Sunday, 13 August 2017

Turun Padang, UMNO Terang Roh Perjuangan #TSAM

Jelajah ke peringkat akar umbi bagi menerangkan soal-soal mengenai roh perjuangan UMNO yang menjadi dasar atau pokok perjuangan yang selama ini menjadi teras kepada kekuatan parti akan diadakan oleh Jabatan Penerangan UMNO, ini telah dizahirkan sendiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar akan turun ke peringkat akar umbi dan berjumpa dengan kelompok-kelompok kecil ini bagi tujuan tersebut setelah selesai mesyuarat perwakilan UMNO seluruh negara.

Beliau turut berkata bahawa isu-isu semasa seperti 1MDB, GST dan soal-soal lain tidak akan pernah habis jika dirungkaikan. Namun, pokok utama seperti dasar tidak harus dilupakan. 



Tambah beliau, selain terus diterangkan mengenai isu-isu semasa. Rakyat juga harus digalakkan untuk memikirkan tentang soal dasar kepada pembinaan negara bangsa yang menjadi asas dan fundamental yang kukuh dalam menjadikan Malaysia seperti yang ada hari ini 

Kerajaan yang sedia ada boleh dikritik dan ditegur, tetapi kita harus memikirkan semula kekuatan negara kita selama ini apabila tiba masa untuk kita memberi mandat di dalam pilihanraya.

Annuar juga menyatakan ''UMNO dan Barisan Nasional bukanlah sebuah kerajaan yang sempurna secara total. Jika ada salah boleh saja ditegur."

Selain itu, Annuar turut menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan lah maksum sehingga tidak boleh ditegur dan dalam pemberian mandat kita haruslah tidak mencampur adukkan dengan emosi serta sentimen perkauman.

Beliau mengeluarkan kenyataan ini semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tambun bertempat di Hotel Casuarina di sini hari ini.

Negara tidak boleh dipimpin oleh satu gabungan parti politik yang rapuh seperti pakatan harapan. Ia adalah sangat membahayakan pentadbiran negara jika mereka mentadbirnya. Malah ia lebih bahaya apabila pihak pakatan harapan sendiri tidak ketahuan dasarnya malah siapa ketuanya.

Nasib bangsa tidak boleh digadaikan sewenangnya dengan memberi mandat kepada sebuah gabungan parti politik yang rapuh seperti pembangkang. Annuar turut menyuruh rakyat menilai semula pakatan yang pernah terjalin antara DAP dan PAS yang dikatakan pakatan terbaik. Tetapi apa yang terjadi, ia musnah dan tidak bertahan lama. Sama seperti yang terjadi pada BN suatu ketika dahulu dengan wujudnya Angkatan Perpaduan Ummah yang hanya kekal selama 5 tahun. 

“Jadi kita tidak boleh memperjudikan nasib dengan meletakkan harapan kepada gabungan atau pakatan yang semata-mata bergabung kerana mempunyai musuh yang sama, tetapi tidak mempunyai sebarang matlamat serta perjuangan yang lebih penting dari itu dalam kerangka untuk membina sebuah negara bangsa seperti Malaysia ini,” ujarnya Annuar.

Hak-hak kumpulan minoriti seperti India dan Cina tetap akan dijaga oleh UMNO, malah ia merupakan dasar perjuangan UMNO sejak ia ditubuhkan. Menyedari Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa, UMNO sebagai tunggaknya harus adil dalam menjaga kebajikan semua bangsa.

Annuar turut menambah lagi, UMNO, terutamanya parti-parti komponen seperti MCA dan MIC, mestilah tegak berani untuk menyatakan bahawa perjuangan UMNO adalah untuk semua, dan ia telah pun terbukti selama ini.
Turun Padang, UMNO Terang Roh Perjuangan #TSAM Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 13 August 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...