Tuesday, 1 August 2017

Keadilan Buat Teksi melalui E-Hailing, usaha Kerajaan Barisan Nasional #SPAD

Tipu daya pembangkang yang cuba memanipulasi pemandu teksi boleh lah di hentikan. Kerana sepuluh yang dijanjikan satu pun belum mampu dikotakan. Oleh itu, pemandu teksi pun janganlah meletakkan harapan tinggi pada mereka.


Melalui arus peredaran zaman yang makin moden dan canggih, segala nya dihujung jari. Sehinggakan perkhidmatan pengangkutan juga hanya perlu diklik di telefon pintar. Namun, pemandu teksi masih leka dan masih lagi mengekalkan sistem tradisional dan lebih parah, masih lena diulit janji manis pembangkang.

Apabila wujudnya Uber dan GrabCar, mulalah pemandu teksi menggelabah dan menyalahkan kerajaan kerana tidak menyekat sistem perkhidmatan pengangkutan ini daripada berada di dalam Malaysia.Dan ini juga memberi ruang kesempatan buat pembangkang untuk mencucuk jarum, menghasut pemandu teksi. 

Walhal, kerajaan sedia ada, iaitu kerajaan Barisan Nasional sedang giat berusaha untuk mencari jalan terbaik dan menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pemandu teksi. Kerajaan harus adil dan membuat keputusan "win-win" situation. Agar pengguna dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam mendapat sama-sama untung.

Pemandu teksi masih lagi tidak sedar dan tidak mengambil iktibar, kerana setiap kali berlaku permasalahan mereka pasti akan membuat aduan pada pihak yang tidak sepatutnya dan lebih teruk, pihak penerima aduan yang berat sebelah dan cenderung kepada pembangkang akan menambah api kebencian pemandu teksi terhadap kerajaan.

Wujudnya penyedia perkhidmatan pengangkutan yang canggih seperti Uber ini adalah lanjutan daripada kealpaan pihak pemandu teksi. Mereka yang masih ditakuk lama yang tidak berusaha untuk menaik taraf perkhidmatan mereka sehingga pengguna yang menjadi mangsa lintah darat pemandu teksi ini.

Pengguna mempunyai hak untuk memilih perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik dan selesa kerana mereka yang membayar khidmat tersebut. Dan akhirnya, pengguna lebih memilih perkhidmatan seperti Uber dan menyebabkan amarah pemandu teksi semakin membuak dan membabi buta menyalahkan kerajaan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), merupakan agensi di bawah kerajaan yang berusaha untuk merancang mengatasi masalah teksi ini. Kerajaan juga memberikan hak kepada pemandu teksi untuk mengunakan E-Hailing adalah satu langkah terbaik buat kedua-dua pihak yang menjalan perkhidmatan yang sama.

Datuk Seri Hajah Nancy Syukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga telah membahaskan pergulungan mengenai E-Hailing di parlimen. Ia merupakan satu jalan terbaik buat semua pemandu teksi untuk terus berdiri sama tinggi dengan perkhidmatan Uber untuk mencari rezeki.

Diharapkan tidak lagi timbul isu Uber lebih menjadi pilihan kerana mudah dihubungi. Pemandu teksi juga dimudahkan kerana mereka hanya menunggu panggilan dan tidak perlu mencari penumpang. Malah permit dan insurans juga dikenakan samarata.

Namun apa apa pun, diharapkan tidak timbul pula isu mengenai pemandu teksi tawar menawar kepada penumpang yang menggunakan E-hailing ini.

Pada akhirnya, perkhidmatan ini hanya berkisar tentang pilihan pengguna terhadap perkhidmatan yang lebih selesa dan mutu perkhidmatan yang terbaik.

Selepas ini, pemandu teksi harus buka mata dan sedar bahawa perkhidmatan mereka perlu dibaiki dan lebih mesra pengguna. Ingatlah bahawa pengguna sentiasa mempunyai hak untuk memilih.
Keadilan Buat Teksi melalui E-Hailing, usaha Kerajaan Barisan Nasional #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 1 August 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!