Wednesday, 2 August 2017

Apa Pencapaian Pihak Pembangkang Yang Boleh Dibanggakan? #SPAD

Biarpun dicemuh dan ditohmah dengan pihak pembangkang, pihak kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus menunjukkan kejayaan satu persatu sebagai bukti kerajaan komited memajukan Malaysia.

Antara kejayaan terbaru kerajaan ialah MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 km. Ia adalah satu kemudahan yang akan dinikmati oleh hampir kesemua warga bandar. Kemudahan ini dibina lanjutan dari kesesakan lalu lintas yang teruk yang dialami oleh warga kota.

MRT ini juga merupakan satu transformasi pengangkutan awam yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak ke dalam negara. Ia merupakan kemudahan yang sangat efisien, selesa, inklusif dan pastinya memudahkan serta meringankan beban rakyat untuk bergerak di dalam kota. Kemudahan ini juga memenuhi dengan keperluan rakyat atau "People Economy" serta mencapai aspirasi Barisan Nasional iaitu 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Jika masih ingat, pada satu masa dahulu pembangkang dengan lantang mencemuh usaha kerajaan ini kerana mereka menyatakan projek ini tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat, tetapi tohmahan itu sedikit pun tidak menggugat kerajaan. Kerana kerajaan yakin bahawa MRT ini adalah satu pencapaian bukan sahaja kepada sistem pengangkutan yang sedia ada malah menjadi satu batu loncatan kepada kemajuan negara.

Tambahan lain, sistem pengangkutan awam darat negara juga semakin bertambah baik bagi penyediaan perkhidmatan kepada pengguna dengan adanya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Walaupun pembangkang cuba memutar belit dengan menyatakan SPAD gagal didalam peranan mereka untuk memulihkan mutu pengangkutan awam negara.

Segala cemuhan dan tohmahan pembangkang ini sebenarnya cuba menutup kegagalan membawa kemajuan kepada negeri-negeri yang dipimpin mereka seperti Selangor dan Pulau Pinang selain Kelantan.



Kebajikan rakyat di negeri-negeri tersebut tidak sahaja diukur dengan kemajuan pengangkutan tetapi juga dengan penyediaan asas yang lain seperti isu air di Selangor dan Kelantan dan perumahan di Pulau Pinang yang gagal mereka tangani sehingga sekarang.

Perbezaan sistem pengangkutan awam yang sangat ketara dapat dilihat jika dibandingkan dengan zaman dulu. SPAD telah membuktkan kerja-kerja yang dijalankan mereka apabila berjaya menyelesaikan sistem pengangkutan dulu yang kuno dan bercelaru.

SPAD harus dipuji kerana kejayaan membawa pengangkutan awam Malaysia ke kelas pertama ditambah dengan perkhidmatan MRT yang berjaya mengubah landskap Kuala Lumpur dan Malaysia.

MRT ini adalah jawapan kukuh oleh kerajaan Barisan Nasional dan SPAD terhadap kata-kata pembangkang yang tidak berasas mengenai peningkatan sistem pengangkutan awam darat negara.
Apa Pencapaian Pihak Pembangkang Yang Boleh Dibanggakan? #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 2 August 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!