Thursday, 7 September 2017

Mana Satu Mahathir Bohong? - Annuar Musa #DAP #LawanDAP



1. "Benarkah Tun, kamu ingin bersahabat dengan DAP? Apakah benar Tun, kamu yakin yang DAP adalah terbaik untuk Malaysia? Apakah benar yang DAP hari ini tidak lagi rasis?"

2. "Apakah benar Tun, kamu yakin yang politik DAP, PKR, Anwar Ibrahim dan yang lain-lain selain dari Barisan Nasional adalah jawapan kepada penyelesaian masalah negara?"

Soalan diatas ditujukan kepada seluruh rakyat Malaysia yang yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang mana ia perlu di renungkan.

Selama 22 tahun Mahathir berbohong sekiranya Mahathir menerima DAP hari ini. Dan ‘pembohongan’ itu hari ini berlegar disetiap isi kepala para ahli UMNO yang hari ini terkesan dari penipuan ketika Mahathir memegang jawatan Presiden UMNO.



TSAM menegaskan DAP adalah sebuah parti cauvinis dan penuh dengan sifat perkauman apabila dirujuk kepada perjuangan dan pelembagaan parti mereka yang bersandarkan kepada ‘Malaysian Malaysia’ yang secara mutlak mahu menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera dan mahukan kesamarataan bagi semua sedangkan majoriti di negara ini ada orang berbangsa Melayu.

Beliau tegas memberi gambaran yang DAP adalah sebuah parti obsess dan mementingkan hanya bangsa Cina dan menanam kebencian terhadap parti keramat UMNO, bangsa Melayu dan kepimpinan yang diterajui orang Melayu dan termasuklah Raja-Raja Melayu. Malah segelintir dari talibarut Melayu (Boneka DAP) dapat dibeli dengan pangkat dan wang ringgit dengan alasan inilah penyubur demokrasi.


Dahulu Mahathir penah memberitahu pemecatan Anwar Ibrahim adalah bukan satu kesilapan dan Mahathir sendiri memberitahu dunia timbalannya tidak layak menjadi Perdana Menteri dengan rekod masalah moral sebagai peliwat.

ianya bukan sekadar berkata secara umum, Malah Mahathir juga telah menulis di dalam bukunya bertajuk 'Doctor in House', betapa rosaknya moral Anwar Ibrahim untuk menyakinkan seluruh rakyat Malaysia bertapa berbahayanya DAP, Anwar dan Lim Kit Siang bagi negara majmuk ini. Magisnya hari ini Mahathir sendiri telah menjilat ludahnya sendiri dan tidak mempercayai apa yang telah beliau lontarkan terhadap mereka kini Mahathir sanggup tidur sebantal demi memenuhi tuntutan nafsu serakahnya?

Dalam 22 tahun itu juga Mahathir mencanang seluruh pelusuk negara keburukkan DAP, Anwar dan Kit Siang. Tetapi hari ini pendirian beliau cukup berbeza dikala usia melewati hampir 100 tahun apa lagi yang mahu dikejar apa lagi yang cuba disampaikan?!

Renungkanlah pesanan dari TSAM yang mana kita perlu membuat keputusan sebijaknya dalam menyokong tindakkan yang tidak releven malah cukuplah kita memberi ruang kepada Mahathir untuk berehat dalam arena politik, pembangkang hanya tahu mengkritik tetapi tidak ada yang menawarkan cadangan yang membela rakyat. Tidak hairanlah ada pemimpin dunia mengelarkan ‘Pembangkang di Malaysia adalah yang terbodoh didunia’


Wallahualam..
Mana Satu Mahathir Bohong? - Annuar Musa #DAP #LawanDAP Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 7 September 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!