Tuesday, 31 October 2017

#SPAD Nafi Kenyataan Tender Palsu Tular Di Media Sosial!

Media sosial medium yang dimanfaatkan untuk kebaikkan bakal memberikan nilai nilai positif dalam kehidupan manusia, apabila ia disalahgunakan ia memberikan kesan jangka masa panjang yang merosakkan pemikiran dan secara tidak langsung mencemarkan dan mengundang suasana tidak baik dalam masyarakat kita.

Penyebaran bahan tidak bersumber dan tidak benar menjadi tabiat buruk yang secara sedar atau tidak. Baru baru ini ada sekeping gambar yang kononnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menawarkan sebuah tender kepada satu syarikat yang bernilai puluhan jutaan ringgit.

Dan SPAD telah membuat penafian secara bertulis di laman sesawang Facebooknya menafikan akan perkara itu. Tindakkan tidak bermoral individu yang memalsukan dokumen berkenaan adalah sesuatu tidak boleh diterima.




Cacatan dari Facebook rasmi SPAD :

HARAP MAKLUM

Kenyataan tender yang dipaparkan di gambar ini telah disebarkan melalui media cetak dan sosial media oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kenyataan tender ini adalah palsu. 

Untuk senarai kenyataan tender yang rasmi daripada SPAD, sila layari http://www.spad.gov.my/tenders
Baca Seterusnya...

Monday, 30 October 2017

Makcik Cantik Walaupun Sudah Berusia 50 Tahun! #Viral

WALAUPUN sudah mencecah usia 50 tahun dan mempunyai dua anak lelaki, seorang wanita masih lagi kelihatan jelita dan mampu menandingi kecantikan gadis yang jauh lebih muda daripadanya.

Puspa Dewi yang baru meraikan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini dipuji netizen kerana kecantikannya dan ramai menyangka wanita berasal dari Jakarta, Indonesia itu berumur sekitar 20-an selepas gambar majlis sambutan ulang tahun kelahirannya telah dimuat naik di Instagram.

Terdapat gambar yang mana Puspa diapit dua anak lelakinya dan dianggap netizen itu adalah teman wanita mereka, namun sebenarnya itu adalah ibu mereka.

Walaupun kebanyakan wanita beralih kepada produk kecantikan dan pembedahan plastik untuk mengekalkan penampilan muda mereka lebih lama, tapi bagi Puspa, dia mendakwa bahawa penampilannya yang sangat muda itu adalah semula jadi.


Puspa menganggap genetik dan gaya hidup sihat selain amalan diet seimbang memainkan peranan penting.

Aktiviti seperti renang dan badminton telah diamalkan sejak dari usia muda dan kini sering mengikuti kelas aerobik dan zumba beberapa kali seminggu.

“Semakin bertambah usia, saya nampak semakin muda. Itu yang ramai orang kata.

“Saya rasa apa yang orang katakan itu betul kerana saya sentiasa gembira dengan kerjaya dan anak-anak yang sudah besar,” kata usahawan kosmetik itu.

Instagram milik Puspa telah mencecah puluhan ribu pengikut hanya dalam beberapa hari selepas foto yang diambil pada hari ulang tahunnya tular. - sumber
Baca Seterusnya...

Kini Pengundi Cina Tak Percaya DAP - Liow Tiong Lai

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberi keyakinan tentang sokongan pengundi Cinta terhadap parti itu semakin bertambah selepas tranformasi menyeluruh yang telah dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional selepas Pilihan Raya Umum ke-13(PRU 13) yang lalu.

MCA terlibat dalam tranformasi yang dilakukan secara berperingkat selain merujuk kepada agenda dan organisasi, hubungan antara anggota serta peranan kaum wanita dan belia ahlinya.

Antara perkara yang disampaikan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lain dimajlis perasmian Konvensyen MCA Perak 2017 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah kemarin.

Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak yang mengilhamkan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) antara anjakkan pradikma yang memberi sokongan rakyat kepada MCA dan Barisan Nasional.

Liow juga mengingatkan kepada semua, keyakinan dan sokongan itu tidak hadir dengan sendirinya dan dalam masa yang sama semua harus berhati hati dan memperbanyakan lagi perjumpaan bersama komuniti Cina.

Dan dengan cara itu kita dapat lebih maklumat dan mendalami pelbagai perkara yang dimahukan oleh komuniti Cina khususnya. Para pengundi CInta tidak lagi mempercayai hujah pemimpin pembangkang terutama DAP yang hanya bermain politik tanpa memikirkan masalah sebenar rakyat malah ramai dikalangnya hanya mengumpul kekayaan demi kepentingan peribadi tegas beliau

Tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan pemimpin DAP yang menjadi kerajaan di dua buah negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Jika dilihat di Pulau Pinang dibawah kepimpinan Lim Guan Eng, masih banyak masalah yang melibatkan alam sekitar, kesesakan lalu lintas dan apa yang dijanjikan seperti terowong bawah laut yang mahu dibina tidak ada apa apa yang terzahirnya sekadar cakap kosong.
Baca Seterusnya...

Friday, 27 October 2017

Bajet Alternatif Hanya Pancing Undi oleh Pembangkang - Tan Sri Annuar Musa #TSAM #LawanDAP #Bajet2018

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa menempelak Bajet Alternatif 2018 oleh Pakatan Harapan (PH) kerana ternyata ianya hanyalah bajet pancing undi tanpa memikirkan sebarang rasa tanggungjawab. Sanggup menjanjikan ‘bulan dan bintang’ meskipun menyedari mereka tidak mampu dan sebenarnya PH dari awal lagi menyedari mereka mustahil akan menang dan memerintah, justeru itu pendekatan yang diambil adalah yang mudah dan main hentam keromo sahaja asalkan ada.

Kegagalan PH meraih sokongan dan sambutan di Perhimpuan Klpetokrasi di padang Timur, Petaling Jaya pada 14 haribulan yang lalu serta kegagalan Konvensyen PAN di Alor Star baru – baru ini telah menyebabkan Bajet Allternatif yang tidak munasabah ini di bentangkan oleh PH.


PH yang menghadapi pelbagai kemelut dalaman menyebabkan rakyat khususnya golongan cerdik pandai dan anak muda tidak berapa yakin bahawa PH adalah alternatif yang lebih baik dari kerajaan yang sedia ada. Ujar Annuar lagi.

Tan Sri Annuar memberi gambaran yang sinis berkenaan PH kini dimana, PH sebenarnya adalah sebagai satu kelompok manusia yang telah pun putus harapan dalam memperjuangkan agenda peribadi. Mereka saling guna dan mempergunakan diantara satu sama lain tetapi malangnya terikat dengan talian hayat ehsan DAP di bawah “DAP=Led Opposition”. 

Bajet Alternatif dari PH ini yang “glaring”nya adalah formula mustajab, bagaimana negara yang sedang berkembang seperti yang dungkapkan oleh bank dunia sebagai “……the Malaysia economy is progressing from a position of strength”, kepada negara “...progressing from a position of no hope (PH/ Putus Harapan), tambah Annuar lagi.

PH dengan Bajet Alternatif yang langsung tidak masuk akal, seperti janji memberikan pendidikan percuma, akan menyebabkan negara akan menanggung kos tambahan RM60 billion setahun, penghapusan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kembali mengguna pakai SST akan menyebabkan rakyat kehilangan RM25 Billion serta cadangan menaikan gaji minimum akan menambah beban sebanyak RM43 Billion.

Dalam masa 10 tahun sudah cukup untuk membawa negara Malaysia menjadi bankrap, menangung hutang yang tinggi dan seterusnya ekonomi akan hancur, seandainya 3 perkara di atas dilaksanakan oleh PH bila mereka memerintah.

Asas mereka yang kononya ianya boleh ditampung dengan menghampuskan amalan rasuah adalah retorik semata - mata dan PH sebenarnya cuba mengaburi rakyat dengan memperkenalkan Bajet Alternatif ini. Janji – janji ini tidak selari dengan kelakuan pemimpin mereka sendiri yang dengan jelas terpalit dengan skadal rasuah dan sehingga kini masih berjuang dimahkamah. 

Pulau Pinang sebuah negeri yang kecil, mereka gagal untuk mengatasi masalah banjir dan tanah runtuh. Manakala sesama mereka sendiri pun mengamalkan rasuah (termasuk rasuah seks). Ironinya mereka dipimpin oleh pimpinan yang diakui sebagai penyagak, perompak kekayaan negara melalui amalan KKN (Korupsi, Kolusi dan Nepotisme) dan yang sebenarnya merekalah Kleptokrat terbesar, Tambah Annuar lagi. 


Kesimpulan dari penulis, PH ternyata tiada harapan, justeru itu mereka cuba untuk memperlihatkan mereka sebagai satu alternatif terbaik yang bakal memerintah negara selepas PRU-14 nanti. Pelbagai startegi dilaksanakan termasuk memperkenalkan Bajet Alternatif yang dakwa mereka adalah lebih baik berbanding bajet dari kerajaan Barisan Nasional (BN). Bajet yang tidak mempunyai asas yang konkrit dan merapu itu lebih kepada Bajet untuk pancing undi dan jika di takdirkan mereka memerintah sekalipun, hal yang telah dicadangkan oleh merka itu nescaya tidak dapat dilaksanakan.
Baca Seterusnya...

Thursday, 26 October 2017

Kerajaan Cadang Pasang Peranti Pengesanan Dalam Bas #MOT #MCA #SPAD

Cadangan memasang peranti pengesanan dalam semua kenderaan komesial terutama bas untuk mengelakkan nahas jalan raya satu tindakkan yang positif dalam meminimumkan kadar nahas jalan raya yang kian meruncing hari ini.

Perkara ini dibangkitkan oleh Kementerian Pengangkutan yang Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lain berkata pemasangan peranti diagnosis dalaman (OBD) berfungsi untuk merekodkan pergerakan pemandu untuk pemantaun dan penilaian.

Menurutnya lagi, rekod tersebut berupaya menjejak, memantau dan menilai rekod pemanduan terdahulu pemandu tersebut untuk dicatatkan dalam skor pemandu.

Ciri ciri teknologi tinggi dan berkualiti serta kerja kerja pemantauan pemandu dan kenderaan tersebut lebih mudah dan berkesan. 


Sistem OBD yang sedia ada sebelum ini cuma dipasang bagi tujuan memantau para penumpang dan untuk sistem yang baru ini adalah untuk memantau pemandu pula.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (BN-Mersing) pada sesi khas pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Latiff bertanya tindakan dan usaha Kementerian Pengangkutan terhadap pengusaha bas kilang yang menyediakan bas tidak selamat bagi mengelak kemalangan jalan raya.

Pihaknya turut mengkaji beberapa kaedah untuk mengawal tabiat pemanduan supaya para pemandu tidak memandu melebihi had yang ditetapkan dan berkemungkinan selepas ini kerajaan mungkin akan melaksanakan Sistem Pengesanan Kedudukan Global atau GPS untuk memantau tindakan pemandu bas khususnya.

Semalam, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung permit kenderaan pengendali dua bas pekerja yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 147 berhampiran Plaza Tol Juru, Butterworth sehingga mengorbankan lapan penumpang.

Kemalangan mengorbankan nyawa lapan wanita manakala 35 lagi dilaporkan cedera.

Selain itu, katanya, bas bas yang beroperasi hari ini perlu dipasang dengan alat khas pengehad kelajuan supaya bas tidak dipandu melebihi had ditetapkan.

Baca Seterusnya...

Wednesday, 25 October 2017

Insiden Bas Plaza Tol Juru : SPAD gantung permit pengendali 2 bas pekerja! #SPAD

Satu kemalangan maut yang membabitkan 2 buah bas telah berlaku di Kilometer 147, Lebuhraya Utara – Selatan hala utara berhampiran Plaza tol Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dalam nahas ini 8 pekerja kilang terkorban.



Sehubungan dengan itu, berdasarkan piawaian Kod amalan Keselamatan Industri, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah menggantung permit setiap kenderaan milik KJJ Maju Enterprise dan Icon Tours Sdn Bhd berikutan kemalangan maut yang melibatkan bas milik kedua – dua syarikat tersebut. 

Tindakan ini amat wajar kerana ianya membolehkan siasatan terperinci dijalankan oleh Bahagian Pematuhan dan Audit Keselamatan SPAD.

Menurut SPAD, keselamatan pengguna jalan raya dan pengendalian pengangkutan awam darat di jalan raya senantiasa menjadi keutamaan SPAD. Di bawah syarat – syarat lessen pengendali SPAD, kesemua pengendali pengankutan awam darat perlu mendukung tahap amalan keselamatan tertinggi.

Dalam nahas terbabit, SPAD akan mengambi tindakan yang sewajarnya di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat jka didapati melanggar undang – undang.

Sedikit gambar kejadian :





Baca Seterusnya...

DAP Masih Gagal Buat Pemilihan Semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) #LawanDAP #CECDAP #ROS

Pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) seperti yang diarahkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) akan diadakan pada 12 November ini. Namun sehingga kini, hampir kesemua ahli – ahli DAP diperingkat akar umbi terus mempertikaikan kejujuran pemimpin tertentu parti DAP ini.

Kepimpinan parti dilihat tidak memperlihatkan sikap yang jujur terhadap pelbagai isu yang telah dibangkitkan oleh ahli – ahli berkaitan dengan pemilihan semula CEC. Sehingga kini, barisan kepimpinan DAP masih enggan mempamirkan senarai nama perwakilan yang akan mengundi dalam pemilihan tersebut. Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Bekas setiausaha DAP Cawangan Taman Bukit Emas, S.Vijayan.

Sepatutnya, nama – nama perwakilan yang akan mengundi sudah di siarkan di pelbagai akhbar serta di beri surat jemputan untuk menghadiri kongres, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan. Namun sehingga kini tiada pemakluman khusus berkaitan perkara tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa ahli – ahli dan para perwakilan sudah menyampah dengan cara DAP melayan mereka di peringkat akar umbi. Memang perangai tidak senonoh dan tidak beretika kerana sehingga kini masih lagi hendak berselindung dan tidak telus dengan pemilihan semula ini.


Pemimpin DAP yang mengamalkan kuku besi ini perlu diingat bahawa tanpa ahli akar umbi, maka kuku tersebut tidak boleh mencengkam dan terus mencengkam.

DAP terpaksa mengadakan pemilihan semula atas arahan ROS. Kemelut ini bermula setelah ROS memaklumkan kepda DAP bahawan kepimpinan yang dilantik pada tahun 2012 adalah tidak sah dan hal ini telah memaksa DAP mengadakan semula pemilihan pada September 2013. 

Akibat keegoan kepimpinan DAP yang sememangnya ada agenda yang tesembunyi maka ianya masih beluam diadakan. Namun ROS telah mengesahkan telah menghantar surat kepada DAP pada Julai lalu supaya pemilihan semula CEC perlu dilakukan pada November ini. 

Melalui Kongres Kebangsaan sahajalah dapat dijadikan platform terbaik untuk pemilihan semula Ahli Jawatankuasa Pusat dan bukannya melalui Kongres Khas seperti yang dimahukan oleh sesetengah pemimpin tertentu DAP, ini kerana Kongres Khas akan membolehkan beberapa agenda mesyuarat ditiadakan seperti pembentangan penyata kewangan dan ahli – ahli tidak dapat mengemukakan usul dan berbahas dan secara tidak langsung akan dapat mengelakkan isu dan masalah parti yang dibangkitkan hingga menjadi pengetahuan ramai, ujar Vijayan lagi.

Kesimpulan penulis, DAP sememangnya sebuah parti yang penuh dengan kelakuan yang tidak beretika oleh barisan kepimpinannya. Kerakusan pemimpinnya, sikap “double standard”, memperkudakan melayu untuk menjatuhkan melayu, tidak telus dalam urus tadbir negeri sperti di Pulau Pinang, menyalahkan sesiapa sahaja yang tidak selari dengannya dan pelbagai perangai dan kelakuan yang tidak melambangkan sebagai seorang yang mewakili rakyatnya. Ini adalah DAP dan selamanya akan begini.


Baca Seterusnya...

'Papagomo' Beri Amaran Rafizi Jangan Guna Nama INVOKE #Invoke



Pada petang ini bertempat di Dewan Shazac Bistari, Wan Muhammad Azri atau panggilan nama penanya PAPAGOMO membuat amaran secara lisan kepada Rafizi Ramli Ahli Parlimen Pandan agar tidak terus menggunakan nama INVOKE kerana ianya didaftarkan dengan nama beliau.


Dalam sidang media pada petang ini, Azri memberitahu kepada wartawan yang mana logo INVOKE SOLUTION didaftarkan dibawah namanya di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).


Azri tidak akan teragak agak untuk mengambil tindakkan mahkmah terhadap mana mana individu menyalahgunakan nama INVOKE untuk tujuan mengaut keuntungan ataupun peribadi.

Disamping itu Azri turut memberitahu kronologi kes saman beliau oleh Anwar Ibrahim yang mana dalam perbicaraan tersebut beliau telah didapati bersalah menfitnah bekas pemimpin Pakatan Rakyat tersebut atas kelakuan luar tabie yang mana Anwar Ibrahim telah meliwat pembantu perbadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan yang mana kini Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman penjara di Sungai Buluh setelah berberapa tahun menjalani proses pendakwaan di mahkamah.

2 Tahun lalu, Nurul Izzah Anwar telah menghantar permohonan pengampunan Diraja atas kesabitan kesalahan ayahnya meliwat bekas pembantu peribadinya akan tetapi permohonan tersebut tidak akan mendapat pengampunan kecuali ia dimohon sendiri oleh pesalah tersebut dan mengakui kesalahnya.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 24 October 2017

Guna Pengangkutan Awam Darat Tingkatkan Produktiviti - PM #SPAD #MyBAS #HSR

YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak (PM) telah menjelaskan bahawa keadaan rakyat Malaysia ketika ini adalah lebih baik. Hal ini disebabkan oleh agenda pengangkutan darat negara yang dirangka bukan hanya tentang projek infrastuktur mega namun ianya lebih lagi kepada meningkatkan produktivit dan keadaan hidup yang lebih lestari. 


Sebuah rangkaian pengangkutan awam darat yang bersepadu, yang boleh dipercayai serta moden bagi memacu pertumbuhan sosio ekonomi serta mempertingkatkan kualiti alam sekitar perlu di rangka dan dilaksanakan demi kelestarian pembangunan Malaysia. Sewaktu Perdana Menteri berucap di Simposium Pengangkutan Awam Darat di sini, beliau turut menjelaskan antara agenda utama perjalanan Program Transformasi Nasional (NTP) adalah untuk mentransformasikan pengangkutan awam. 

Gaya hidup rakyat Malaysia kini khususnya di Lembah Kelang telah berubah, kerana rakyat dapat melihat kejayaan perlaksanaan projek pengangkutan awam darat MRT Laluan 1 Sungai Buloh-Kajang. Di mana ianya dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memberi laluan kepada mobiliti hijau dan secara tidak langsung akan mengurangkan perlepasan karbon di ‘Greater’ Kuala Lumpur.

Projek MRT yang bermula dengan konsep sehingga penyampaian telah menjadi keutamaan kepada Perdana Menteri dan projek MRT ini adalah projek yang diselia sendiri di setiap peringkat kemajuan oleh beliau sendiri bagi memastikan ianya di dalam kerangka perancangan yang telah dipersetujui sebelumnya.

Perdana Menteri juga menzahirkan cita – citanya untuk mewujudkan satu sistem terbaik bagi penyuraian kesesakan lalu lintas menuju ke pusat bandar raya, agar rakyat lebih mudah untuk berulang – alik ke bandar raya dan sebolehnya beliau tidak mahu bandar raya Kuala Lumpur terkenal di peringkat antarabangsa akan kesesakan lalulintasnya berbanding perkara lain.

Perdana Menteri menzahirkan perasaan syukur di atas keputusan dan penerimaan MRT Laluan 1, yang mana penerimaan rakyat amat memberangsangkan. Kecanggihan projek infrastruktur Transit Aliran Massa ini, membuktikan kerajaan berupaya untuk menyiapkan projek berteknologi tinggi demi kebaikan rakyat, apatah lagi kejayaan menyiapkan projek yang menelan belanja RM 2 Billion Ringgit di bawah anggaran kos sebenar lebih awal dari jadual asal. Berdasarkan indikator ini ianya jelas merupakan kejayaan cemerlang bagi sesebuah negara.

Selain daripada itu, sumbangan beribu – ribu rakyat Malaysia yag diambil bekerja bagi menjayakan projek berkelas dunia ini juga, adalah salah satu faktor utama yang menjadikannya satu kenyataan, ujar Perdana Menteri. 

Dalam perkara yang berkaitan Perdana Menteri memberitahu bahawa, projek MRT Laluan 3 yang meliputi kawasan Bandar Malaysia, Mont Kiara, Sentul, Mid-Valley dan Setiawangsa sedang di pertimbangkan oleh kerajaan bagi mempercepatkan cadangan perlaksanaannya dan manakala inisiatif pengangkutan lain yang bakal dilaksanakan oleh pentadbiran beliau adalah meliputi perkhidmatan kereta api, bas, teksi dan sebagainya.

Projek Kereta Api Berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura turut disentuh oleh Perdana Menteri kerana projek HSR ini sudah tentu akan menjana faedah ekonomi bagi kedua – dua negara, manakala Projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan memberi limpahan ekonomi di samping dapat menyerlahkan potensi wilayah yang kurang membangun dan wilayah yang selama ini kurang diketahui di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Menjelang 2027, perbatuan landasan di seluruh Negara akan menghampiri jarak 3,000km, iaitiu 65 peratus melebihi rangkaian landasan sekarang. Ini menunjukkan penambahan infrastruktur yang sangat besar apabila kesemua projek seperti ECRL, HSR KL-Singpaura, Sistem Aliran Deras johor Bahru-Woodlands (Utara) dan laluan landasan bandar lain siap kelak.

Sebanyak RM766 juta di bawah Dana Sokongan Bas Henti-henti (ISBSF) telah dilaburkan oleh kerajaan semenjak tahun 2012 lagi. Ini untuk mempastikan penduduk di sepanjang laluan sosial ini terus menikmati kemudahan perkhidmatan bas.

Perdana Menteri juga menambah bahawa, pengoperasian perkhidmatan myBAS oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di Kangar semenjak Ogos 2015, di Seremban semenjak Januari 2016 dan di Ipoh semenjak Jun 2016 telah melibatkan pelaburan sebanyak RM143 juta oleh kerajaan Malaysia. 

MyBAS telah merekodkan lebih 8.4 juta penumpang atau purata 324,000 penumpang sebulan di tiga ibu negeri tersebut sehingga kini, ujar Perdana Menteri lagi.

Kesimpulan dari penulis, Projek Transformasi Pengangkutan Awam Darat ternyata memberi manafaat yang besar kepada rakyat. Penjimatan dari segi masa, kesesakan aliran trafik dapat disuraikan dengan baik dan terpenting ianya membuktikan kerajaan Malaysia di bawah kepiminan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah berjaya meningkatkan imej negara ketahap yang lebih tinggi sesuai dengan hasrat dan cita – cita Malaysia untuk menjadi antara negera termaju pada tahun 2050 kelak.
Baca Seterusnya...

Ketua Menteri Pulau Pinang Bohong - Wee Ka Siong #MCA #LawanDAP #DAP

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa bangunan Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan Tunku Abdul Rahman University College (TARUC) di Tanjung Bungah, Pulau Pinang adalah hanya terdiri daripda bangunan yang rendah dan bukannya bangunan yang tinggi sehingga mencapai ketinggian 50 tingkat sebagaimana dakwaan Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.


Berkaitan dakwaan Gun Eng lagi yang menyatakan telah berlaku kejadian tanah runtuh sewaktu fasa pembinaan TARUC, adalah satu dakwaan tidak berasas. Dr Wee telah menafikan, tiada kejadian tanah runtuh sewaktu pembinaan TARUC, ini disebabkan juru runding atau konsultan serta kontraktor pembinaan yang terlibat dalam pembinaan TARUC telah mematuhi piawaian pembinaan dan juga garis panduan yang ketat. 

Dr Wee Ka siong juga turut menambah, TARUC di Tanjung Bungah telah beroperasi lebih dari 20 tahun dan sehingga kini tidak ada satu pun lapuran atau aduan yang menyatakan bahawa terdapat tebing yang tidak stabil atau kejadian tanah runtuh di sekitar TARUC.

Selain daripad itu, Kementerian Sumber dan Alam Sekitar telah memaklumkan bahawa, pada tahun 2015 Jabatan Alam Sekitar telah menolak permohonan bagi projek pembinaan perumahan di Tanjung Bungah dengan alasan, tapak projek tersebut terlalu hampir dengan kuari. Namun Lim Guan Eng mendakwa TARUC dan juga skim perumahan yang dibina sebelum ini terletak lebih hampir dengan kuari berbanding dengan projek yang sedang dalam pembinaan sekarang.

Dr We yang juga Timbalan President MCA menjelaskan bahawa, selain daripada jarak kuari, terdapat beberapa faktor lain yang perlu diambil kira seperti lokasi sesuatu tapak yang sedang dalam pembinaan dan tahap kecerunan samada di (hulu ataupun dihiliran).

Dr Wee telah menempelak Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P.Ramasamy yang telah mendakwa cadangan tapak pembinaan sekarang ini adalah di kawasan tanah yang rata dan dalam hal ini, Ramasamy sebenarnya cuba menyembunyikan fakta bahawa kawasan disekeliling tempat ini adalah kawasan yang berbukit, ujar Dr Wee lagi.

Mengulas hal yang sama, Dr Wee memberitahu bahawa , sudah pasti kejadian tanah runtuh hanya boleh berlaku sekiranya terdapat pergerakan tanah dari tempat yang tinggi dan maksud perkataan ‘Slide’ adalah merujuk kepada keadaaan atau pergerakan yang bermula dari atas dan turun kebawah, ujarnya.

Pada hari Sabtu, 21hb Oktober 2017 lebih kurang jam 8.30 pagi telah berlaku kejadian tanah runtuh dilereng bukit di tapak pembinaan di Tanjung Bungah yang telah menyebabkan kematian seramai 11 orang pekerja di tapak pembinaan berkenaan.

Kesimpulan dari penulis, Kerajaan DAP Pulau Pinang akan cuba menafikan akan kesalahan dan kecuaian mereka dalam apa hal sekalipun meskpiun ada nyawa yang terkorban dan cuba mencipta kesalahan lain yang lazimnya akan menunding jari kepada kerajaan Barisan Nasiona (BN) sebagai punca segala masalah. Permainan politik DAP yang tidak beretika ini telah menjadi amalan mereka sejak sekian lama dan perkara ini sudah menjadi sebahagian dari SOP mereka. 
Baca Seterusnya...

Monday, 23 October 2017

Banyak Projek Lereng Bukit Kerajaan DAP #LawanDAP #DAP


Kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan 11 orang pekerja tertimbus di projek pembinaan perumahan di Lengkok Lembah Perami, Tanjung Bungah, Pulau Pinang telah menggemparkan negara. Dimaklumkan juga bahawa projek ini adalah antara projek yang dibantah keras oleh Wakil Rakyat DAP Teh Yee Cheu.

Beliau telah membuat beberapa siri bantahan semenjak tiga tahun lepas dengan menggunakan pelbagai saluran termasuklah juga melalui Persidangan Dewan Undangan Negeri serta juga telah menulis kepada kerajaan negeri berkenaan hal ini namun tiada sebarang tindakan malah projek ini tetap diluluskan.

Teh Yee Cheu juga mendakwa, terdapat sekurang – kurangnya terdapat 3 lagi projek perumahan di lereng bukit yang amat berisiko dengan berkemungkinan kejadian yang sama akan berlaku dan terdapat 10 lagi projek perumahan di lereng bukit di kawasan berkenaan yang masih dalam proses kelulusan oleh kerajaan negeri.


Kesemua projek di kawasan Tanjung Bungah telah di hantar kepada beliau untuk pemakluman dan ianya telah dibatah dengan keras oleh beliau sendiri termasuklah projek di Lengkok Lembah Permai yang berlaku kejadian tanah runtuh pada pagi sabtu lepas.

Dalam perkara ini, beliau berharap agar 3 projek perumahan puluhan tingkat yang sedang berjalan dan 10 lagi projek yang masih menunggu kelulusan dapat dihentikan terus agar kejadian yang sama tidak akan berulang pada masa depan. Sikap pihak atasan yang tidak mempedulikan bantahan dari penduduk setempat amat dikesalkan, ujarnya lagi.

Wakil rakyat DAP ini juga menyatakan bahawa, berdasarkan kepada penilaian kadar pasaran semasa, nilai hartanah di kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah mempunyai nilai yang tinggi dan lokasinya amat strategik. Ini secara tidak langsung akan memberi keuntungan kepada pemaju. 

Mengulas lebih lanjut kejadiaan yang berlaku di tapak perumahan di Lengkok Lembah Permai itu, kerajaan negeri dan pemaju perlu bertanggungjawab. 

Seramai 11 orang pekerja pembinaan perumahan mampu milik telah tertimbus di dalam kejadian tanah runtuh pada jam 8.57 pagi, hari Sabtu, 21hb Oktober 2017.

Kesimpulannya, Kerajaan DAP Pulau Pinang terkenal dengan egonya, rakyat tidak pernah di utamakan, malah kroni – kroni serta pemaju – pemaju yang berkepentingan telah diberi keutamaan dalam melaksanakan sesuatu projek di sini tanpa mempedulikan bantahan rakyat asalkan keuntungan berpihak kepada mereka. Sehubungan dengan itu rakyat Pulau Pinang wajar membuat pilihan yang tepat pada PRU-14 nanti agar nasib rakyat lebih terbela.


Baca Seterusnya...

Ramai Bakal Mati Katak Projek RMM Kerajaan Negeri DAP? #LawanDAP #DAP

Pada malam 18 Oktober lalu, Penduduk beragama Hindu di Pulau Pinang [Rujuk] meluahkan rasa kecewa bilamana sambutan Hari Deepavali yang juga dikenali sebagai pesta cahaya merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu. Pelita akan dipasang dalam barisan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan. 

Tetapi pihak Kerajaan Negeri DAP tidak membuat sebarang sambutan berkenaan festival tersebut dengan alasan penjimatan dan secara tidak langsung Kerajaan DAP langsung tidak bertoleransi dengan amalan adat budaya berbilang bangsa di negara ini. Malah DAP lebih mementingkan pesta arak besar besaran demi menjamu nafsu para pelancong asing untuk memajukan industri pelancongannya yang menjana puluhan billion kepada ekonomi Pulau Pinang berbanding jasa bakti warganegara Malaysia beragama Hindu di Pulau Pinang.


Daripada insiden itu jelas Pihak Kerajaan DAP Pulau Pinang memang berkuasa dengan konsep 'buat pekak badak' dalam isu isu yang berkaitan kebajikan rakyat termasuk apa yang terjadi pada 2 hari lepas dimana belaku satu runtuhan tanah ditapak pembinaan bangunan setinggi 50 tingkat di Tanjung Bungah.

Ada penyodok DAP yang memberi alasan ia satu Projek Perumahan Kos Sederhana (Mampu milik), Siapakah yang mahu menyerahkan nyawa mereka untuk duduk rumah yang dikhuatiri meragut nyawanya. Belajar dari kejadian zaman Tun Mahathir sebelum ini pada tahun 1993 Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk dalam sejarah. (mungkin Mahathir dia tak tahu)

Highland Tower hanya 12 tingkat rebah menyembah bumi
Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. Bayangkan apa belaku jika bangunan setinggi 50 tingkat belaku kejadian sebegitu?

Hari ini EXCO Kerajaan Tempatan, Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow, berkata bagaimanapun mendakwa projek itu diteruskan kerana mendapat persetujuan 20 agensi yang terbabit dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Sehenti (OSC) Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).


Kon Yeow berkata, Dia mengakui JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG memang tidak menyokong projek berkenaan. [Rujuk] 

DAP dengan kuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang, mereka tidak mengendahkan pandangan daripada pihak JAS kerana lebih mementingkan keuntungan yang perlu dibayar dengan nyawa rakyat Pulau Pinang?

Dalam tragedi runtuhan tanah di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Sabtu lalu, 11 pekerja binaan disahkan maut, termasuk seorang mangsa rakyat tempatan.


JAS dalam kenyataannya semalam memaklumkan, pihaknya menolak permohonan kelulusan projek itu pada 23 Januari lalu berikutan lokasi pembangunan terletak kurang 500 meter dari tapak kuari.

Tahukah kalian kali terakhir kuari itu diletupkan bagi tujuan memecahkan batuan tersebut adalah pada 09 Oktober lalu, bagaimana sebuah bangunan yang setinggi 50 tingkat mahu dibina dekat dengan kawasan yang mengalami tekanan letupan batu kuari tersebut?!

Habuk dan pasir halus berbahaya pada penafasan, gegaran bahan letupan, tanah runtuh, serpihan batu terpelanting dan banjir lumpur bakal mengugat nyawa para penghuni perumah tersebut kelak! 

Belajar dari sejarah!

Mohon kali ini jangan DAP salahkan tuhan bagaimana seperti kata kata Rayer ADUN DAP Yang Anggap Musibah Banjir Adalah Salah Tuhan



TANAH DI PULAU PINANG DAN KERAKUSAN DAP

8. Sejumlah hampir RM16 billion hasil tanah di Penang sudah dikerjakan oleh kerajaan DAP. Pada tahun 2011 tanah berkeluasan 102 ekar hak milik kerajaan negeri, dijual kepada Ivory Properties dengan nilai RM1.07 bilion. Ini diikuti tanah seluas 110 ekar dijual lagi kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada tahun 2013. Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Penang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P. E Land.[KLIK untuk artikel penuh]
Baca Seterusnya...

Saturday, 21 October 2017

Keangkuhan Kerajaan DAP Dibayar Dengan Nyawa Manusia. #LawanDAP #DAP

Kedegilan kerjaan DAP Pulau Pinang mendengar bantahan rakyat berhubung dengan pembangunan tanah yang tidak terkawal khususnya di lereng bukit ternyata membawa akibat yang besar. Satu kejadian tanah runtuh yang menimbus 14 pekerja di tapak pembinaan di Tanjung Bungah telah berlaku pada Jam 8.57 pagi, hari Sabtu 21hb Oktober 2017. 
Pasukan penyelamat membawa keluar mayat salah seorang mangsa yang tertimbus. –
MINGGUAN/AZMAN ASMAYATIM
Musibah seperti ini sebenarnya dapat dielakkan sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang mendegar bantahan rakyat. nyataan sinis ini telah di kelurakan oleh Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya yang juga Timbaan Menteri Kesihatan . Beliau juga turut menyatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP tanjung Bungah, The Yee Cheu sendiri pernah membantah projek ini. Tetapi kerajaan negeri DAP yang diterajui oleh Lim Guan Eng lansung tidak mempedulikan bantahan ini.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang sikapnya suka memburukkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) berbanding untuk mendengar masalah rakyat adalah amat dikesali, ujar Datuk Seri Dr Hilmi lagi yang mana rakyat akan menjadi mangsa akan sikapnya ini dan yang malang adalah rakyat Pulau Pinang itu sendiri.

Kerajaan DAP Pulau Pinang perlu bertanggungjawab sepenuhnya keatas kejadian ini dan tidak perlu menunding jari kepada pihak lain. Kenyataan tegas ini telah di keluarkan oleh Ketua Pemuda UMNO negeri iaitu Rafizal Abdul Rahim.

Sekiranya kerajaan DAP Pulau Pinang sebuah kerjaan yag perihatin dan bertanggunjawab, sepatutnya mereka perlu mendengar nasihat, pandangan dan teguran rakyat supaya kejadian seperti ini dapat dielakkan. Namun malang sekali kerana sibuk mengejar keuntungan tanpa mempedulikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat di tambah lagi kedegilan dan sikap tamak kerajaan negeri telah mengakibatkan 14 nyawa terkorban, ujar Rafizal Abdul Rahim lagi.

Kesimpulan dari penulis, memang benar segala kejadian yang berlaku adalah telah ditentukan oleh Allah, namun sekiranya sebagai seorang pemimpin sepatutnya peka dan perihatin terhadap segala nasihat dan aduan rakyat supaya hal sebegini tidak berlaku. Kerajaan DAP Pulau Pinang yang di ketuai oleh Lim Guan Eng bukanlah sebuah kerajaan yang cekap dan bertanggunjawab sebagimana yang didakwa oleh mereka. Kerajaan Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang tidak amanh dan hanya mengejar keuntungan semata mata tanpa mempedulikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat apatah lagi melibatkan kaum melayu-islam.
Baca Seterusnya...

Mat Sabu Terus Kekal Jadi "Anjing" DAP #LawanDAP #DAP #Amanah #PakatanHarapan

Konvensyen PAN di Alor Setar pada 21hb Oktober telah dipenuhi dengan ucapan – ucapan yang sarat dengan kecaman terhadap dasar – dasar kerajaan pusat serta mempertahankan sekutu utama parti itu DAP. Sepatutnya di dalam konvensyen tersebut perlu di jelaskan akan hala tuju dan dasar parti. Ucapan- ucapan yang menjengkelkan ini terpacul dari Presiden PAN sendiri iaitu Mohamad Sabu sewaktu beliau berucap di dalam konvensyen tersebut.


Mat Sabu yang juga bekas Timbalan Presiden PAS kelihatan bermati-matian mempertahankan DAP dengan mendakwa UMNO dan BN serta PAS sengaja menjadikan parti serpihan PAP itu sebagai modal politik untuk melemahkan Pakatan Harapan.

Mat Sabu dalam ucapannya menyatakan dengan sinis bahawa DAP telah menjadi ‘punchbag’ bagi isu yang membabitkan politik dan isu perkauman oleh parti – parti politik yang berkepentingan khususnya BN dan beliau turut menyindir parti PAS apabila mendakwa parti islam itu mengamalkan sistem politik secara sempit dan menambah bahawa dalam persaingan politik ianya perlu bersaing dengan sihat dan bukannya berlawan serta menekan dan menundukkan orang lain, ujar Mat Sabu lagi.

Konvensyen PAN yang berlangsung di Alor Setar itu telah dihadiri seramai 765 perwakilan dari 153 kawasan dari seluruh negara

Hampir kesemua pimpinan utama dari blok pembangkang kecuali PAS telah hadir dalm konvensyen tersebut seperti, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Pakatan harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mat Sabu sebelum ini dilaporkan menerima bayaran elaun bulanan yang agak besar jumlahnya daripada kerajaan DAP Pulau Pinang, jadi tidak hairanlah mengapa gerak gerinya jelas seperti seekor anjing yang taat pada tuannya.

Baca Seterusnya...

GAMBAR Pekerja Mati Tertimbus, DAP Jangan Salahkan Tuhan Sekali Lagi! #LawanDAP #DAP

Hari ini puluhan pekerja binaan sebuah projek perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dikuatiri maut akibat ditimpa kecelakaan runtuhan tanah ditapak pembinaan tersebut. 



Meskipun mangsa dilaporkan adalah dikalangan pekerja asing (Bangladesh) yang sebelum ini dicaci dihina dan dihina oleh segelintir penyokong dan pemimpin pakatan terutama daripada DAP hanya kerana warna kulit dan taraf kewarganegaraan mereka sedangkan mereka inilah penyumbang kepada tenaga buruh dalam sektor pembinaan negara ini.


Mangsa yang terkorban ini adalah bukti kerana tiada ada keprihatinan pihak berkuasa secara serius iaitu Kerajaan Negeri sepatutnya menyediakan kawasan pembinaan yang sesuai, dipantau dan dilengkapi tahap keselamatan yang baik bukan sekadar memberi alasan "Kalau tak hujan tak banjir".



Perbuatan 'melepas batuk ditangga' kerajaan DAP ini akan berterusan mengundang kecelakaan yang maha besar pada masa akan datang.

Kekhuatiran akan bencana ini pernah dilaungkan pihak agensi, persatuan penduduk dan NGO terhadap kerakusan Kerajaan Negeri yang terlalu aktif dalam menggondolkan kawasan bukit dan hutan untuk 'melaba dengan siku' keuntungan tanpa memikirkan nyawa bakal terancam sekiranya tidak dikawal dengan betul betul serius.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang ditunjangi DAP sewajarnya bertanggungjawab akan perkara ini bukan menunding jari kepada orang lain meskipun sebelum ini salah seorang Exco Negerinya pernah menyalahkan Tuhan sekiranya belaku sebarang bencana di negeri Pulau Pinang.
Baca Seterusnya...

Kit Siang Cermin Diri Sebelum Kritik Orang - Khairy Jamaluddin #LawanDAP #DAP

Insiden Khairi Jamaluddin yang juga menteri Belia dan Sukan, telah menugaskan pegawai khas bagi meminta wartawan Malaysia Kini (MK) agar meninggalkan majlis dan mengarahkan agar mereka beredar serta tidak membuat liputan sempena Program Kapal Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) ke-44 di sini.

Hal ini telah membuatkan Lim Kit Siang telah mengkritik YB KJ dalam lama blog miliknya, atas tindakan YB KJ tidak membenarkan wartawan portal berita pro-pembankang, Malaysia Kini agar tidak membuat liputan sidang akhbarnya. Namun YB KJ yang juga selaku Ketua Pemuda UMNO menempelakas Kit Siang bahawa tindakannya itu pernah juga dilakukan oleh anaknya Lim Guan Eng sebelum ini.

Lim Kit Siang mungkin lupa bahawa anaknya iaitu Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pernah tidak membenarkan media arus perdana seperti TV3, Media Prima dan Utusan Malaysia bagi membuat liputan sidang akhabr Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang suatu ketika dulu, ujar YB KJ lagi.

YB KJ mempersoalkan kritikan dan teguran Kit Siang yang menuduhnya seorang yang “double standard” atau dwi-standard dan siapa sebenarnya yang mengamalkan dwi-standard soalnya lagi. Apabila hal yang sama di lakukan oleh anaknya ianya tidak mengapa namun apabila YB KJ melakukan hal yang sama ianya tidak boleh. Dalam hal ini jelas DAP mempraktikan “double standard” dalam apa jua tindakan yang mereka ada kepentingan dan YB KJ enggan mengulas lebih lanjut akan hal ini.

YB KJ juga mempersoalkan etika kewartawanan Malaysia Kini (MK) kerana lazimnya wartawan MK datang sesuatu majlis dan akan bertanyakan soalan. Namun apa yang terjadi ialah, apabila beliau menjawab soalan tersebut hanya sepotong ayat sahaja yang akan dijadikan berita dan mereka akan jadikan berita tersebut tidak tepat atau “fake news” (berita palsu), jelas YB KJ lagi.

Dalam hal berkaitan YB KJ mengulas bahawa, wartawan MK yang terbabit telah diminta beredar oleh pegawainya dengan cara yang sopan dan penuh beretika.

Berkaitan dengan SSEAYP pula, ianya adalah satu program kerjasama persahabatan belia yang menyaksikan seramai 350 belia dari negara – negara ASEAN dan Jepun akan belayar selama dua bulan dengan kapal Nippon Maru. Pelayaran akan bermula dari Jepun dan akan mengunjungi negara – negara ASEAN.

Dalam program yang sama juga, YB KJ telah memberi amanat kepada belia Malaysia yang terpilih dalam pelayaran ini supaya mengadakan perbincangan mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50). Pendekatan ini adalah satu kelainan dari Malaysia untuk dikongsi dengan belia dari ASEAN dan Jepun bahawa masa depan negara ini dicorakkan oleh belia itu sendiri dan YB KJ berkeyakinan bahawa penglibatan belia Malaysia seramai 29 orang dalam program SSEAYP ke-14 ini akan mengukuhkan lagi semangat kerjasama antarabangsa antara belia Negara – Negara ASEAN dan Jepun.

Kesimpulan dari penulis, DAP tidak asing lagi dalam tindakan mereka yang dwi-standard. Apabila hal yang melibatkan kepentingan dan keuntungan kepada mereka dan ianya tidak mengapa dilakukan, namun apabila pihak yang menentang mereka khususnya pihak kerajaan makan siang dan malam mereka akan mencemuh dan mempersoalkan tindakan yang dilaksanakan itu. DAP adalah “king of double standard” dan amat pelik sekali seolah dunia akan kiamat sekiranya mereka tidak lagi melakukan hal yang tidak beretika ini.
Baca Seterusnya...

Friday, 20 October 2017

Mahathir Bertaubatlah - Hadi Awang #LawanDAP #PPBM #PAS

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah berjaya dari segi moral setelah menjadi blok ketiga dalam kancah politik negara. Meskpun hakikatnya bukan sesuatu yang mudah. PAS telah menjadi hentaman daripada bekas sekutunya daripada Pakatan Harapan (PH) dalam pelbagai isu termasuklah juga asakan dari Barisan Nasional (BN). Namun demikian, Himpunan Fastaqim 2.0 di Terengganu baru – baru ini adalah satu lonjatan moral kepada PAS. Ternyata parti itu masih mempunyai sokongan yang meluas.


Dalam kemelut politik tanahair yang dapat kita lihat, PAS kini meskipun telah menjadi blok pembangkang ketiga, namun ianya dilihat dan boleh ditafsirkan lebih mesra BN jika hendak dibandingkan dengan hubungan PAS dengan PH. Sehinggakan Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendakwa, dengan menyokong PAS bererti sama seperti dengan memberi undi kepada BN dan minta PAS bertaubat.

Dalam hal ini, Presiden PAS telah menempelak Mahathir kerana beliaulah yang sepatutnya bertaubat kerana pelbagai perkara yang dilaksanakan olehnya sewaktu masih berkuasa dahulu telah menjadi penyebab kerosakan sistem negara seperti mengurangkan hak dan kuasa Melayu-islam dan Majlis Raja – raja, mengamalkan demokrasi tempang dan memerintah negara secara diktator dan sehingga kini, tidak pernah sekalipun Mahathir meminta maaf kepada mangsa malah beliau masih tetap mempertahankan salah lakunya. 

Hal ini jelas memperlihatkan sikapnya yang tidak jujur kononnya untuk menyelamatkan Malaysia. Niatnya boleh dibaca, hakikatnya Mahathir hanya mahu menjatuhkan Najib. Presiden PAS juga turut menjelaskan bahawa dengan mengundi DAP, PKR, Amanah dan Bersatu adalah mengundi untuk mengiakan kezaliman Mahathir. 

Pergeseran PAS dengan Amanah dan DAP telah menyebabkan Mahathir menuduh PAS amat benci kepada kedua parti ini sehinggakan Mahathir mendakwa PAS telah terpesong dari matlamat asal untuk menyelamatkan Negara.

Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHA) telah menjelaskan dan menafikan hal ini dan beliau menyatakan bahawa PAS tidak pernah meninggalkan dari matlamat asal semenjak ianya ditubuhkan lagi sebagaimana Fasal 5 Perlembagaan PAS. Apa yang membezakan dengan DAP ialah, PAS mahu selamatkan negara dengan islam bersama jaminan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan islam sebagai agama Persekutuan. Berbeza dengan DAP yang dengan jelas menentang fasal Perlembagaan ini malah dengan berani menentang usaha memertabatkan mahkamah syariah melalui pindaan RUU355.

Manakala parti Amanah pula, ianya tertubuh dengan restu DAP. Namun sehingga kini Amanah ternyata gagal dalam usaha meraih undi orang melayu, ini secara langsung telah menambah bebanan kepada DAP yang bercita – cita meneraju kepimpinan negara kelak apatah lagi barisan kempimpinan DAP yang terpalit sengan isu rasuah berbanding dengan PAS yang memerintah Kelantan hamper 27 tahun adalah kerajaan bersih tanpa rasuah dan telah diiktiraf sebagai pentadbiran berintegriti oleh agensi – agensi kerajaan yang membuat audit kepada pentadbiran kerajaan, meskipun tempoh pemerintahan PAS di Kelantan telah lama.

Bagi menghadapi PRU-14 nanti, PAS akan mengambil pendekatan tahalul siyasi dan ta’awun. Meskpiun hubungan politik PAS-UMNO sering dimainkan namun TGHA percaya dengan pendekatan sebegini ianya boleh dijernihkan. PAS bertahalul dengan parti – parti dalam Gagasan Sejahtera bagi menghadapi BN dan PH. Pendekatan ta’awun diputuskan bagi hubungan dengan BN-UMNO, iaitu menyokong apa yang baik dan positif demi keutamaan islam dan melayu dan membantah apa yang negatif dan salah yang akan merugikan negara dan rakyat seperti GST, TPPA, DLP dan Akta 164.

Bagi menghadapi PRU-14, startegi PAS masih lagi rahsia dan berdasarkan maklumat dari akar umbi sasaran untuk memenangi 40 kerusi adalah realistik dan diyakini boleh dicapai. Sehubungan dengan itui dapatlah disimpulkan bahawa, PAS kini telah jelas matlamat politiknya dan tiada lagi kerjasama startegik dengan PH Cuma tidak dapat lari dari persoalan bagaimana PAS akan menyesaikan polimik penentangan 3 penjuru dalam PRU-14 kelak dan ditegaskan lagi oleh TGHA ianya masih lagi rahsia.

TGHA juga telah menjelaskan berkenaan keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar bahawa, kedua – dua keputusan yang memihak kepada BN adalah kes tersendiri dan tidak boleh dibandingkan dengan apa yang bakal di hadapi pada PRU-14 kelak. Ramai penganalisa politik sangat dipengaruhi dengan keputusan kedua – dua PRK ini. Hakikatnya ianya amat berbeza jelasnya lagi. 


Senario politik di kedua – dua tempat ini tidak mewakili keseluruhan senario politik di seluruh Negara. Ini disebabkan setiap kawasan ada ciri – ciri tersendiri, komposisi kaum juga berbeza, malah faktor calon, kedudukan kawasan di bandar dan di luar bandar, parti – parti yang bakal bertanding, isu – isu setempat juga berbeza. PAS bertegas, perjuangan untuk menjunjung akidah islam adalah intipati asas perjuangan PAS dan ianya selari dengan asas Perlembagaan Negara dan bukanlah semata – mata dengan hanya mempertimbangkan kemenangan dengan menganalisa berasaskan dua senario iaitu tiga penjuru atau dua penjuru.

Presiden PAS menjelaskan, bagi menghadapi PRU-14, PAS mempunyai lima kelebihan berbanding dengan PH untuk menewaskan BN. Yang pertamanya dan ianya dari dahulu lagi di tegaskan bahawa, dasar perjuangan PAS adalah islam dan tidak pernah sekalipun cuba untuk menjual prinsip ini demi meraih undi pilihanraya atau meskpun untuk kemenangan sementara kerana islam menjadi asas akidah perjuangan yang kukuh.

Kekuatan akar umbi PAS yang tidak dimiliki oleh pembangkang adalah kelebihan yang kedua PAS. Dengan 196 kawasan dan 7,063 cawangan di seluruh Negara, ternyata PAS mempunyai kelebihan dari segi ini. Kelebihan yang ketiga pula ialah dengan wujudnya Gagasan Sejahtera yang didukungi oleh parti – parti politik, NGO – NGO dan tokoh – tokoh masyarakat. Ini memperlihatkan PAS jelas kehadapan dari segi prinsip keadilan dan pilihan raya yang besih dalam mempastikan kemenangan yang mutlak dalam PRU-14 kelak kerana ianya selari dengan kehendak islam sebagaimana prinsip yang dijunjungnya. 

TGHA juga menambah, kelebihan yang keempat adalah dari segi intergriti dan membudayakan politik matang. Pas meninggalkan politik tegang dan kini mengamalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Langkah ini menyebabkan PAS lebih mesra pengundi kerana secara tidak langsung akan mewujudkan keamanan serta kestabilan politik negara.

Manakala kelebihan yang kelima pula adalah dari segi faktor kaum melayu. Ianya bermaksud PAS adalah sebuah parti yang hakikatnya di sokong oleh orang melayu. Berbanding dengan PH. Di Malaysia undi teras politik adalah dari kalangan orang melayu. Setiap parti yang mahu menjadi pemerintah hakikatnya perlu mendapat undi melayu. Hal ini amat berbeza jika hendak dibandingkan dengan Bersatu dan Amanah yang ternyata gagal untuk menarik minat orang melayu untuk mengundi PH. Cuma PAS pelu meyakinkan kaum bukan islam untuk bersama PAS khususnya kelompok mereka yang tidak fanatik perkauman dan agama, ujar TGHA.

Selepas PAS mengambil keputusan untuk tidak lagi bersama Pakatan Rakyat yang kini lebih dikenali dengan Pakatan Harapan, maka sikap pengundi melayu khususnya terhadap PAS ternyata telah berubah. Ini disebabkan keputusan yang diambil adalah selari dengan dasar islam dan akidah perjuangan PAS. Sikap berani PAS menolak politik cauvanis perkauman serta berkaitan dengan pindaan Akta RUU-355 demi kepentingan orang islam telah membuahkan hasil. Dimana persepsi terhadap PAS telah mula berubah dan secara tidak langsung telah meningkatkan sokongan orang melayu kepada PAS.

Pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera yang diterapkan oleh PAS kini telah membuahkan hasil yang positif. PAS telah berjaya mendekati pengundi melayu-islam khususnya dan juga kaum bukan islam yang sederhana dalam pegangan politik mereka. PAS amat menyedari bahawa bukan semua kaum bukan islam menyokong DAP serta bersikap rasis dan perkauman. Maka dengan langkah memperkenalkan Budaya Politik Matang dan Sejahtera, ternyata ianya telah membuahkan hasil, ujar TGHA lagi.

Pendekatan sebegini juga membuahkan keputusan yang amat baik, dimana hubungan yang terjalin kini diantara agensi kerajaan, penjawat awam, NGO dan pelbagai pihak lagi dapat diadakan dengan lebih tersusun dan mesra kerana ketegangan sudah reda, banteng atau halangan yang sebelum ini wujud telah berjaya dirobohkan apabila PAS mengambil pendekatan Membudayakan Politik Matang dan Sejahtera, apatah lagi PAS tidak lagi bersama BERSIH setelah mendapati matlamat asal BERSIH sudah menyimpang dari haluan sebenar.

Istiqamah ahli-ahli PAS dalam memperjuangkan dasar islam dan akidah perjuangan tidak boleh dibeli oleh sesiapa dan ini adalah tunjang utama kekuatan PAS meskipun PAS telah diasak dari segenap penjuru. Kekebalan serta kekentalan ahli – hali PAS dari dulu lagi untuk menegakkan akidah dan syariat islam tanpa mempedulikan segala cabaran dan halangan adalah bukti mengapa PAS masih kekal sehingga kini. Malah pimpinan PAS yang yang tidak istiqamah dan cuba mengubah haluan PAS akan di campak keluar oleh ahilinya sendiri kerana bagi mereka pemimpin boleh datang dan pergi tetapi ahli PAS yang ikhlas, setia dan tetap dalam perjuangan akan terus kekal dalam bahtera pelayaran PAS. 

Datuk Seri Haji Hadi telah diduga oleh Allah dengan ditimpa masalah kesihatan baru – baru ini. Namun ianya bukanlah satu halangan kepada beliau untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya. Setiap mesyuarat dan program – program parti telah dihadiri oleh beliau secara beransur – ansur setelah kesihatannya semakin baik. 

Cadangan dan hasrat DAP untuk bertanding di Kelantan bukanlah isyarat perang terhadap PAS atau UMNO malah ianya adalah membuktikan amalan demokrasi di negara kita ini amat baik, kerana mana- mana parti politik yang berdaftar di negara kita ini layak untuk bertanding asalkan bukan di Pulau Kapas atau di Pulau Bidong yang tidak berpenghuni selorohnya.

TGHA turut mengulas berkenaan Himpunan Fastaqim 2.0 dimana beliau merasa amat terharu dengan kehadiran peserta khususnya anak - anak muda. Ini jelas memperlihatkan masa depan PAS sangat cerah. Beliau memuji penglibatan anak- anak muda dalam perhimpunan tersebut yang ternyata amat berminat dan berani hadir serta turut sama menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

PAS hari ini berbeza dengan PAS yang dahulu. Hal ini disebabkan PAS kini di anggotai oleh beribu profesional muda yang tampil memperkemaskan pasukan profesional yang sedia ada. Rintitan daripada itu PAS tidak ketandusan pasukan untuk membuat analisa berkaitan potensi pilihan raya dan gerak kerja parti lain dan kini PAS mempunyai persediaan pilihan raya yang lebih lengkap dan menyeluruh dengan adanya para profeional muda ini, ujar TGHA. 

Kesimpulan dari penulis, PAS lebih mesra BN namun ianya bukanlah alasan untuk BN mengambil mudah akan hal ini kerana dibimbangi berlaku hal yang sebaliknya kelak apatah lagi pimpinan PAS serta penyokongnya yang totok masih membenci UMNO-BN. Mankala Tun Mahathir bukanlah ancaman yang sebenar kerana beliau lebih memperjuangkan agenda sendiri. Yang perlu di beri perhatian adalah DAP kerana sikap mereka yang melampau dan amat rasis sehinggakan langsung tidak mempedulikan prisnsip – prinsip asas kemanusian demi perjuangan untuk mencapai matlamat utama mereka iaitu mengambil alih Putrajaya.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...