Saturday, 30 September 2017

UMNO Pilihan Anak Muda #TSAM

Terbukti UMNO adalah parti pilihan anak muda. Hal ini dikukuhkan lagi apabila Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa permohonan keahlian UMNO meningkat dengan positif setiap bulan dan rata-ratanya adalah mereka dibawah umur 40tahun. 



TS Annuar turut menyatakan bahawa “Perkembangan ini amat membanggakan kerana ia menunjukkan anak muda menerima UMNO dengan baik”.

Beliau juga percaya bahawa masih ramai lagi anak muda yang menyokong UMNO walaupun tidak menjadi ahli.

Tambahan beliau, perkara ini merupakan satu perkembangan yang sihat. Dan beliau turut menyeru agar lebih ramai anak muda untuk menyertai parti keramat UMNO ini. Beliau turut mengingatkan agar setiap cawangan sentiasa membuka pintu buat mereka yang mahu menjadi ahli.

TS Annuar juga turut mendedahkan bahawa sebanyak 5,155 permohonan ahli baru yang diterima dimana 3,381 adalah permohonan secara online. 

Daripada keseluruhan 5,155 permohonan baru itu, 508 daripadanya ialah remaja, 920 adalah pemohon wanita dan 2,029 adalah lelaki. Manakala seramai 1,698 adalah wanita dibawah usia 35tahun.

Oleh itu, TS Annuar menyatakan dengan permohonan baru ini, ahli UMNO usia dewasa berjumlah 1.3juta, ahli wanita 1.4juta, 0.6juta adalah pemuda dan puteri seramai 0.4juta. Menjadikan keseluruhan ahli UMNO seramai 3.6juta.

Beliau turut menambah bahawa 52 peratus pengundi di Malaysia ialah mereka dibawah umur 40 tahun. 

“UMNO mengambil berat terhadap perkara ini kerana ia menunjukkan betapa besar dan pentingnya peranan generasi muda ini”

Beliau juga menegaskan parti akan akan melihat secara mendalam keperluan aspirasi dan juga peranan mereka di dalam kerajaan. Ia bukan hanya sekadar memberi pembelaan semata.

Presiden parti juga turut memberi peluang kepada ahli MT dan sayap untuk membolehkan mereka mengesyorkan cadangan tentang perkara-perkara yang boleh diberikan perhatian dan pembelaan kepada generasi dibawah 40 tahun ini.

Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat pemimpin mahasiswa yang telah dipilih dan diundi untuk mewakili mahasiswa di kampus masing-masing.

Tambah beliau, MT amat peduli tentang peranan pusat pengajian tinggi samada IPTA mahupun IPTS dalam melahirkan generasi yang bersifat kepimpinan. Presiden parti juga turut mengingatkan MT untuk peka dengan pemimpinan mahasiswa ini.

Akhir dari beliau, MT menggambarkan rasa gembira dan bangga melihat pergerakan politik kampus yang bersaing secara sihat dan berharap ia akan terus berkembang dalam menyumbang kepada proses pembangunan negara ini.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 27 September 2017

Kumpulan KRU Kembali Dalam Konsert #KRU25 Di Istana Budaya #KruMania



KENYATAAN MEDIA 
KRU25 DI ISTANA BUDAYA

Kuala Lumpur, 27hb September 2017. KRU Studios Sdn Bhd mengumumkan konsert sambutan ulangtahun ke 25 bagi kumpulan KRU yang dinamakan sebagai “KRU25” akan diadakan pada 4hb, 5hb dan 6hb Mei 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Pihak KRU telah lama idamkan untuk mengadakan konsert di Istana Budaya namun menanti masa yang sesuai untuk mementaskan perjalanan seni KRU melalui sebuah konsert. Selain lagu-lagu popular KRU dari tahun 90an hingga kini, KRU25 di Istana Budaya adalah istimewa dan berbeza dengan konsert-konsert KRU yang lain kerana turut disampaikan melalui penceritaan walaupun majoriti segmen persembahan tetap berbentuk nyanyian seperti konsert bagi mengembalikan kenangan dan nostalgia peminat-peminat KRU dari dulu hingga kini.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim selaku Penerbit Eksekutif KRU25 “Pemilihan lokasi Istana Budaya adalah amat sesuai dengan konsep persembahan yang ingin disampaikan oleh kami. Selain pentas, sistem bunyi dan penataan cahaya yang dinaik-taraf, suasana eksklusif di Istana Budaya juga akan memberi keselesaan kepada penonton bagi menghayati konsert selama 2 jam ini. Walaupun KRU25 hanya akan diadakan sekitar 7 bulan dari sekarang, pihak kami membuat keputusan untuk mengumumkan tarikh ini lebih awal memandangkan ramai peminat KRU telah lama menantikan pengumuman kami ini dan bagi memastikan peminat-peminat yang tinggal di luar kawasan Lembah Kelang dan di luar negara dapat membuat persediaan awal menjelang Mei nanti.”



Sambutan KRU25 telah bermula sejak Ogos 2016 apabila KRU mengadakan konsert di Esplanade, Singapura dimana tiketnya habis dijual. Tidak lama lagi, KRU bakal mengeluarkan single terbaru yang turut dimasukkan dalam album kompilasi KRU25 dalam bentuk digital, CD, DVD dan Vinyl. KRU juga sedang dalam proses penerbitan “Rockumentary” tentang penglibatan KRU didalam dunia seni sejak 1992.

Tempahan tiket dari harga RM158 (tidak termasuk GST) boleh dibuat melalui talian hotline 03-22760038 dan emel kru25@krustudios.com mulai hari ini.


Admin pikap kat page Facebook mereka apa kata layan nostagia lagu mereka sejak 1992! Yang tak minat KRU tu sila meninggal k!Tak payah kondem kondem plak hahahaha
Baca Seterusnya...

Polis Selangor Akan Gempur "Better Beer Festival" Pesta Arak! #BetterBeerFestival2017


Polis Selangor memberi amaran keras akan memburu dan mengenakan tindakan kepada mana-mana pihak yang menganjurkan pesta arak dan dadah di negeri dengan berselindung disebalik acara muzik.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, hasil risikan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik mendapati terdapat segelintir pihak tertentu yang cuba menganjurkan pesta arak dan dadah di negeri ini.

“Polis tidak akan berkompromi dalam isu ini, gejala ini adalah tidak sihat dan saya ingin menasihati kepada semua ibu bapa agar mengawasi pergaulan jika anak mereka menghadiri parti anjuran individu tertentu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada 18 September lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran pesta itu yang dijadual berlangsung pada 6 dan 7 Oktober di Kuala Lumpur, tanpa menyatakan sebab khusus.

Better Beer Festival merupakan acara yang mempromosikan minuman keras dan telah diadakan di Kuala Lumpur sejak tahun 2011.

Pemimpin bukan Islam Selangor amat menyokong pesta seperti ini bagaimana?

Bagaimanapun, ia menjadi isu nasional selepas anggota jawatankuasa PAS, Riduan Mohd Nor mengadu mengenai acara itu dua minggu lalu dan mengatakan ia boleh mengundang kepada ancaman pengganas.

Susulan itu, polis mengesahkan pesta itu diharamkan ekoran ada menerima maklumat bahawa terdapat rancangan daripada militan Daesh untuk mensabotaj pesta berkenaan.

Sehubungan itu, pihak polis juga tidak menyokong acara berkenaan kerana bimbang sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. - antarapos
Baca Seterusnya...

Dikenakan Notis Kerana Berseluar Pendek?! #JHEAIK

Gambar Hiasan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) mempertahankan tindakan penguat kuasanya mengeluarkan notis kepada seorang pemuda yang berseluar pendek di tempat terbuka di sini semalam.

Ketua Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan) JHEAIK, Mohd. Fadzuli Mohd. Zain berkata, notis tersebut dikeluarkan selaras dengan Seksyen 5 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1985 iaitu perbuatan tidak sopan.

Menurutnya, jika pemuda itu, Wan Khairul Hayyee Wali, 30, hanya berseluar pendek di tempat bersesuaian seperti gelanggang futsal, dia tidak akan dikenakan tindakan.

“Untuk makluman, peraturan ini bukan baru, sebaliknya sudah termaktub sejak 1985, namun kita tidak kuatkuasakan secara tegas sehingga sekarang.

“Langkah ini bukan bertujuan menghukum, sebaliknya mahu mendidik semua umat Islam tidak kira lelaki atau perempuan supaya mengambil langkah menutup aurat,” katanya dipetik Utusan Online. 

Semalam, sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, individu bernama Wan Khairul Hayyee Wali didenda kerana memakai seluar pendek untuk bermain futsal.

Pekerja am di sebuah kedai yang diberikan notis berkaitan kesalahan itu pada 10.45 Isnin malam memberitahu, dia memakai seluar pendek untuk bermain futsal sejak sekolah dan mendakwa tidak tahu wujudnya peraturan melarang pemakaian itu.

Dia juga mendakwa cuba menjelaskan kepada pegawai itu yang dia dalam perjalanan untuk bermain futsal dan keluar daripada keretanya sebentar membeli burger untuk isterinya.

Pemuda itu diarahkan untuk menghadiri sesi kaunseling bulan depan, sekiranya gagal berbuat demikian dia akan dihadapkan ke mahkamah syariah dan boleh didenda RM1,000 jika didapati bersalah.

Pemuda itu bagaimanapun memberitahu dia akan menghadiri sesi kaunseling itu.


Notis itu kemudiannya menjadi tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

Mengulas lanjut, Mohd. Fadzuli memberitahu, notis sama pernah dikeluarkan terhadap beberapa lelaki lain yang memakai seluar pendek di tempat awam namun hanya kes Wan Khairul Hayyee mendapat perhatian kerana tular di media sosial.

“Tahun ini, sesi kaunseling pertama sudah pun berjalan dan melibatkan kira-kira 70 individu yang didapati melanggar peraturan tidak menutup aurat. Majoritinya ialah golongan wanita,” katanya. - SH
Baca Seterusnya...

#PRU14 Orang Muda Bijak Memilih - Annuar Musa (Video) #TSAM

Walaupun orang muda lantang bersuara dan mengkritik kerajaan, namun Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa percaya bahawa orang muda yang mewakili sebanyak 52% peratus pengundi Malaysia ini bijak dalam memilih kerajaan masa hadapan.

Menjadi norma bagi anak muda, menyuarakan pendapat dan menegur tindak-tanduk kerajaan dan mungkin kelihatan seperti anti-kerajaan. Tetapi itu hanya pada luarannya sahaja. Pada dasarnya, mereka tetap dengan pendirian mahukan kerajaan yang stabil dan memberikan keamanan seperti yang wujud pada masa ini.



Tan Sri Annuar turut mengatakan bahawa orang muda ini seperti 'jauhari mengenal manikam'. Mereka tahu kerajaan mana yang baik atau buruk. Kerajaan mana yang membela rakyat atau yang gila kuasa. Beliau turut berkata, mereka ini sentiasa bersama kerajaan namun kita dikaburi oleh seorang dua parisite yang sibuk kucar kacirkan keadaan.

Tambahan lain, beliau menyatakan bahawa apabila tiba masa mengundi, orang muda ini yang paling bertanggungjawab kerana mereka ini berpelajaran, berpendirian dan juga berpendidikan. 

Beliau juga turut sedar bahawa ada segelintir mereka ini yang ganas dalam mengkritik kerajaan dan kelihatan seperti 'anti-estalishment' tetapi sebenarnya mereka ini sudah tahu mana kerajaan yang mereka mahukan. Mereka tahu menilai baik buruk parti kepimpinan itu. Dan beliau juga percaya bahawa orang muda ini tidak akan memilih parti yang kucar kacir seperti DAP.

Akhir kata dari beliau "Mereka tidak akan pilih kerajaan yang hanya 'cakap sedap' sahaja tetapi tidak dapat (membawa) kestabilan".

Dan ini sahaja membuktikkan bahawa kerajaan Barisan Nasional lah kerajaan paling stabil dan juga merealisasikan kata-kata dan janji.

LIVE - PRU 14 : Antara Mimpi dan Realiti BH ONLINE


Baca Seterusnya...

Tuesday, 26 September 2017

Pembangkang Tiada Modal, UBER Jadi Sasaran #SPAD

Menjadi lumrah mungkin duduk di kerusi Pakatan Harapan, kerjanya hanya menghentam kerajaan. Barangkali kerja untuk membantu rakyat mereka telah selesai?


Kali ini Pakatan Harapan timbul idea baru untuk memburukkan kerajaan Barisan Nasional dengan isu UBER. Terbaru, Bloomberg dan Reuters, agensi berita antarabangsa telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa Malaysia antara 5 negara yang menjadi sasaran untuk disiasat oleh pihak DoJ mengenai salah laku rasuah yang melibatkan UBER.

Entry yang dikeluarkan Bloomberg pada 20 Spetember 2017 bertajuk "Uber Faces Widespread Asia Briberry Allegations Amid U.S. Criminal Probe" telah meletakkan Malaysia sebaris dengan negara China, India, Indonesia dan Korea Selatan untuk disiasat dibawah elemen quid pro qua iaitu elemen muafakat.

Kenapa Malaysia dikaitkan? Ini kerana, pihak agensi terbabit seolah meragui dengan keputusan kerajaan Malaysia yang meluluskan undang-undang e-hailing dan sekaligus kononnya menyatakan ia didalangi dengan unsur rasuah.

Perkara ini menjadi satu kesempatan buat pembangkang lebih-lebih lagi Ahli Parlimen DAP, Chin Tong. Chin yang tidak berpuas hati apabila YB Nancy tidak menjawab pertanyaannya semasa di Parlimen mengenai sumbangan korporat dari Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) serta pelaburan sebanyak AS$30 Juta dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) ke dalam UBER sebelum undang-undang e-hailing ini dibenarkan.

Pertanyaan Chin Tong ini hanya sekadar memanaskan isu supaya rakyat memandang buruk kepada kerajaan.

Isu UBER yang dikaitkan dengan MaGIC ini telah dijawab oleh YB Nancy. Beliau telah menafikan bahawa wujud salah laku yang melibatkan UBER dan MaGIC dalam dakwaan rasuah dan menafikan tiada elemen quad pro quo.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelaburan yang dilakukan oleh KWAP itu kepada UBER sebanyak USD$30 Juta (RM125.95 Juta) itu adalah berdasarkan penilaian yang telah dibuat serta mengambil kira potensi pelaburan secara menyeluruh.Mana mungkin KWAP tidak memikirkan pelan pelaburan sebelum melabur. Ini hanya menjadi modal isu untuk pembangkang spin.

Memang pelik pembangkang di Malaysia ini, apa yang kerajaan lakukan terbaik buat negara tetapi sentiasa dikecam oleh pembangkang seolah-olah mahu menjatuhkan negara. Sepatutnya sebagai pemimpin mereka seharusnya mendorong dan menyokong usaha kerajaan dalam memajukan negara.

Ini tidak, asyik mahu di spin dan di fitnah sahaja. Rakyat pun turut bosan dengan taktik pembangkang ini.

Untuk makluman, kerajaan bukan sahaja mengiktiraf UBER malah syarikat lain seperti Grab Car, 2GO, eevom, EzCab dan PICKnGO turut diiktiraf.

Setiap undang-undang yang diluluskan akan melalui persidangan parlimen untuk dibahas, dibincang dan dipersetujui. Jadinya ini adalah keputusan bersama bukan satu individu.

Sudahlah pembangkang, carilah modal lain untuk di spin.
Baca Seterusnya...

Transformasi Pengangkutan Awam Direalisasi #SPAD


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merupakan medium bagi mentransformasi pengangkutan awam negara. Ditubuhkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada tanggal 3 Jun 2010.

Idea penubuhan SPAD yang terhasil dari DS Najib sendiri bagi memastikan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Negara dapat dikemudikan. Hal in kerana demi menjamin pengangkutan awam negara sentiasa berkembang maju seiring dengan negara maju yang lain serta memastikan rakyat Malaysia menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama.

Untuk mencapai malah merealisasikan transformasi ini memerlukan sokongan dan penglibatan dari pelbagai pihak. Satu penghargaan buat SPAD apabila sentiasa berusaha untuk memastikan cetusan idea dari YAB PM ini dapat dicapai.

Salah satu pencapaian pengangkutan awam yang boleh dibanggakan ialah pembinaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS). Sebuah pusat yang menghubungkan pelbagai mod pengangkutan yang amat memudahkan rakyat. Wujudnya TBS ini telah mengangkat perkhidmatan pengangkutan awam negara ini ke satu aras yang lebih tinggi dan setaraf dengan negara maju.

Demi meniti pencapaian yang lebih tinggi seiring impian DS Najib iaitu memaksimumkan penggunaan pengangkutan awam, titik berat yang pelru diambil kira selain pembangunan infrastruktur ialah kualiti serta masa menunggu pengguna. Impak yang diberikan kepada pengguna dalam memendekkan masa menunggu pastinya menjadi satu kunci utama kejayaan transformasi ini.

Pelbagai bantuan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada pemain industri ini. Dari sekecil-kecil bantuan seperti bantuan tayar kepada pemandu teksi sehingga ke besar-besar bantuan iaitu pembebasan pemandu teksi dari sistem pajak yang menjerut mereka. Perkara ini bukanlah mudah kerana ia melibatkan pelbagai pihak dari pelbagai sektor dalam industri ini. Namun inisiatif dari pihak kerajaan ini sangat mengagumkan.

Tidak ketinggalan dengan arus pemodenan, kerajaan juga telah meluluskan aplikasi e-hailing seperti UBER dan GrabCar. Ini adalah demi membantu rakyat bergerak dengan nilai harga yang berpatutan. Selain itu, pemodenan yang dilakukan pada perkhidmatan bas juga patut dipuji. Jika dahulu, pengguna mengambil masa untuk menggunakan bas kerana leceh perlu membeli tiket dari konduktor dan kemudiannya perlu menunggu untuk tiket ditebuk, tetapi kini pengguna boleh membayar amaun yang secukupnya dan tiket dikeluarkan secara automatik tambahan penggunaan Touch'N'Go untuk memudahkan pergerakan turut boleh diguna pakai di sistem bas selain daripada sistem railway.

YB Datuk Seri nancy Shukri turut memaklumkan bahawa menjelan 2019, semua mod pengangkutan awam akan menggunakan sistem tiket bersepadu menerusi platform Touch'N'Go. KTM juga diseru agar bekerjasama dengan pihak Prasarana bagi menaik taraf sistem yang diguna pakai.

Beliau juga turut memberitahu bahawa pengaplikasian sistem ini mungkin mengambil masa malah kos kerana perlu diambil kira untuk melibatkan kegunaan peranti seperti pengesan global (GPS). Perubahan ini tidaklah mengejutkan kerana rata-rata pengguna juga memerlukan Touch'N'Go untuk membayar tol.

Perubahan yang dibawa YAB PM kepada pengangkutan awam negara ini amatlah memberangsangkan malah membanggakan kerana mencapai taraf negara maju. Ia bukanlah sekadar cakap kosong.
Baca Seterusnya...

Pembangkang Tak Ada Kerja Selain Menghasut - Annuar Musa #TSAM #BN #PRU14

Walaupun memegang portfolio sebagai menteri mahupun timbalan menteri, pemimpin UMNO dan komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan agar tetap meneruskan peranan sebagai ahli politik. Hal ini supaya keyakinan rakyat terhadap kerajaan sedia ada akan kekal dan raih lebih lagi keyakinan rakyat yang lain.

Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO turut memberitahu bahawa pemimpin pembangkang kini sedang agresif mendekati masyarakat dan menyebarkan fitnah serta hasutan yang berbaur kebencian terhadap kerajaan BN ini. Oleh itu, beliau berharap pemimpin-pemimpin ini dapat mengimbangi peranan masing-masing dan tidak membiarkan pembangkang bermaharajalela.


Selain itu, beliau juga tidak mahu mengulas mengenai kelompongan yang berlaku di dalam BN ini secara politik namun boleh diambil kira dari sudut kerajaan. Rakan parti komponen juga diharap dapat menjelaskan apa itu BN, MCA, MIC serta yang lain secara keseluruhannya, bukan hanya bercerita mengenai kerajaan.

TS Annuar Musa juga mengingatkan agar tugas hakiki sebagai menteri atau timbalan menteri tidak diabaikan cuma diharap agar mereka juga dapat mengupas dan menjawab persoalan-persoalan berkaitan politik.

Pemimpin pembangkang dilihat giat menghasut kerajaan kerana mereka tidak punyai kekangan masa dengan jawatan di dalam kerajaan. Jadi mereka dapat menghasut rakyat dengan meremehkan kejayaan yang kerajaan kini cipta.

Oleh disebabkan itulah TS Annuar Musa menyarankan agar pemimpin parti lebih fleksible dengan menjelaskan asas serta dasar dan perjuangan parti UMNO, BN dan komponen yang lain.

Beliau turut menambah, “Kita sudah fikir baik buruk untuk rakyat tetapi pembangkang tetap akan spin dan inilah iktibar yang saya fikir UMNO, BN dan parti komponen mesti bangun dan tampil berhadapan dengan realiti politik," 

Diharap pemimpin parti BN yang sedia ada ini akan berusaha mengekalkan keyakinan rakyat pada parti dan berusaha memastikan kebajikan rakyat terjamin.

*Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Jelajah Perjuangan For All.
Baca Seterusnya...

Monday, 25 September 2017

Selangor Setuju Sambut Pesta Arak #Betterbeer2017?! #DAP #PKR

Degil Mahu Teruskan Anjur Better Beer Festival 2017.

Setelah permohonan untuk menganjurkan Octoberfest atau Pesta Arak "Better Beer Festival 2017" di Publika pada bulan hadapan dibatalkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pihak penganjur masih lagi berusaha untuk mengadakannya. Kali ini dengan sokongan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali. 


Terdahulu, DBKL telah membatalkan permohonan penganjuran tersebut atas faktor keselamatan, namun masih wujud segelintir pihak yang berkeras mahu mengadakannya. Dengan perubahan tempat pula,iaitu ingin mengadakannya di Selangor.

Antara yang lantang membantah pesta ini dibatalkan ialah Exco Kerajaan Selangor iaitu Datuk Teng Chang Kim. Walaupun telah menerima bantahan daripada pihak PAS, namun beliau mengatakan bahawa pesta arak tersebut akan tetap diteruskan. 

Ulasan daripada Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohd Nor mengatakan bahawa penganjuran pesta arak ini akan mengundang kemarahan umat Islam di Malaysia ini. Tambahan lain, pastinya umat Islam negara ini tidak akan berdiam diri jika penganjuran ini diadakan. Mereka juga tidak sanggup membiarkan Kuala Lumpur dikenali sebagai pusat maksiat terbesar di Asia.

Selain itu, terdapat sebanyak 250 badan bukan kerajaan (NGO) yang membantah penganjuran ini dan memohon campur tangan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar pesta arak ini dapat dibatalkan.

Gabungan tersebut yang diwakili Nor Nazilah Idris berkata bahawa baginda selaku ketua agama Islam negeri itu berhak untuk menghalang sebarang aktiviti atau program yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam daripada dilangsungkan disini.

Memorandum tersebut telah diserahkan kepada wakil istana dan berharap disampaikan kepada pengetahuan baginda.

Pesta Arak ini yang yang pernah diadakan dua kali di Malaysia ini mendapat galakan dan sokongan dari pihak DAP. Malah turut menarik PKR pula untuk menyokongnya. Dimana sensitiviti agama tidak dijaga malah keselamatan orang awam juga tidak difikirkan.

PPBM dan PAN pula hanya mampu berdiam diri dan menjadi keldai suruhan? Dimanakah perjuangan sebagai orang Islam? Ataupun perjuangan demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat? Semua harus patuh pada DAP? Jelaslah DAP adalah Mastermind Maksiat Pakatan Harapan.
Baca Seterusnya...

Saturday, 23 September 2017

Bekas Ahli PPBM Adalah 'Sampah' - Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad dalam ucapannya di Bukit Merah Lake Town Perak semalam menyatakan semua yang keluar dari PPBM adalah sampah.

Hamidah seddang memegang ular sebagai isyarat beliau akan "membelit" Mahathir?

Pengerusi PPBM berkenaan dilaporkan dalam ucapannya menyatakan;

“Kita… sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar.

“Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih”

Datuk Hamidah Osman antara salah seorang yang keluar parti PPBM. Mungkin salah seorang yang Tun Mahathir menganggap sampah itu adalah dirinya bersama-sama Ezam Noor, Khairuddin Abu Hassan, Kamarul Habibur Rahman dan Anina Saadudin.

“Saya terima gelaran sampah itu dengan hati yang terbuka. Kerana apa saja yang Tun M cakap biasanya betul dan semua orang kena terima kerana Tun M dah memerintah selama 22 tahun,” kata Hamidah dalam satu kenyataan.

Tambah Hamidah lagi, beliau tidak akan sesekali melupakan pengalaman dan kenangan selama 3 tahun bersama perjuangan Tun Mahathir.

“Banyak suka duka yang saya lalui sepanjang berjuang bersama Tun M sehinggalah akhirnya saya digelar sampah kerana meninggalkan parti.

“Saya doakan semoga PPBM terus maju jaya dan menjadi sebuah parti yang memperjuangkan nasib Bangsa Melayu,” tambahnya lagi.

Apa nak dihairankan penghinaan itu lahir dari mulut seorang yang bergelar Negarawan.

Sebagai seorang manusia yang terdesak, tidak mustahil dia akan melakukan apa sahaja demi untuk memastikan cita-citanya tercapai serta berjaya menyelamatkan dirinya yang hampir lemas itu. –http://www.tv14.my
Baca Seterusnya...

Rayer ADUN DAP Anggap Musibah Banjir Salah Tuhan?! #LawanDAP #DAP #PenangAlert

Beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat berterusan yang terjadi sejak tengah malam tadi hingga pagi Jumaat.


Antara kawasan terjejas akibat banjir kilat ialah sekitar George Town, Jalan P. Ramlee, Jalan Perak, Bayan Lepas, Teluk Kumbar dan Paya Terubong.

Turut dinaiki air ialah di Kampung Masjid, Kampung Makam, Kampung Mutiara, Batu Feringghi, Masjid Negeri, Ayer Itam dan Kampung Masjid Hashim Yahya.

Kesesakan lalu lintas turut dilaporkan berlaku berikutan beberapa kawasan ditenggelami air dan pokok tumbang.

Lanjutan dari kekalutan yang melanda itu, didapati Kerajaan Negeri pimpinan DAP diasak hebat melalui halaman facebook. Antara yang menyuarakan pandangan adalah seorang jurugambar dan pengamal media sosial yang menggunakan nama Mesh.

Baca Seterusnya...

Friday, 22 September 2017

Ops Hippo SPAD Terima 1,267 Kes #SPAD #OpsHippo

Penguatkuasa SPAD tidak Duduk Diam - Sejak Januari 2017 - 1,267 Kantoi 

Bahagian Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tekda menjalankan amanah mereka dalam usaha memperkasakan Tranformasi Pengangkutan Awam Darat di negara ini. Meskipun banyak aktiviti membenteras dan memantau tidak sah disisi undang undang tidak mendapat liputan media secara besar besaran kerana khuatir menganggu operasi yang dijalankan.


Dalam masa yang sama pihak orang ramai sewajarnya menjadi mata telinga kepada agensi ini untuk membuat aduan dan laporan terus kepada SPAD sekiranya mendapati sesuatu aktiviti yang tidak sewajarnya dilakukan tidak kira daripada para pengguna sendiri, operator malahan pemilik.

Antara kesalahan yang boleh diadukan oleh orang awam terdiri dari beberapa aspek contohnya dari hal pemandu bas antara bandar atau bas ekpres yang memandu cara merbahaya atau lain lain kesalahan termasuk cara layanan penyedia perkhidmatan tersebut.

Khususnya netizen lebih suka mengongsikan sebarang tindakkan salah pihak ramai yang nyata sekali tiada kuasa untuk bertindak walaupun viral mencecah ribuan penontong mahupun pembaca.

Sekiranya mereka mereka membuat aduan kepada SPAD dan pasti tindakan tindakan akan di ambil sewajarnya. Cepat atau lambat sesuatu keputusan kes juga bergantung terhadap laporan yang diadukan.

Angka laporan yang diterima pihak SPAD sehingga hari ini telah mencecah 1,267 kes sejak Januari yang lalu. Laporan ini telah direkodkan yang melibatkan pelbagai kesalahan oleh para pemandu dan pengusaha lori dalam operasi yang dijalanan Ops Hippo.

Ketua Jabatan Penguatkuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata antara kesalahan yang direkodkan adalah melibatkan lori lori yang membawa lebih muatan, membawa muatan secara berbahaya dan muatan melebihi paras ketinggian panel sisi.


"Saya berharap penguasaha lori harus lebih bertanggungjawab pastikan ikut undang-undang dan tidak bawa muatan cara bahaya kerana ia boleh jejas keselamatan orang awam dan merosakkan jalan raya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Ops Hippo di Puchong, Selangor

Dalam operasi hari tersebut pihaknya telah mengesan sebanyak 22 kesalahan dan telah memeriksa 11 buah lori didalam operasi tersebut.



Dimaklumkan sebanyak 11 kesalahan membawa muatan dengan cara berbahaya direkodkan, lapan dikesan membawa lebih muatan dan masing-masing satu kes melibatkan kesalahan tidak mempunyai permit yang sah.
Baca Seterusnya...

Thursday, 21 September 2017

Mana Pergi 220 Juta Ringgit Wang Rakyat?! - Huan Cheng Guan #PCM #DAP #BanjirPenang #PenangAlert


Mana pergi RM 220 juta wang rakyat bagi projek pencegahan banjir kilat di Pulau Pinang?

1. Sejak seminggu yang lalu, Pulau Pinang telah ditimpa bencana yang sangat hebat dimana hampir keseluruhan negeri ditenggelami air sehingga menyebabkan kerosakan harta benda dan satu kes kematian melibatkan seorang rakyat Pulau Pinang. Namun malangnya, respon kerajaan negeri terhadap bencana ini amat menyedihkan dan menunjukkan kelemahan kerajaan negeri DAP Pulau Pinang dalam menangani isu banjir.

2. Lebih mengejutkan, didalam ucapan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika membentangkan Bajet 2017, beliau telah dengan secara jelas membuat kenyataan bahawa:

Saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan wang yang paling besar sebanyak RM 220 juta untuk pencegahan banjir kilat di seluruh Pulau Pinang


3. Persoalanya sekarang, memandangkan kerajaan Negeri Pulau Pinang konon nya telah memperuntukkan RM 220 juta wang rakyat untuk projek pencegahan banjir kilat, sudah berapakah peratus wang ini dibelanjakan untuk projek pencegahan banjir demi menjaga keselamatan rakyat di negeri ini?

4. Selain itu, memandangkan Ketua Menteri Lim Guan Eng kini sudah didakwa di mahkamah atas kes rasuah dan salah guna kuasa, saya ingin bertanya kepada Lim Guan Eng kontraktor manakah yang telah diberi projek pencegahan banjir kilat di negeri Pulau Pinang dan apakah kriteria yang digunakan untuk melantik kontraktor ini?

5. Persoalan - persoalan diatas adalah wajar memandangkan wang RM 220 juta ini merupakan wang rakyat dan dengan persepsi kerajaan negeri yang telah terbukti korup, perkara ini harus diteliti dengan telus supaya tidak berlaku ketirisan dalam urusan perbelanjaan kerajaan negeri.

6. Saya juga ingin mengingatkan kerajaan negeri Pulau Pinang bahawa jumlah RM 400 yang diberikan kepada setiap keluarga sebagai pampasan akibat banjir yang melanda baru - baru ini adalah langsung tidak cukup. Adakah kerana kerajaan negeri sudah tidak ada duit sehingga hanya RM 400 yang diberikan kepada setiap keluarga sebagai pampasan dan apakah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah mahu bankrupt ?. 

Datuk Huan Cheng Guan
Timbalan Presiden
Parti Cinta Malaysia
Baca Seterusnya...

Gambar Pemimpin Berpesta Arak #OctoberFest #DAP #MCA

Presiden MCA hormati keputusan batal pesta arak

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membatalkan permohonan penganjuran Better Beer Festival 2017 yang sepatutnya dianjurkan tidak lama lagi. Pembatalan ini adalah berdasarkan kepada faktor keselamatan. Pembatalanini juga disambut baik oleh Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Datuk Liow menyetujui pembatalan ini kerana ia melibatkan keselamatan, namun jika ia melibatkan sensitiviti politik mahupun agama, beliau mungkin tidak dapat menerimanya.

"Jika ia adalah kerana sensitiviti politik atau agama, maka saya tidak boleh menerimanya. Tetapi jika ia adalah soal keselamatan, ini sesuatu yang tak mengecewakan saya," Kata Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sikap Datuk Liow ini patut dipuji kerana pemikiran beliau yang matang dan juga bertolak ansur. Tambahan lain, minum arak di khayalak ramai dengan kuantiti yang banyak amatlah merbahaya.

Seseorang individu yang minum arak terlalu banyak boelh hilang pertimbangan dan kewarasan akal. Ini boleh membawa mereka melakukan sesuatu tanpa mereka sedari. Antara implikasi yang boleh terjadi ialah pergaduhan, serangan seksual, kes-kes jenayah dan lebih teruk lagi boleh mengakibatkan kemalangan jika memandu semasa dalam keadaan mabuk.

Perkara-perkara seperti ini yang harus dielak kerana akan melibatkan orang ramai. Ini juga turut dipertimbangkan oleh pihak DBKL dalam membatalkan penganjuran pesta ini.

Namun, pihak DAP masih tidak dapat menerima pembatalan ini dan terus-menerus mengaitkannya dengan politik. Malah mengatakan bahawa meminum arak dikhayalak ramai adalah budaya masyarakat Cina. Tetapi kenapa Datuk Liow boleh menerima pembatalan ini? Ini kerana, Datuk Liow masih boleh membuat pertimbangan baik buruk sesuatu program itu.


Kenyataan DAP itu sedikit sebanyak mencalarkan imej masyarakat Cina apabila dilabel sebagai kaki botol dan gemar mabuk. Itu ke yang DAP mahu?

Yang undi puak DAP pada PRU lepas agak-agak nak lagi ke undi mereka pada PRU yang akan datang?

Sebelum ini pun tiada penganjuran pesta arak ini, dan masyarakat Cina pun okay sahaja. Kenapa baru sekarang nak kait dengan budaya? Agenda DAP ke ni nak politikkan isu?

Dikongsikan bersama buat tatapan pengundi Pakatan Harapan, Inilah contoh pemimpin DAP yang memang jenis kaki botol?







Gambar : Sumber pelbagai
Baca Seterusnya...

Wednesday, 20 September 2017

Pemimpin PPBM Macam Lanun - Anina #PPBM #DAP


Sampai panggil lanun dan umpamakan mereka yang ada dalam PPBM seperti anjing, keldai dan lembu, ini sudah gaduh besar. 

Sebelum ini mungkin ramai tak mahu percaya bahawa PPBM diurus secara diktator atau kuku besi. Namun pengasasnya sendiri akhirnya telah tampil membuka pekung di dada dengan menceritakan segala-galanya.

Selepas mengumumkan keluar parti kerana kecewa dengan pentadbiran 3M iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz dalam PPBM, bekas Ketua Srikandi Anina Saadudin kini menceritakan perkara yang sebenar.

Beliau merujuk kepada cara ‘kejam’ pemecatan ke atas dirinya daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM dan kemudian digugurkan sebagai ahli MPT dengan ‘menendangnya’ daripada kumpulan WhatsApp MPT PPBM tanpa sebarang notis rasmi.

Kena “remove” dari ‘group WhatsApp’ macam kena buang dari partilah. Itulah cara parti bunga mentadbir partinya. Hanya buat mesyuarat MT dalam ‘group WhatsApp’ sahaja.

Keputusan dibuat di WhatsApp dan kemudian tendang mana mana ahli yang difikirkan tidak sesuai lagi berada dalam MT. Dulu ada mesyuarat tingkap, ini mesyuarat dalam WhatsApp sahaja. Apa kelas mesyuarat MT bincang dalam WhatsApp sahaja?

Ainina mulalah mengungkit. Ainina berkata “pertamanya TSMY menyentuh tentang kononnya saya tidak datang untuk berbincang dengan beliau tentang isu kepimpinan yang saya bangkitkan.

“Seperkara lagi, saya ingin menyarankan supaya TSMY menjawab isu dengan isu yang tepat. Jika TSMY persoalkan tentang locus standi, saya jawab tentang locus standi. Jika TSMY cakap tentang kepimpinan, saya jawab tentang isu kepimpinan. Jadi, saya harap TSMY akan menjawab isu dengan betul.

“Kenapa begitu buruk sekali tadbir urus parti ini. Lebih 40 tahun dalam kabinet dan berpengalaman terkeluar dalam barisan kabinet kerajaan, takkan TSMY tak tahu bagaimana untuk pecat pemimpin parti. Datuk Seri Najib pecat TSMY pun dipanggil berdepan untuk berbincang, ada pemakluman dan ada hitam putihnya.

Jika pecat pemimpin parti seperti lanun yang humban kelasinya ke dalam laut, bagaimana rakyat nak yakin TSMY boleh memimpin negara,” katanya kepada sebuah portal melalui sistem aplikasi WhatsApp. Ainina pun padan muka sama, galak sangat hendak masuk PPBM. Kan sudah kena getah.


Ini bukti kukuh bahawa pemimpin PPBM adalah ‘lanun’ dalam dunia politik tanah air. Bahayanya lanun ini jika dibiarkan berkuasa, mereka akan ‘menyedut’ semua kekayaan hasil bumi dan rakyat jelata untuk kepentingan sendiri sahaja. Lepas habis sebut senang sahaja, mereka akan jawab ‘tidak tahu”. 

Jika ada mana-mana pihak yang ingkar dengan arahan mereka (lanun), maka hukuman pancung atau dihumban ke dasar laut akan dikenakan tanpa sedikit pun bicara. Inilah cara PPBM melayan orang yang ada jawatan dalam parti mereka. 

Adakah gambaran sebegini yang mahu kita lihat di Putrajaya? Sudah tentu tidak sama sekali, jangan biarkan PPBM dan abang besarnya DAP masuk ke Putrajaya. Sudah pasti apa yang akan DAP buat adalah membuang sejumlah besar kakitangan awam di Putrajaya.

Sejumlah 1.2 juta orang kakitangan awam akan dibuang kata Penang Institute. Ainina ini baru seorang yang kena tendang sebegitu sahaja. Itu mereka baru ada satu kerusi sahaja, belum ada banyak kerusi lagi. Belum ada kuasa lagi. Kalau ada kuasa, habis akan kena buang dengan PPBM dan DAP.

Inilah cara pentadbiran cara lanun yang diamalkan oleh PPBM. Parti yang baru setahun 10 hari diluluskan oleh ROS. Parti yang jumlah ahlinya pun, mereka enggan umumkan berapa ramai.

Parti yang hanya tahu anak pengerusi parti sahaja jadi Perdana Menteri. Perkara lain mereka tidak tahu, tanyalah apa sahaja mereka akan jawab tidak tahu. Yang mereka tahu adalah hendak kejar kuasa dan jadi Perdana Menteri sahaja. Silap silap hilang pula duit di bank, kalau pembangkang diberi kuasa.

Beruang Biru
BB584, Rabu
20 September 2017
Baca Seterusnya...

DAP Menang, Rakyat Berenang! #PenangAlert #DAP #BanjirPenang


Pulau Pinang dan isu banjir memang tidak dapat dipisahkan. Walaupun ditabur janji oleh Ketua Menteri dalam mengatasi masalah banjir di negeri itu. Namun, hanya sekadar ucapan sahaja, tetapi pelan tindakannya? Adakah ia sedang berlangsung?

Baru-baru ini Pulau Pinang lagi sekali dilanda masalah banjir kilat. Umum pastinya tahu, banjir kilat ini merupakan implikasi daripada masalah peparitan yang tidak diselenggara atau saliran yang tidak baik. Dan kedua-dua ini adalah dibawah tanggungjawab Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri. Namun, setiap gerak kerja sesuatu jabatan negeri itu haruslah mempunyai peruntukkan dari kerajaan negeri.

Menjadi persoalan disini, adakah peruntukan itu sampai kepada JPS? Jika kita kaji semula, Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga merupakan Setiausaha Agong DAP mengumumkan bahawa sebanyak RM150 Juta diperuntukkan dari kerajaan pusat pada negeri itu untuk penyelesaian masalah banjir. Namun dimanakah peruntukan itu pergi?

Ditambah lagi, didalam bajet 2017 negeri itu, Ketua Menteri nya turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan membelanjakan sebanyak RM220 juta untuk mengatasi isu ini. Tetapi apa yang jadi sekarang? Banjir tetap ada.Bajet itu hanya untuk mengaburi mata rakyat sahaja ke?

2 Penggal, Tapi Banjir Masih Tak Diatasi

Bukan sekali dua Pulau Pinang dilanda banjir semenjak DAP memegang tampuk pemerintahan selama dua penggal ini. Setiap tahun, negeri itu pasti dilanda masalah yang sama. Apa kesudahannya buat negeri itu? Apa tindakan pemerintah negeri itu? Hanya berdiam?

Kali ini pula Guan Eng salahkan hujan. Dimana-mana pasti hujan akan turun, tetapi apa langkah berjaga-jaga yang diambil kerajaan Pulau Pinang? Hanya salahkan hujan? Kemudian tunggu air banjir surut? dan RM150 Juta itu hilang entah kemana?

Rakyat jelek dan muak dengan janji manis Guan Eng, rakyat pastinya menyesal memilih DAP sebagai pemerintah Pulau Pinang, sudahlah tanah sedikit demi sedikit dijual, isu banjir tidak selesai, Ketua Menteri pula skandal rasuah. Bagai jatuh ditimpa tangga nasib rakyat Pulau Pinang ini.

Kena benarlah slogan DAP Menang, Rakyat Berenang.

MCA Pulau Pinang sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri pimpinan DAP bagi menyelesaikan masalah banjir yang kerap melanda negeri itu demi kebajikan rakyat.

Setiausahanya Tang Heap Seng berkata mereka mempunyai kepakaran dan sedia berkongsi kepakaran itu dengan kerajaan negeri sekiranya dipelawa.

"Kami ada ramai jurutera berpengalaman dalam parti, jika diajak kami sedia memberikan pandangan kami dan menawarkan penyelesaian," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Namun katanya parti itu tidak pernah diajak menghadiri sebarang mesyuarat berhubung banjir dan tebatan banjir yang diadakan oleh kerajaan negeri.
Baca Seterusnya...

'Penang Alert' Mana Peruntukkan RM220 JutaUntuk Banjir Pulau Pinang? #DAP #PenangAlert #BanjirPenang

Pada bajet 2017 Pulau Pinang yang lalu diumumkan oleh Ketua Menteri dengan yakin menyatakan pihak Kerajaan Negeri pimpinan DAP akan memperuntukkan sebanyak Dua Ratus Dua Puluh Juta Ringgit (220,000,000) bagi mengatasi masalah banjir dan banjir kilat yang setiap tahun melanda Pulau Pinang.



Tragedi banjir kilat ini dikatakan terjadi setiap tahun pada Lingkungkan September dan November. Disepanjang pemerintahan Kerajaan DAP tanpa sebarang perubahan yang boleh memberikan kredit kepada Kerajaan Negeri kerana kejadian banjir kini lebih teruk daripada sebelum ini lantaran kerakusan kerajaan negeri yang meneroka kawasan tadahan.

Sebelum ini pelbagai keluhan masyarakat khasnya penduduk yang terjejas dan menyedari akan kerosakkan yang tidak terkawal dikawasan tadahan tersebut sehinggakan rakyat Pulau Pinang secara keseluruhannya terkesan bilamana salah sebuah bandar utama di negeri itu lumpuh kerana banjir lumpur.



Ketua Menteri hanya memberikan alasan bodoh dengan menyatakan jumlah hujan yang kononnya terkumpul selama sebulan sebagai alasan untuk menyelindungi kegagalan pihak kerajaan negeri yang rakus meneroka kawasan tadahan yang menjadi sebagai penyerap air hujan.

Sekiranya keadaan ini tidak dibendung dan penerokaan kawasan tadahan tersebut ia bakal mengakibatkan kejadian bencana alam yang lebih dahsyat seperti banjir lumpur, tanah runtuh dan paling menakutkan yang melibatkan kemalangan jiwa kerana kita sedia maklum air banjir adalah sangat berbahaya kepada manusia kerana potensi tersebarnya wabak seperti Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis.

Penerokaan yang tidak terkawal dan kemana perginya peruntukkan yang di umumkan oleh LGE dalam bajet 2017 seperti yang dipetik dalam web Kerajaan Negeri : KLIK SINI

Pengurusan Pencegahan Banjir Sebanyak RM220 Juta

"25. Saya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan memperuntukkan wang yang paling besar sebanyak RM220 juta untuk pencegahan banjir kilat di seluruh Pulau Pinang."



Dilihat dari gerak geri kerajaan DAP selepas kejadian banjir melanda pada 4 hari lalu, Kerajaan DAP Pulau Pinang meletakkan kesalahan kepada Kerajaan Persekutuan yang kononnya tidak membantu kerajaan negeri. Persoalan yang sepatutnya dijawap oleh pihak Kerajaan Negeri kenapa penerokkan hutan dan kawasan tadahan hujan tidak terkawal itu diselesaikan bukan meletakkan kegagalan Kerajaan Negeri kepada orang lain.

Tidak boleh diterima akal bilamana sebelum ini DAP selaku Kerajaan Negeri mendabik dada kononnya mempunyai lebihan kewangan (dengan penjualan tanah tambak laut dan pembinaan rumah rumah elit) dan kini meletakan masalah kewangan sebagai punca banjir kilat ini berterusan. Semasa jual tanah tambak laut dan projek botakkan bukit bukit tersebut ada tanya kepada Kerajaan Persekutuan tak? 



baca juga 10 Dosa DAP Terhadap Penduduk Pulau Pinang http://www.medialantang.com/?p=35543


Baca Seterusnya...

Tuesday, 19 September 2017

Video Saat Pawang Buaya Mati Dibaham Buaya! #Buaya #PawangBuaya

Seorang lelaki yang mengaku pawang buaya maut dibaham buaya kelmarin ketika melakukan satu upacara untuk menangkap reptilia ganas berkenaan.

Suprianto, 38, maut akibat dibaham buaya ketika berenang di sebatang sungai di Muara Jawa daerah Kutai Kartanegara, Kalimantan timur. Lelaki itu dilaporkan sedang melakukan upacara untuk menangkap seekor buaya yang membaham seorang remaja, Arjuna, 16, pada Jumaat lalu.

Sedutan video saat buaya membaham Suprianto

Akhbar Kaltim Post melaporkan, Suprianto yang mengaku pawang buaya menawarkan diri untuk menangkap buaya yang membunuh remaja itu.

Selepas melakukan upacara, Suprianto turun ke dalam sungai di lokasi Arjuna diserang dan menyelam sebelum timbul semula.Ketika Suprianto berenang untuk ke lokasi lain, secara tiba-tiba lelaki itu tenggelam dipercayai disambar buaya yang mengheretnya ke dasar sungai.

Kejadian itu disaksikan puluhan penduduk dan video Suprianto turut tular di media sosial di Indonesia.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian berkenaan dan memberitahu mayat kedua-dua mangsa masih belum ditemui. - Agensi

Lihat video : 


Baca Seterusnya...

Monday, 18 September 2017

110,000 Peluang Kerja, Manfaat HSR KL-Singapura

Syukur, industri pengangkutan awam darat di negara kita semakin berkembang maju dan pesat. Hal ini kerana, inisiatif dari pihak kerajaan terutamanya Datuk Seri Najib dalam mencetuskan Program Transformasi Pengangkutan Awam Darat. Seperti mana janji beliau, seperti itulah ditepatinya.Sama seperti slogan yang dilaungkan oleh beliau "Janji Ditepati".

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) adalah pihak yang bertanggungjawab dalam merealisasikan perancangan ini. Sebagaimana pucuk pimpinan harapkan, sedaya upaya jugalah SPAD melaksanakannya. Dan ternyata apa yang direalisasikan melebihi daripada jangkaan.

Contoh yang terang dapat dilihat ialah MRT SBK. Penggunaan seramai 140,000 sehari adalah melebihi amaun yang dijangka malah 21,000 daripadanya turut menggunakan bas perantaraan di laluan SBK.

Meloponglah pembangkang apabila melihat satu persatu kejayaan pihak kerajaan Barisan Nasional dalam menyediakan perkhidmatan terbaik buat rakyat yang dapat dirasai oleh semua.

Menjelang 2060 ini dijangkakan sebanyak 110,000 peluang pekerjaan buat rakyat dari sektor pengurusan hinggalah sekecil-kecil jawatan yang ada melalui projek HSR KL- Singapura ini.Hal ini juga disahkan oleh CEO SPAD sendiri iaitu En Azharuddin Mat Sah.

Tambahan lain, sebanyak RM21Bilion bakal disumbangkan untuk pertumbuhan kasar dalam negara hasil daripada perancangan dan kerjasama antara Malaysia dan negara jiran ini.

Tempat-tempat yang bakal dilalui HSR ini akan berubah wajah apabila menjadi laluan tumpuan. Mungkin dahulunya pekan itu tidak dikenali, selepas HSR ini mungkin ia akan peroleh pelbagai manfaat darinya, malah mungkin dapat menjana ekonomi buat kawasan itu pula.

Permintaan penerbangan KL ke Singapura yang semakin meningkat ini menjadi indikator buat pembinaan HSR ini. Mereka yang berulang-alik akan dapat menjimatkan masa malahan wang jika menggunakan perkhidmatan HSR pula. Disertakan dengan jaminan keselamatan.
Azharuddin Mat Sah
CEO SPAD
Selain itu, En Azharuddin turut memaklumkan bahawa segala aspek dan ciri keselamatan, reka bentu serta operasi akan dititik beratkan oleh pihak SPAD dan Land Authority of Singapura (LTA).

Projek mega ini akan dapat dimanfaatkan oleh rakyat selepas perkhidmatan MRT dan bakal dibina pula iaitu ECRL. HSR ini akan mengeratkan lagi hubungan dua hala dengan negara Singapura ini.


"Janji Ditepati", "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Apa yang dilaungkan menjelang PRU terdahulu bukan lah omongan kosong. Kerana kerajaan sedang membuktikannya dan melaksanakannya satu persatu.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...