Monday, 11 September 2017

Tangkis Fitnah, BN Perlu Berani - Annuar Musa #LawanDAP

Politik kebencian yang ditanam pihak pembangkang semakin menjadi-jadi. Oleh itu, jentera Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO perlulah mengatasi perkara ini dengan berani.


Jentera juga haruslah mengatasi sindrom 'memandang rendah kemampuan sendiri' demi memastikan mereka berusaha untuk menangkis fitnah yang dilemparkan pembangkang lebih-lebih lagi di media sosial. Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO turut memberi semangat kepada jentera agar mereka mesti mempunyai keyakinan dan keberanian dalam mengawal gerakan kempen pihak pembangkang ini.




'Winning Mentality' perlu wujud sebelum bergerak ke hadapan dalam mengatasi masalah psikologi ini. Dan ini merupakan bonus buat BN kerana pihak BN mempunyai kelebihan dalam banyak perkara.

Tan Sri Annuar yang dijumpai semasa sesi 'Townhall' Dialog Perjuangan4All. Beliau merupakan salah seorang panelis bersama-sama Datuk Rosni Zahari, Ketua Penerangan Wanita UMNO merangkap Setiausa Politik Timbalan Perdana Menteri dan Shahril Suffian Hamdan, Exco Pemuda UMNO.

Sesi dialog seperti 'townhall' ini merupakan salah satu pendekatan baharu BN kepada rakyat dalam menepis fitnah dan menegakkan kebenaran. Sesi ini adalah satu peluang buat panelis seperti Tan Sri Annuar Musa untuk memberi penjelasan kepada masyarakat umum dan akar umbi mengenai dasar pentadbiran negara sekaligus menerangkan kejayaan dasar transformasi Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak.

Kira-kira 500 peserta hadir semasa dialog yang diadakan di Parlimen Wangsa Maju itu. Peserta yang terdiri daripada pemimpin masyarakat, pemimpin pelajar, pemimpin NGO dan aktivis belia itu turut diberi peluang untuk mengajukan soalan dalam dialog itu.

Tan Sri Annuar Musa juga berkata bahawa Dialog Perjuangan4All ini akan diperluaskan lagi di seluruh negara dan Sepang serta Sungai Besar merupakan salah satu 10 lokasi terawal.

Beliau juga menyasarkan sebanyak 80 hingga 100 siri dialog dapat dijalankan dan dilaksanakan setiap minggu.

Tambahan lain, Ketua Penerangan UMNO ini juga mengingatkan 50 peratus jumlah pengundi yang terdiri daripada aspirasi golongan wanita dan generasi muda itu amatlah penting.

Seruan agar kerajaan terus berusaha mengubah persepsi negatif yang dilemparkan oleh pembangkang, menggalakkan belia mempunyai 'mind set' agar tidak hanay bergantung harap pada kerajaan tetapi berdikari dengan usaha sendiri merupakan antara aspirasi yang dilontarkan semasa sesi dialog berlangsung.
Tangkis Fitnah, BN Perlu Berani - Annuar Musa #LawanDAP Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 September 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!