Monday, 11 September 2017

Annuar Musa Dicalonkan Jawatan Presiden KAFA #KAFA



KOTA BHARU, 11 Sept – Tan Sri Annuar Musa dicalon untuk bertanding jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).

Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor dalam satu kenyataan hari ini.

"Penamaan calon dilakukan anggota gabungan KAFA bagi memilih kepimpinan KAFA untuk penggal 2017 hingga 2021," katanya.

Pemilihan akan diadakan pada Kongres Ke-43 KAFA Ahad ini.
Annuar melepaskan jawatan presiden pada November tahun lepas dan menjadi penasihat KAFA.

Ismail berkata empat calon lagi turut dicalon untuk jawatan presiden iaitu Timbalan Presiden KAFA, Datuk Mohamad Nasir Hamzah, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail, Penaja KAFA, Datuk Ir Shaari Hassan dan Ahli Peniagaan Bibi Ramjani Ilias Khan.

Beliau berkata bagi jawatan timbalan presiden pula, seramai empat individu dicalonkan.

"Turut disenarai ialah 13 calon bagi jawatan naib presiden yang terdiri daripada tokoh korporat, pentadbiran, tokoh politik manakala 30 orang dicalonkan bagi jawatan anggota jawatankuasa,” katanya.

Ismail berkata pemilihan calon akan ditentukan 52 orang perwakilan anggota gabungan KAFA, persatuan bola sepak jajahan, persatuan bola sepak Melayu dan persatuan bola sepak Cina. - BERNAMA

Kredibiliti TSAM tidak boleh dipertikaikan seperti mana sebelum in beliau dengan tegas menyuarakan bagi pihak KAFA (kapasiti penasihat KAFA) berikutan layanan buruk yang dikenakan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) ke atas Kelantan.

Termasuk insiden pemotongan mata perlawanan dalam Liga Super dan tidak diberi kelulusan bagi mendapatkan khidmat pemain import  seperti mana kiasnya KAFA bertarung dengan tangan dan kaki terikat.

Inilah standard pemimpin yang diperlukan KAFA, Beliau berani menyuarakan situasi sebenar yang belaku bagi satu pasukan bola sepak yang TSAM amat sayangi, KAFA digeruni lawan dalam liga super dan liga perdana sebelum ini sehinggakan sekatan sekatan yang wujud menempangkan pasukan tersebut.

Admin adalah penyokong Perak bukan memandai mandai tentang Pasukan Kelantan, Harus diakui Kelantan mempunyai "wow factor" yang mengerunkan lawannya disamping prestasi mantap yang tidak pernah kalah dilaman sendiri.
Annuar Musa Dicalonkan Jawatan Presiden KAFA #KAFA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 11 September 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!