantu Kerajaan Pulau Pinang dengan sengaja memutarbelitkan kedudukan ekonomi negeri itu melalui kenyataan separuh benar dan data terpilih. Ini bertujuan untuk menyembunyikan prestasi buruk pentadbiran parti itu semenjak 2008.

Ong Kian Ming selaku Ahli Parlimen Serdang itu dengan perasaan bangga telah mengemukakan fakta Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita di negeri itu pada kedudukan paling tinggi dalam negara selepas wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sedangkan data yang di kemukakan itu adalah sama sebagaimana data KDNK tahun 2007 iaitu sebelum DAP mengambil alih kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pada tahun 2007 Kerajaan BN telah berjaya menarik minat syarikat syarikat gergasi elektronik dari luar negara untuk menubuhkan tapak kilang di sana dan ini sekali gus menjadikan Pulau Pinang sebagai pengeluar dan pengeksprt barangan elektronik ketiga terbesar di dunia. Kejayaan ini adalah dari usaha dari kerajaan BN sebelum kerajaan DAP memerintah tempelaknya lagi.

Berdasarkan statistik, KDNK Pulau Pinang per kapita setahun pada tahun 2007 hanyalah 69.3 peratus atau RM13,762 kurang daripada Kuala Lumpur. Kini angka tersebut telah meningkat kepada RM54,098 di belakang Kuala Lumpur dan hanya 46.7 peratus daripada Kuala Lumpur. Hal ini disebabkan Pulau Pinang mencatatkan pertumbuhan KDNK per kapita ketiga terendah dari tahu 2008 hingga 2016 berbanding kesemua 14 negeri.

Imigrasi golongan muda ke Kuala Lumpur bagi mencari pekerjaan yang lebih baik adalah disebabkan kos kehidupan serta harga hartanah di Pulau Pinang adalah hampir sama dengan Kuala Lumpur. Apatah lagi ianya di dorong dengan nilai gaji yang jauh lebih rendah. Hal ini jelas bertentangan dengan fakta yang dinyatakan oleh Kian Ming ujarnya lagi.

Kenyataan yang mendakwa keadaan ekonomi Pulau Pinang telah berkembang kukuh serta menduduki antara negeri teratas di negara ini berdasarkan gambaran statistik Jabatan Perangkaan Malaysia hanyalah retorik semata – mata tambah Teck Meng lagi.

Teck Meng juga berkata bahawa, di Pulau Pinang, rumah baru yang dibina adalah lebih mahal jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Ini adalah disebabkan Kerajaan Pulau Pinang dan Majlis Daerah Tempatan mengenakan caj tertinggi ke atas pemaju dan bebannya terpaksa di tanggung oleh pembeli.

Meskipun Kian Ming mendakwa bahawa Pulau Pinang mempunyai pendapatan isi rumah median dan minimum kelima tertinggi bagi tahun 2016, tetapi tidak pula dinyatakan oleh beliau bahawa indikator itu menunjukkan Pulau Pinang sebenarnya telah jatuh di belakang paras purata kebangsaan dan hal ini sekali gus menjadikan Pulau Pinang adalah negeri yang mempunyai pendapatan purata isi rumah di bawah paras purata.



Kesimpulannya apabila kerajaan DAP di Pulau Pinang cuba untuk menjadi jaguh dari sudut ekonomi dengan memperlihatkan fakta – fakta yang tidak munasabah serta statistik yang agak meragukan jelas mereka sebenarnya hanyalah sebuah kerajaan yang tidak cekap dan amanah. Bagi mereka, buat apa sahaja tidak kisah untuk menipu dan memutar belitkan fakta, asalkan menampakkan mereka hebat walaupun sebenarnya ianya amat teruk dan bodoh.
DAP Tipu Kedudukan Ekonomi Pulau Pinang. #LawanDAP #DAP Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 15 October 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...