Monday, 11 September 2017

Pembangkang Hanya Berangan Kuasai Malaysia! #DAP #MCA #HARAPAN

"Has zero chance of becoming rulling government" iaitu tiada harapan menguasai kerajaan Malaysia. Berikut ialah gambaran sebenar bagi Pakatan Harapan yang disuarakan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MCA. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut berdasarkan kesepakatan agenda parti dalam PH (DAP, PKR, PAN dan PPBM) yang tidak sama.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Liow adalah tidak dinafikan. Lebih meyakinkan lagi, apabila wujud persengkataan di dalam parti PKR sendiri hingga tertubuhnya Kem Wan Azizah dan Kem Azmin Ali serta penghasut negara Rafizi Ramli. Adakah ini calon terbaik pimpinan kerajaan pada PRU14 akan datang?


Tambahan lain, masyarakat Cina juga sudah jelek dengan sikap pemimpin DAP yang hipokrit dan tidak mengendahkan rakyat kerana sibuk berpolitik. Contoh terbaik yang dapat dilihat terang lagi bersuluh ialah Lim Kit Siang. YB Parlimen Gelang Patah ini tidak kelihatan di kawasan parlimennya sehingga memaksa masyarakat sana meletakkan banner di sekitar Gelan Patah demi mencari mana hilang ahli parlimen mereka.



Bagai jatuh ditimpa tangga, bukan sahaja dibodohkan oleh Lim Kit Siang, malah masyarakat Gelang Patah juga bakal ditinggalkan ahli parlimen itu kerana dikatakan bakal bertanding di Tanjong, Pulau Pinang pada PRU14 yang akan datang. Masih sanggup lagikah masyarakat Cina ini diperbodohkan oleh DAP?


Namun, masih wujud satu parti yang sentiasa komited dan berusaha membantu masyarakat Cina dan menjaga kebajikan mereka. Parti yang tidak lain tidak bukan iaitu MCA. Walaupun tewas semasa PRU13 pada DAP, tetapi itu tidak pernah mematahkan semangat MCA yang berjuang demi rakyat bersama-sama parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.



Kita rakyat Malaysia tidak perlukan ahli politik gila kuasa, tidak perlukan ahli politik penghasut, tidak perlu ahli politik yang mementingkan diri sendiri. Tetapi kita perlukan pemimpin yang memimpin negara menuju kearah negara maju tanpa meminggirkan rakyat.

Pimpinan kerajaan akan datang terletak dikuasa kita sebagai rakyat. Masih kah kita mahu lena diulit janji palsu pembangkang?
Pembangkang Hanya Berangan Kuasai Malaysia! #DAP #MCA #HARAPAN Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 September 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!