Tuesday, 29 August 2017

Projek Bas Elektrik PUTRA NEDO #SPAD #NEDO

Super Quick Charging (SQC) EV Bas, Transformasi Hijau Putrajaya.


Seperti yang diuar-uarkan, Bandar Putrajaya sedang diusahakan sebagai Bandar Perintis Teknologi Hijau menjelang 2025. Oleh yang demikian, Perbadanan Putrajaya (PPj) telah menempa setapak ke arah itu dengan pelancaran Projek Bas Elektrik PUTRA NEDO pada hari ini (28 Ogos 2017) dan telah diadakan di Putrajaya Sentral Presint 7. Bas ini mampu mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40%.


YBhg. Datuk Seri Adnan Md Ikshan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan yang merasmikan pelancaran ini yang turut disaksikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Hasim Haji Ismail, Presiden Perbadanan Putrajaya serta Mr. Makoto Watanabe, Executive Director of New Energy and Industrial Technology Development Organization (NEDO) Jepun.


NEDO adalah sebuah syarikat dari Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1980. Ia merupakan sebuah syarikat yang menangani masalah tenaga dan alam sekitar global serta meningkatkan teknologi perindustrian.


Sejak 2015 lagi PPj telah berkolaborasi dengan pihak NEDO. NEDO turut telah melantik beberapa syarikat sebagai Japanese Consortium antaranya ialah Toshiba Infrastructure System & Solutions Corporation, HASETEC Corporation, PUES Corporation dan Oriental Consultants Global Co. Ltd sebagai pelaksana projek ini. Selain itu, projek ini turut menjalin kerjasama dengan anak syarikat milik penuh PPj iaitu Pengangkutan Awam Putrajaya Travel and Tours Sdn. Bhd. (PAPTT).

Tambahan lain, Malaysia adalah negara bertuah kerana merupakan negara pertama di rantau ASEAN untuk melaksanakan projek bas elektrik dengan teknologi Super Quick Charge (SQC) ini. 3 buah terminal telah dibina khas bagi menempatkan bas SQC ini. Terminal tersebut ialah di Putrajaya Sentral dan depoh bas di Presint 14. Operasi secara komersial telah bermula pada 8 Jun 2017 dengan sebanyak 8 unit bas. Bas-bas tersebut bergerak melalui 2 laluan sepanjang 23 kilometer di sekitar Putrajaya. Lebih menarik lagi dua bas dua tingkat bakal diguna pakai sebagai pelancongan di Putrajaya pada 2018 nanti.
Baca Seterusnya...

Thursday, 24 August 2017

VIral Remaja Lap Lantai MRT #SPAD #MRT #RAPIDKL

BARU-BARU ini tular di laman sosial mengenai satu gambar gadis yang sedang mengelap lantai tren Transit Aliran Massa (MRT) akibat ada seorang lelaki yang tertumpahkan airnya.

Gadis yang hanya dikenali dengan nama Angeline mengelap kesan tumpahan air tersebut menggunakan tisu bagi mengelakkan kesan lekit air manis berkenaan.

Kisah ini menjadi tular apabila seorang lelaki bernama Mohd Faiz Muhamad Daud telah berkongsi satu posting di laman sosialnya. Disebabkan posting tersebut pihak RapidKL meminta netizen untuk menjejaki gadis baik hati ini.

Menerusi laman Facebook rasmi RapidKL, pihak berkenaan ingin berjumpa dengan Angeline dan meminta bantuan netizen untuk merealisasikan hasrat itu.

“Netizen, kami perlu bantuan anda. Kami mahu cari insan baik hati yang menaiki tren MRT. Kami perlukan kepakaran anda untuk mencari dia secara dalam talian dan hubungkan kami dengannya,” tulis RapidKL di Facebooknya.



Menurut Faiz, seorang lelaki telah tertumpahkan air dalam tren berkenaan dan menyapu tumpahan itu menggunakan kertas. Selepas lelaki itu keluar dari tren, Angeline pula mengelap kesan tumpahan tersebut dengan tisu.

“Memang tak jangka dia akan lap. Bila tanya dia kenapa buat macam tu, dia cakap nanti ada kesan melekit air manis kan.

“Nama dia Angeline. Patut bagi penghargaan sebab tak ramai orang yang mampu melakukannya,” kata Faiz dipetik laporanmStar Online.

Namun begitu, Faiz hanya mengetahui nama gadis tersebut dan tidak mempunyai maklumat lain selain mengetahui gadis itu turun di Stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn.

Hasil perkongsian posting RapidKL itu, seorang pengguna Facebook bernama Uwen Yap menyatakan Angeline tidak lagi mengaktifkan akaun Facebooknya selepas mendapat perhatian netizen.

“Dia masih belum memutuskan untuk tampil tetapi akan menghubungi RapidKL secara peribadi sekiranya dia telah bersedia,” kata Uwen Yap yang juga merupakan rakan kolej gadis itu kepada mStar Online.

Menurut mStar Online lagi, Pengurus Kanan (Komunikasi dan Hal Ehwal Media) Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Azhar Ghazali sedang giat mengumpul maklumat berkaitan Angeline.

Rasa-rasanya semua netizen perlu ada sifat prihatin dan tanggungjawab seperti ini supaya Malaysia kekal bersih. Semoga sikap macam ni menjadi ‘virus’ yang akan berjangkit kepada semua orang. Jasamu dikenanglah . - MNH
Baca Seterusnya...

Institut Jantung Negara : Kerajaan Masih Tanggung Pegawai Kerajaan

KENYATAAN MEDIA
KETUA SETIAUSAHA 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KEMUDAHAN MENDAPATKAN RAWATAN DI INSTITUT JANTUNG NEGARA

Berikutan dengan paparan/kenyataan yang tular (viral) di media sosial berkaitan dengan Institut Jantung Negara (IJN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, Kerajaan masih lagi menanggung kemudahan perubatan pesakit tanggungan Kerajaan iaitu Pegawai Kerajaan Persekutuan dan keluarga (suami/isteri, anak yang berumur di bawah 18 tahun atau sekiranya masih bersekolah di bawah umur 21 tahun dan ibu bapa yang sah), pesara persekutuan serta pesakit kurang mampu yang mendapatkan rawatan diIJN. Namun begitu, mereka terlebih dahulu perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam beberapa peraturan yang berkuatkuasa sebelum kos rawatan mereka dapat ditanggung oleh KKM.

Salah satu syarat yang telah ditetapkan sebelum mendapat rawatan di IJN adalah Pegawai Kerajaan Persekutuan dan pesara persekutuan perlu mendapat rujukan daripada Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi dari hospital/klinik Kerajaan atau swasta, manakala bagi pesakit yang kurang mampu, mereka perlu mendapat rujukan daripada Pakar Perubatan Umum (Physician)/Pakar Kardiologi dari hospital/klinik Kerajaan sahaja. 

Kerajaan melalui KKM sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada rakyat di mana bagi tahun 2016 sahaja, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM435.65 juta untuk membiayai kos rawatan pesakit tanggungan Kerajaan di IJN. 


Sekian.

DATO’ SERI DR. CHEN CHAW MIN
Ketua Setiausaha
Kementerian Kesihatan Malaysia

23 Ogos 2017


Baca Seterusnya...

Sunday, 20 August 2017

Pemimpin Gila Kuasa Datang Dari DAP - Wee Ka Siong #MCA

MCA Pilihan Hati, DAP Mula Goyah

Gendang pilihanraya telahpun berbunyi. Maka berduyunlah pakar-pakar politik pembangkang ni cuba untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Dan seperti biasa parti dominan didalam Pakatan Harapan iaitu DAP turut mula menyebarkan cerita-cerita mengenai pengundi hantu yang direka mereka sendiri.

Mungkin goyah dengan kedudukan MCA yang semakin mendapat tempat dihati masyarakat Cina setelah melakukan penambahbaikan struktur organisasi parti. DAP mula menuding jari kepada MCA yang kononnya tidak memperjuangkan maslahat masyarakat Cina. Ini merupakan modal dan taktik lapuk DAP yang diguna pakai tiap kali menjelang pilihanraya.

MCA kini dilihat sebagai parti pejuang masyarakat Cina kerana usaha mereka yang berkhidmat demi rakyat bukan sahaja untuk kaum Cina.

Barisan Nasional adalah parti yang menolak fahaman komunis dilihat sebagai musuh utama DAP. Hal ini kerana, DAP menjalinkan hubungan baik dengan Parti Komunis China.Dan ini sangat bertentangan dengan prinsip BN. 

Barisan Nasional, parti yang memperjuangkan rakyat dari pelbagai kaum bukan seperti DAP yang hanya tahu menindas rakyat.Dengan gabungan dari pelbagai parti komponen seperti UMNO, MCA dan MIC, rakyat pastinya terbela. Malah ketiga-tiga parti komponen ini berterusan membanting tulang membangunkan negara.

Ia berlainan dengan hala tuju Pakatan. Yang jelas merupakan parti yang mempunyai pelbagai agenda tersembunyi dan bersedia menikam antara satu sama lain jika perlu. Pakatan tidak dilahrikan untuk berkhidmat demi rakyat, tapi ia dilahirkan demi kepentingan peribadi ahli-ahlinya. Ia tertubuh atas dasar sikap kleptokrasi kepimpinannya yang tidak meletakkan rakyat sebagai keutamaan.


Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA turut menyuarakan pandangan beliau mengenai DAP dan Pakatan Harapan. Dimana jika Pakatan Harapan menjadi pilihan, ia umpama menanggung biawak hidup. Kerana rata-rata pemimpin di dalamnya tidak tahu bekerja mahupun berkhidmat demi kebaikan rakyat.

Tidak membazirkan masa, MCA terus-terusan berusaha memastikan kebajikan masyarakat Cina dan kaum lain dibela, tatkala masyarakat sedang menilai pucuk pangkal peranan Pakatan Harapan.

DAP heboh memainkan propaganda bahawa kononnya mereka akan dapat menawan serta merampas kerusi Parlimen Tanjung Piai dan Ayer itam. Mungkin mereka lupa bahawa kedua-dua parlimen itu dijaga baik dan diberi tangunggjawab sepenuhnya kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional termasuk Datuk Wee Ka Siong.

Selain itu, DAP turut terkenal dengan sikap yang suka mengkritik pembangunan yang dilakukan dan kemudiannya meninggalkan kawasan tersebut terbiar dan tidak terjaga.

Antara contoh depan mata yang terbaik ialah kawasan parlimen Gelang Patah, yang diwakili oleh Kit Siang. Rakyat di parlimen itu tidak diendahkan malah dikhabarkan Kit Siang akan berpindah ke Pulau Pinang. Pasti dia akan mengemukakan kawasan pertandingan yang baru pada PRU 14 yang akan datang.
 


Tidak pernah lekang dari bibir Wee Ka Siong untuk mengingatkan rakyat bahawa DAP mahupun Pakatan Harapan bukanlah pilihan terbaik kerana mereka hanya mengejar kuasa dan membohongi rakyat demi menambah kerusi parlimen mereka. Masalah rakyat bukanlah kepentingan buat mereka.

Misi MCA adalah untuk berusaha membetulkan pandangan rakyat terhadap kerajaan dan membuang persepsi yang diracuni pembangkang kedalam pemikiran rakyat.

MCA telah melakukan pelbagai perubahan semenjak ia ditransformasi. Demi memastikan kecemerlangan padapilihanraya akan datang, MCA melakukan gerakan menyantuni rakyat dan melaksanakan gerak kerja bersepadu.

Sungai Besar, Sarawak adalah misi utama untuk mengalahkan DAP pada PRU14 ini. Disini kita boleh lihat putaran masyarakat Cina daripada DAP kepada MCA. Dan memilih Barisan Nasional sebagai kepimpinan parlimen mereka.

MCA sedang meniti kearah kemajuan apabila ia tidak lagi menjadi kritikan rakyat mahupun media arus perdana. Malah rakyat sedang menilai peranan MCA dan rata-rata berpuas hati.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 16 August 2017

Kilang Haram Sumber Dana Politik DAP?! #DAP #LawanDAP

Pertahan Kilang Haram, Apa Kepentingan Buat Pulau Pinang?

Masih belum selesai isu rasuah yang melibatkan 'PO1' iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang, kini timbul pula isu Kilang Haram di negeri tersebut yang melibatkan seorang YB dari DAP.

Terdahulu, Guan Eng dengan keras merobohkan bangunan malah kedai-kedai serta penjaja-penjaja yang beroperasi secara haram di negeri nya itu. Tetapi, sehingga kini Kilang Haram yang dibina di Sg Lembu itu masih beroperasi. Bukan untuk satu tempoh pendek tetapi dikatakan telah pun beroperasi selama 10tahun.

Mana mungkin Guan Eng terlepas pandang kilang yang bertapak selama 10 tahun di atas tanah pertanian itu. 

Kini Guan Eng seolah-olah cuba mempertahankan diri dengan memberi amaran kepada semua pihak untuk tidak menyalahkan kerajaan negeri dibawah kelolaannya. Kenapa sedemikian rupa tindakan Guan Eng? Seperti ada sesuatu yang Guan Eng cuba sembunyikan.


Malahan Guan Eng turut mengandaikan SPRM mencampuri urusan negeri jika bertindak untuk merobohkan kilang tersebut. Masih menjadi persoalan mengapa Guan Eng mempertahankan kewujudan kilang yang secara zahirnya telah terbukti membahayakan penduduk di sekitarnya. Kilang tersebut yang telah menyebabkan seramai 11 orang penduduk disahkan menghidap kanser. Apakah Guan Eng tidak peka dengan perkara ini?

Seharusnya sebagai Ketua Menteri yang juga telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan SPRM, Guan Eng patut bekerjasama dengan pihak SPRM. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Guan Eng pula yang mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan rakyat.

Sikap Guan Eng yang cuba melindungi EXCO kesayangannya itu seperti meletakkan rakyat sebagai bukan keutamaan kerajaan negeri itu. Nyawa rakyat bukanlah penting buat Guan Eng.

Lebih teruk lagi, Guan Eng cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada Barisan Nasional (BN). Walhal, kilang ini wujud pada Ogos 2008 seperti yang dapat dibuktikan pada paparan imej setelit. Dan umum juga maklum pada Ogos 2008, DAP telah menjadi kerajaan negeri Pulau Pinang. Sekali lagi, DAP cuba bersembunyi disebalik kesalahan. Pulau Pinang perlu Ketua Menteri yang baru yang lebih baik dari Guan Eng.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 15 August 2017

Pakatan Hanya Mulut Manis - Wee Ka Siong #MCA #LawanDAP

Apa manfaat yang rakyat dapat setelah memberi mandat kepada DAP?

Lim Guan Eng Mengetuai Tokoh-Tokoh Penyamun Kolar Putih

DAP sebuah parti pembangkang yang cuba memonopoli politik pembangkang negara. Tetapi masih gagal dalam mentadbir negeri jajahan mereka.

Walaupun mempunyai negeri yang ditadbir sendiri, namun layanan buat rakyat masih ditahap pembangkang bukan sebagai kerajaan negeri yang bersedia berkhidmat demi rakyat.

Sehingga tiba satu tahap, wakil rakyat di satu kawasan terpaksa menangis dan merayu kepada kerajaan negeri demi mendapatkan peruntukan. Bukan sahaja di satu kawasan, malah dimana mana kawasan pegangan DAP juga tidak mendatangkan faedah.

Datuk Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA turut mengelar DAP sebagai Parti Perosak. Hal ini kerana kegagalan pihak DAP sebagai pemerintah di negeri sendiri.

Selain tidak berguna, DAP juga terkenal sebagai parti yang suka menuding jari kepada kerajaan pusat dalam pelbagai hal.

Antaranya ialah komen kekurangan sekolah Cina di Serdang oleh wakil rakyat DAP dari Kulai iaitu Teo Nie Cheng ketika mewakili kawasan tersebut. Namun Teo hanya sekadar mampu menyanyi seiring dengan komentarnya. Sedangkan Teo mempunyai kuasa ketika itu.

Akhirnya, sekolah Cina dapat dibina disitu dengan usaha Datuk Wee yang menjadi Timbalan Menteri Pelajaran. Namun, Teo telah pun lari ke Kulai.Ini bukti kegigihan MCA, parti komponen Barisan Nasional dalam membantu rakyat.

Walaupun setiausaha agung DAP merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang, mereka tetap gagal membina sekolah Cina tetapi sekadar mampu bising kepada pihak MCA.

Angan-angan mat jenin DAP semakin menjadi-jadi apabila mereka meletakkan impian bakal menawan kerusi Tanjung Piai dan Ayer Hitam. Datuk Wee turut mengatakan ia adalah mimpi di siang hari. Sudahlah tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat. Ini masih ada hati nak tawan kawasan lain?

Timbalan Presiden MCA itu turut mengingatkan agar masyarakat tidak mudah terpedaya dengan modus operandi DAP yang menggunakan media sosial untuk memfitnah kerajaan dan meracuni pemikiran pengundi.

Harapan Wee juga turut diletakkan kepada Pemuda MCA agar dapat memantau dan menjelaskan kepada masyarakat Cina berkenaan persepsi yang betul terhadap MCA.

Untuk makluman pembaca, sebanyak RM40 juta peruntukan untuk pembangunan kampung baru cina diluluskan oleh kerajaan baru-baru ini.

Ini menunjukkan betapa beruntungnya masyarakat Cina apabila pelbagai usaha dilakukan MCA buat mereka.

573 projek kecil akan dilaksanakan keseluruh negara dengan peruntukan RM40 juta tersebut. Dan kesemua projek itu akan dipantau oleh MCA.

Seperti yang dizahirkan Wee, MCA adalah parti yang menjalankan tugas dan amanah serta mampu membawa perubahan kepada kampung-kampung baru Cina.

Selain itu, sebanyak 844 rumah usang bakal bertukar wajah dibawah skim seluruh negara dengan peruntukan bernilai RM7.85 juta.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong 
Satu persatu bukti dan sebab dirungkai dan terpamer untuk mengangkat MCA sebagai jaguh sebenar masyarakat Cina.

Sekadar memberi "Lips Service" atau lebih tepat menanam tebu di tepi bibir. Itulah hakikat sebenar sikap DAP terhadap masyarakat Cina.

Tambahan lain, Wee turut melabel ahli DAP Johor, Liew Chin Tong sebagai 'syok sendiri' setelah Liew mengeluarkan kenyataan kononnya akan berlaku Tsunami Melayu.

Ia adalah tanggungjawab Pemuda MCA dan ahli MCA untuk mendedahkan sikap culas DAP dan membina semula keyakinan masyarakat Cina terhadap MCA serta kerajaan sedia ada.

Jika ditimbang tara, adalah benar DAP hanya mengambil kesempatan di dalam isu dan juga kisah sensasi. Tetapi pada akhirnya, hanyalah MCA yang berhempas pulas membantu rakyat dan membawa kebaikan.

PRU14 ini adalah penentu kepada masyarakat Cina samada untuk memilih MCA pejuang masyarakat Cina ataupun DAP yang hanya tahu menabur janji manis.
Baca Seterusnya...

Mahathir Bodohkan Penyokong #Nothing2Hide Jadi #Nothing2Say

Segala persoalan yang timbul dek insiden pergaduhan semasa forum Nothing To Hide 2 hampir terjawab apabila terdapat video yang menunjukkan dengan jelas tempat individu yang memulakan provokasi dengan membaling kerusi ke arah hadirin yang menanyakan soalan.


Begitu jelas sekali bahawa provokasi bermula dalam kelompok pemuda Armada sendiri. Malah berdekatan dengan pegawai yang memakai baju 'security'. Nampak sangat yang pegawai 'security' itu membiarkan sahaja individu yang membaling kerusi ke arah Taufik bekas Exco Armada.

Dan realitinya, provokasi itu dilihat bukan untuk 'mencederakan' Dr Mahathir seperti yang sengaja dimain-mainkan oleh puak pembangkang dan portal-portal pro-pembangkang. Tetapi ianya lebih kepada menyerang pihak yang bertanya!

Hairan kerana kenapa pihak 'security' yang berada di sebelah individu itu membiarkan sahaja perkara ini berlaku? LAPORAN PENUH DAN GAMBAR : http://klxpress.com.my/editorial/26377-dalang-yang-memulakan-pergaduhan-semasa-nothing-to-hide-2.html


Baca Seterusnya...

Sunday, 13 August 2017

Turun Padang, UMNO Terang Roh Perjuangan #TSAM

Jelajah ke peringkat akar umbi bagi menerangkan soal-soal mengenai roh perjuangan UMNO yang menjadi dasar atau pokok perjuangan yang selama ini menjadi teras kepada kekuatan parti akan diadakan oleh Jabatan Penerangan UMNO, ini telah dizahirkan sendiri oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar akan turun ke peringkat akar umbi dan berjumpa dengan kelompok-kelompok kecil ini bagi tujuan tersebut setelah selesai mesyuarat perwakilan UMNO seluruh negara.

Beliau turut berkata bahawa isu-isu semasa seperti 1MDB, GST dan soal-soal lain tidak akan pernah habis jika dirungkaikan. Namun, pokok utama seperti dasar tidak harus dilupakan. 



Tambah beliau, selain terus diterangkan mengenai isu-isu semasa. Rakyat juga harus digalakkan untuk memikirkan tentang soal dasar kepada pembinaan negara bangsa yang menjadi asas dan fundamental yang kukuh dalam menjadikan Malaysia seperti yang ada hari ini 

Kerajaan yang sedia ada boleh dikritik dan ditegur, tetapi kita harus memikirkan semula kekuatan negara kita selama ini apabila tiba masa untuk kita memberi mandat di dalam pilihanraya.

Annuar juga menyatakan ''UMNO dan Barisan Nasional bukanlah sebuah kerajaan yang sempurna secara total. Jika ada salah boleh saja ditegur."

Selain itu, Annuar turut menegaskan bahawa Perdana Menteri bukan lah maksum sehingga tidak boleh ditegur dan dalam pemberian mandat kita haruslah tidak mencampur adukkan dengan emosi serta sentimen perkauman.

Beliau mengeluarkan kenyataan ini semasa merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Tambun bertempat di Hotel Casuarina di sini hari ini.

Negara tidak boleh dipimpin oleh satu gabungan parti politik yang rapuh seperti pakatan harapan. Ia adalah sangat membahayakan pentadbiran negara jika mereka mentadbirnya. Malah ia lebih bahaya apabila pihak pakatan harapan sendiri tidak ketahuan dasarnya malah siapa ketuanya.

Nasib bangsa tidak boleh digadaikan sewenangnya dengan memberi mandat kepada sebuah gabungan parti politik yang rapuh seperti pembangkang. Annuar turut menyuruh rakyat menilai semula pakatan yang pernah terjalin antara DAP dan PAS yang dikatakan pakatan terbaik. Tetapi apa yang terjadi, ia musnah dan tidak bertahan lama. Sama seperti yang terjadi pada BN suatu ketika dahulu dengan wujudnya Angkatan Perpaduan Ummah yang hanya kekal selama 5 tahun. 

“Jadi kita tidak boleh memperjudikan nasib dengan meletakkan harapan kepada gabungan atau pakatan yang semata-mata bergabung kerana mempunyai musuh yang sama, tetapi tidak mempunyai sebarang matlamat serta perjuangan yang lebih penting dari itu dalam kerangka untuk membina sebuah negara bangsa seperti Malaysia ini,” ujarnya Annuar.

Hak-hak kumpulan minoriti seperti India dan Cina tetap akan dijaga oleh UMNO, malah ia merupakan dasar perjuangan UMNO sejak ia ditubuhkan. Menyedari Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa, UMNO sebagai tunggaknya harus adil dalam menjaga kebajikan semua bangsa.

Annuar turut menambah lagi, UMNO, terutamanya parti-parti komponen seperti MCA dan MIC, mestilah tegak berani untuk menyatakan bahawa perjuangan UMNO adalah untuk semua, dan ia telah pun terbukti selama ini.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 8 August 2017

SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017 Galakkan Penggunaan Pengangkutam Awam #SPAD #BangkitBersama #SukanSea2017 #KL2017

Sempena Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN, SPAD Galakkan Penggunaan Pengangkutam Awam #SPAD



Sempena Sukan SEA 2017 dan Sukan Para ASEAN yang bakal berlangsung pada 14 hingga 30 Ogos (SEA) dan 17 hingga 23 September (Para ASEAN), pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyarankan agar orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk ke acar tersebut.

Bagi majlis perasmian dan penutupan Sukan SEA, suka diingatkan bahawa penutupan jalan akan dilaksanakan samada secara separa atau sepenuhnya. Malaysia akan menjadi tuan rumah buat atlet-altet, sukarelawan dan pegawai dari 11 negara Asia Tenggara di KL Sports City (Stadium Nasional Bukit Jalil). Oleh kerana itu, waktu operasi perkhidmatan tren pihak Prasarana dan KTMB akan dilanjutkan hasil daripada kerjasama dengan SPAD. Hal ini bagi memudahkan penonton untuk menghadiri majlis pembukaan dan penutupan acara berskala besar ini. 

Laluan LRT Sri Petaling di Stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan waktu operasinya sehingga jam 1 dan 2 pagi sempena acara pembukaan dan penutupan. Rapid Rail yang lain masih boleh digunakan seperti LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Kelana Jaya, MRT Sg. Bulah-Kajang dan Monorel, pengguna yang bergerak keluar dari stesen Bukit Jalil hanya perlu menukar laluan mengikut destinasi masing-masing. Namun, penumpang hanya dibenarkan keluar sahaja dari stesen-stesen tersebut. Butiran mengenai KTM Komuter mengenai pelanjutan perkhidmatan juga akan dimaklumkan kemudian.

60 biji bas juga disediakan kahs oleh RapidKL dengan kekerapan 10-15 minit. Perkhidmatan ini akan dilaksanakan di 7 lokasi menuju ke Stadium Nasional Bukit Jalil. Papan destinasi elektronik akan memaparkan " KL SEA Games 2017" bagi memudahkan makluman pengguna sebelum menaikinya. Jadual senarai adalah seperti berikut :



26 daripada 28 lokasi acara sukan tersebut akan dilaksanakan di kawasan Greater Kuala Lumpur atau lebih dikenali sebagai Lembah Klang. Pengguna boleh mengakses perkhidmatan bas GoKL laluan hijau (KLCC - Bukit Bintang) secara percuma. Selain itu, sebanyak sebelas laluan bas RapidKL akan diubahsuai sempena acara ini bagi memastikan kesinambungan perkhdimatan ini menuju ke 5 lokasi acara sukan dengan kekerapan 10-15 minit. Rujuk jadual dibawah :


Pas percuma akan disediakan khas bagi 13,000 sukarelawan serta 2,500 wakil media, pas ini merangkumi perkhidmatan Prasarana seperti LRT/Monorel/BRT/MRT/RapidKL serta Bas Pengantara MRT bermula dari 14 hingga 31 Ogos sempena Sukan SEA dan 16 hingga 24 September sempena Sukan Para Asean.

SPAD juga memaklumakan bahawa seramai 200 ratus kakitangan SPAD akan membantu sepanjang acara ini bagi memberi maklumat kepada orang ramai serta membantu menyelaraskan pengangkutan mengikut lokasi acara sukan bersama pengendali perkhidmatan. Pengguna juga dapat menikmati 50% diskaun yang efektif sehingga 31 Ogos 2017 ini apabila menggunakan perkhidmatan Rapid Rail menuju ke destinasi Sukan SEA.

Akhir sekali, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama dengan SPAD bagi mengenal pasti lokasi-lokasi pengambilan dan penurunan penumpang. Bagi memastikan papan tanda yang mencukupi buat makluman orang ramai mengenai perhentian bas yang telah ditetapkan, SPAD akan memastikan pihak mereka akan bekerjasama rapat dengan pengendali serta penganjur.
Baca Seterusnya...

Friday, 4 August 2017

"Sokong Para Atlet Negara" - Pak Lah #SPAD #BangkitBersama #SEAGames2017 #KL2017 #KitaJuara

Menjelang Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN (KL2017) yang bakal bermula pada pertengahan Ogos ini, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi berharap agar seluruh rakyat Malaysia dapat memberikan sokongan dan dorongan buat atlet atlet negara. 


Beliau turut merasa kagum dengan transformasi yang telah dilakukan terhadap Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil apabila beliau mengunjunginya hari ini. Terutama sekali, perubahan wajah baru Stesen LRT Bukit Jalil yang turut mengikuti tema kesukanan.

Dengan hiasan dalaman yang diukir kata-kata semangat buat para atlit, Pak Lah turut memuji inisiatif Rapid KL dalam menzahirkan semangat kesukanan dalam fasiliti pengangkutan awam.

Pak Lah yang diiringi isteri beliau, Tun Jeanne Abdullah dan beberapa ahli keluarga yang lain telah menggunakan Rapid KL LRT Laluan Sri Petaling untuk menuju ke Kompleks Sukan ini. LRT juga dijangka akan menjadi mod pengangkutan awam untuk temasya sukan yang akan diadakan ini kerana ia lebih menjimatkan masa dan dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas.


Beliau yang menaiki tren dari Stesen LRT Hang Tuah menyatakan rasa gembira kerana perkhidmatan ini dan turut menyeru agar para peminat sukan untuk hadir ke Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil untuk menonton sukan yang dipertandingkan sekaligus membakar semangat juang atlit.

Acara pembukaan dan penutup temasya sukan ini juga akan dilangsungkan di Kompleks Sukan Nasional Bukit Jalil selain daripada menjadi gelanggang utama bagi acara trek dan balapan. Selain itu, acara lain seperti akuatik, badminton dan hoki padang juga akan diadakan di sekitar Bukit Jalil.
Baca Seterusnya...

MCA Telah Kemukakan Tiga Nama Bakal Calon DUN Indera Kayangan Perlis #MCA #PRU14

Bagi menghadapi Plihanraya Umum ke 14 (PRU 14), pihak MCA telah bersetuju untuk mengemukakan 3 nama untuk dipilih bagi bertanding di kawasan Dewan Undangan (DUN) Indera Kayangan, Perlis. 

MCA Perlis amat yakin ketiga-tiga nama terbabit berkebolehan dan mampu untuk menjayakan misi menawan kembali Indera Kayangan pada PRU 14 akan datang. 

DUN Indera Kayangan telah jatuh ketangan pembangkang pada PRU 13 yang lepas dan berdasarkan nama – nama tersebut, Naib Pengerusi MCA Perlis, Khaw Hock Kong amat yakin mereka merupakan individu - individu yang dapat memenangi semula DUN Indera Kayangan, ini berdasarkan kepada penerimaan pengundi masyarakat keturunan cina di kawasan berkenaan.

Pada PRU13, calon MCA, Dr Por Choo Chor telah kalah kepada calon PKR, Chan Ming Khai dengan perbezaan sebanyak 1,092 undi.

Khaw yang juga anggota DUN Titi Tinggi merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri menyatakan bahawa, misi untuk menawan semula Indera kayangan di yakini akan lebih mudah dengan sokongan daripada rakan-rakan Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MIC.


Beliau juga memberitahu, berdasarkan kepada situasi politik semasa ianya jelas menggambarkan majoriti masyarakat cina menyokong parti MCA dan ianya semakin kukuh dan bertambah. Ini secara tidak langsung memberi gambaran awal bahawa MCA yakin dan mampu menebus kesilapan lalu bagi mempastikan DUN Indera kayangan akan dimenangi oleh BN di samping mengekalkan kerusi DUN Titi Tinggi.

Untuk rekod, di Perlis kerusi parlimen iaitu Arau, Kangar dan Padang Besar di kuasai BN sementara kerusi DUN, 13 dimiliki kerajaan dengan masing-masing 1 dipegang PKR dan PAS.
Baca Seterusnya...

Senarai calon MCA PRU14 di peringkat akhir penilaian - Liow Tiong Lai #MCA

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah memberitahu bahawa MCA dalam peringkat akhir untuk menyenaraikan calon bagi mewakili parti itu pada PRU 14. Beliau telah menyatakan demikian selepas merasmikan Pesta Kesenian “Blossom Arts Festival” di Wisma MCA.


Beliau juga memaklumkan, MCA juga telah melaksanakan proses kajian soal selidik awam sebelum senarai calon diputuskan. Ini untuk mempastikan calon – calon yang bakal dipilih kelak merupakan pilihan rakyat.

Ketika ini MCA adalah di peringkat akhir persedian bagi menghadapi PRU 14 dan beliau telah mengarahkan agar kesemua bahagian MCA di seluruh Negara bersiap sedia dan dari segi calon dan mengingatkan supaya semua jentera parti dapat memberi kefahaman kepada orang ramai berkenaan agenda Transformasi Negara oleh kerajaan.

Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan menambah “Rakyat perlu sedar, parti pembangkang terutamanya Pakatan Harapan tidak mempunyai masa depan jika hendak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN)”.

Berkenaan Pesta Kesenian yang dirasmikan oleh beliau. Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu bahawa seramai lebih kurang 30,000 pengunjung bakal memeriahkan festival tersebut yang akan berlangsung selama sebulan bermula 1 Ogos 2017.

Bagi memeriahkan Festival kali ini Ianya turut disertai 100 pertubuhan kebudayaan kesenian dari dalam dan luar negara. Antara negara yang mengambil bahagian adalah terdiri dari Negara China, Sunapura, Taiwan, Thailand dan Indonesia. Ini bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan ke 60, maka Tema “Negaraku” telah dipilih bagi festival kali ini.
Baca Seterusnya...

DAP 'Cakap Tak Serupa Bikin' - Wee Ka Siong #MCA

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyatakan bahawa, DAP yang mengetuai pakatan pembangkang hanya pandai menabur janji palsu untuk meraih sokongan pengundi terutama apabila menjelang pilihanraya. Mereka diibaratkan seperti cakap tidak serupa bikin apabila menaburkan janji-janji manis kepada rakyat namun gagal mengotakannya bila diberi peluang untuk memerintah.

Contoh yang ketara “cakap tidak serupa bikin” ujarnya adalah di negeri Pulau Pinang seperti projek pembinaan jalan raya atau pembinaan terowong yang di bayar 200juta. Projek-projek ini telah di bayar meskipun perlaksaannya tiada. Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Kem Latihan membaca dan Menulis Esei peringkat Sekolah Menengah di A’Famosa Resort, Melaka pada  2 ogos 2017 lalu. 

Program ini yang menghimpunkan seramai 230 guru Bahasa Cina dari sekolah menengah dan kebangsaan dari negeri Melaka dan Johor adalah bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa cina selain memberi pendedahan kepada peserta untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.


Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi baru - baru ini. TPM telah meminta para pengundi cina di negara ini supaya berhenti daripada menjadi mangsa penipuan dan manupulasi parti DAP yang ternyata gagal dalam mengotakan janji kepada rakyat.

Sikap pembangkang yang diketuai oleh DAP yang selalu memperlihatkan kerajaan pusat bersalah di mata rakyat, contohnya kenaikan kadar tariff air atau elektrik. Namun apabila mereka melakukan hal yang serupa ianya dilihat dalam konteks yang berlainan. Mereka tanpa rasa bersalah akan menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) zalim dan menindas rakyat tetapi akan memberi alasan untuk mendidik rakyat supaya tidak membazir bila ianya dilakukan hal yang sama di Pualau Pinang. 

Dalam hal ini Jelas menunjukkan mereka tidak konsisten, bila mereka buat ianya pelbagai alasan diberikan namun bila kerajaan BN buat perkara yang sama mereka kutuk.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong juga menyatakan dari maklum balas yang diperolehi, setiap kali ceramah diadakan telah memperlihatkan sambutan masyarakat cina di negara kita kini semakin baik dan sokongan pengundi cina terhadap BN juga semakin bertambah.


Baca Seterusnya...

Jangan Terperangkap Dalam Strategi Musuh - Annuar Musa #TSAM #DAP #PakatanHarapan

Mahathir kini sinonim sebagai seorang yang tidak releven dan tukang laga ahli UMNO hal ini ditakrifkan apabila cubaan beliau mencipta persepsi buruk kononnya kononnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah memohon sokongan beliau untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Tindak tanduk "pencuri dihujung kampung" ini jelas menunjukkan Mahathir kini ketiadaan modal untuk membalas hujah skandal skandal dizaman kekuasaan beliau yang kini menjadi tanda tanya rata rata rakyat Malaysia. Malahan Mahathir secara terbuka menghukum orang lain daripada kesilapan beliau sendiri.



Pendapat ini dikongsi bersama oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa yang mana seperti dakwaan pengerusi Pakatan Harapan itu kononnya RM42 bilion wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hilang atau lesap, semata-mata mahu mencipta persepsi buruk dan mengelirukan ahli parti khususnya ahli UMNO.

TS Annuar Musa menyeru kepada semua ahli parti seluruhnya untuk berwaspada terhadap kata kata dan tomahan berunsur fitnah yang didakwa pembangkang yang hari ini berkiblatkan DAP. Walaupun ramai ahli parti UMNO tidak mengambil pandangan Mahathir secara serius pada masa ini kerana acap kali Pengerusi Pakatan Harapan itu mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dan sering membuat pusingan U (U-Turn) sehingga ada yang mula mengelar beliau sebagai “T-Turn Mahathir”


KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

SETIAP ahli UMNO diingatkan supaya tidak terperangkap sama sekali dengan strategi musuh, khususnya Pakatan Harapan (PH), yang tidak sudah-sudah untuk mewujudkan keretakan dalam UMNO - satu usaha PH yang masih gagal hingga sekarang.

Fitnah Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M), yang terbaru terhadap Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kononnya TPM memohon sokongannya untuk menjatuhkan Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, adalah satu lagi percubaan Tun M utk menanamkan syak wasangka di kalangan sanubari setiap ahli UMNO.

Ia sepertimana Tun M tanpa segan silu mendakwa RM42b wang 1MDB hilang atau lesap, yang bertujuan semata-mata mengapikan dan membangkitkan kemarahan ahli UMNO. Alhamdulillah, ahli UMNO tetap terus kental dengan istiqamah dan solidariti serta tidak mudah terpesong dgn tipu muslihat Tun M.

Apatah lagi kini Tun M sendiri mengakui beliau sebenarnya tidak memusuhi DAP yang dulunya beliau serang habis-habisan sebagai rasis dan anti-Melayu.

Tun M tidak pun berkata benar apabila beliau menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak jadi pemimpin UMNO kerana kesalahan moral yang mengaibkan. Begitu juga tuduhan-tuduhan Tun M terhadap campur tangan asing, dan semua itu kini ternyata tidak benar.

Sekiranya begitu mudah Tun M membohongi rakyat, dulu atau sekarang, tiada ada apa yang menghalangnya untuk terus menghalalkan pembohongan sebagai strategi politiknya.

- Tan Sri Annuar Musa (TSAM) 4.30 ptg, Khamis / 03.08.17

Baca Seterusnya...

Thursday, 3 August 2017

Tiada Permit Teksi Baru Dikeluarkan SPAD #SPAD

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Sri Hajah Nancy Shukri telah menjawab soalan dari Dato' Seri Irmohizam semasa sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Parlimen mengenai wujud keperluan untuk memberikan permit teksi kepada pihak syarikat tertentu dan bukannya secara terus kepada pemandu teksi.


Dato' Sri Nancy telah menyatakan bahawasanya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) tidak pernah mengeluarkan permit teksi baru kepada syarikat sejak mengambil alih fungsi daripada Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) pada tahun 2010.

Beliau dalam jawapan turut menegaskan bahawa syarikat teksi dibenarkan meneruskan operasi menggunakan permit sedia ada.

Tambah Nancy, keperluan wujudnya permit teksi syarikat ini sedikit sebanyak telah menyumbang dan memainkan peranan yang tersendiri dalam industri ini.Contohnya, terdapat sebilangan pemegang permit individu yang tidak mampu untuk mendapatkan kemudahan pinjaman kenderaan melalui institusi kewangan.

Dan disinilah syarikat teksi tersebut memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu pemegang permit individu tersebut. Syarikat teksi ini akan menyediakan kemudahan sewa beli kenderaan yang dikenali sebagai sistem pajak. Di akhir kontrak perjanjian pajak ini, kenderaan tersebut akan menjadi milik pemandu. Sistem yang sama dijalankan seperti institusi kewangan.

Namun begitu, Nancy memberitahu bahawa kerajaan sedar dimana terma-terma yang diguna pakai dalam perjanjian ini sebenarnya berat sebelah dan lebih menguntungkan pemilik syarikat teksi dan akhirnya kebajikan pemandu terabai. 

“Oleh sebab itulah antara cadangan pindaan Rang Undang-Undang yang telah diluluskan adalah untuk membolehkan SPAD memastikan terma-terma kontrak ini memenuhi standard piawaian minimum yang ditetapkan bagi memberi keadilan kepada semua pihak,” ujar Nancy dalam jawapan beliau.
Baca Seterusnya...

Wednesday, 2 August 2017

myBAS Seremban, Dinaik Taraf SPAD #SPAD #MyBas

#myBAS di Seremban telah di naik taraf dan dipertingkatkan perkhidmatannya oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).



Sebanyak 17 laluan utama dan 5 laluan perantara telah ditambahbaik. Laluan tersebut yang meliputi jarak sejauh 738km lebih bersepadu berbanding sebelum ini yang hanya 578km dan melibatkan 27 laluan sahaja.

Kesemua laluan bas utama dan laluan bas perantara akan disalinghubungkan melalui tiga terminal utama iaitu Terminal 1 Seremban, Terminal Nilai Sentral dan Terminal Port Dickson. Kesalinghubungan ini lebih memudahkan pengguna untuk menuju ke destinasi pilihan mereka.

Tambahan lain, dua laluan baru bas perantara myBAS Seremabn telah diperkenalkan. Laluan tersebut ialah F300: Bandar Port Dickson dan F500: Bandar Seremban yang akan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 8 malam dan 7 pagi hingga 10 malam dengan kekerapan setiap 20 minit.

Dengan penambahbaikan myBAS Seremmban ini, pengguna dapat menikmati kemudahan yang lebih inklusif dan destinasi perjalanan yang lebih luas. Manfaat kemudahan ini juga dapat dirasai buat pengguna yang bertujuan ke tempat kerja, sekolah mahupun ke pusat-pusat kawasan.

Rujuk Lampiran untuk mengetahui jadual perjalanan laluan bas utama dan perantara :



Baca Seterusnya...

Apa Pencapaian Pihak Pembangkang Yang Boleh Dibanggakan? #SPAD

Biarpun dicemuh dan ditohmah dengan pihak pembangkang, pihak kerajaan Barisan Nasional dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak terus menunjukkan kejayaan satu persatu sebagai bukti kerajaan komited memajukan Malaysia.

Antara kejayaan terbaru kerajaan ialah MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 km. Ia adalah satu kemudahan yang akan dinikmati oleh hampir kesemua warga bandar. Kemudahan ini dibina lanjutan dari kesesakan lalu lintas yang teruk yang dialami oleh warga kota.

MRT ini juga merupakan satu transformasi pengangkutan awam yang dibawa oleh Datuk Seri Najib Razak ke dalam negara. Ia merupakan kemudahan yang sangat efisien, selesa, inklusif dan pastinya memudahkan serta meringankan beban rakyat untuk bergerak di dalam kota. Kemudahan ini juga memenuhi dengan keperluan rakyat atau "People Economy" serta mencapai aspirasi Barisan Nasional iaitu 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.

Jika masih ingat, pada satu masa dahulu pembangkang dengan lantang mencemuh usaha kerajaan ini kerana mereka menyatakan projek ini tidak mendatangkan manfaat kepada rakyat, tetapi tohmahan itu sedikit pun tidak menggugat kerajaan. Kerana kerajaan yakin bahawa MRT ini adalah satu pencapaian bukan sahaja kepada sistem pengangkutan yang sedia ada malah menjadi satu batu loncatan kepada kemajuan negara.

Tambahan lain, sistem pengangkutan awam darat negara juga semakin bertambah baik bagi penyediaan perkhidmatan kepada pengguna dengan adanya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Walaupun pembangkang cuba memutar belit dengan menyatakan SPAD gagal didalam peranan mereka untuk memulihkan mutu pengangkutan awam negara.

Segala cemuhan dan tohmahan pembangkang ini sebenarnya cuba menutup kegagalan membawa kemajuan kepada negeri-negeri yang dipimpin mereka seperti Selangor dan Pulau Pinang selain Kelantan.



Kebajikan rakyat di negeri-negeri tersebut tidak sahaja diukur dengan kemajuan pengangkutan tetapi juga dengan penyediaan asas yang lain seperti isu air di Selangor dan Kelantan dan perumahan di Pulau Pinang yang gagal mereka tangani sehingga sekarang.

Perbezaan sistem pengangkutan awam yang sangat ketara dapat dilihat jika dibandingkan dengan zaman dulu. SPAD telah membuktkan kerja-kerja yang dijalankan mereka apabila berjaya menyelesaikan sistem pengangkutan dulu yang kuno dan bercelaru.

SPAD harus dipuji kerana kejayaan membawa pengangkutan awam Malaysia ke kelas pertama ditambah dengan perkhidmatan MRT yang berjaya mengubah landskap Kuala Lumpur dan Malaysia.

MRT ini adalah jawapan kukuh oleh kerajaan Barisan Nasional dan SPAD terhadap kata-kata pembangkang yang tidak berasas mengenai peningkatan sistem pengangkutan awam darat negara.
Baca Seterusnya...

Tuesday, 1 August 2017

Keadilan Buat Teksi melalui E-Hailing, usaha Kerajaan Barisan Nasional #SPAD

Tipu daya pembangkang yang cuba memanipulasi pemandu teksi boleh lah di hentikan. Kerana sepuluh yang dijanjikan satu pun belum mampu dikotakan. Oleh itu, pemandu teksi pun janganlah meletakkan harapan tinggi pada mereka.


Melalui arus peredaran zaman yang makin moden dan canggih, segala nya dihujung jari. Sehinggakan perkhidmatan pengangkutan juga hanya perlu diklik di telefon pintar. Namun, pemandu teksi masih leka dan masih lagi mengekalkan sistem tradisional dan lebih parah, masih lena diulit janji manis pembangkang.

Apabila wujudnya Uber dan GrabCar, mulalah pemandu teksi menggelabah dan menyalahkan kerajaan kerana tidak menyekat sistem perkhidmatan pengangkutan ini daripada berada di dalam Malaysia.Dan ini juga memberi ruang kesempatan buat pembangkang untuk mencucuk jarum, menghasut pemandu teksi. 

Walhal, kerajaan sedia ada, iaitu kerajaan Barisan Nasional sedang giat berusaha untuk mencari jalan terbaik dan menyelesaikan kemelut yang berlaku dalam kalangan pemandu teksi. Kerajaan harus adil dan membuat keputusan "win-win" situation. Agar pengguna dan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam mendapat sama-sama untung.

Pemandu teksi masih lagi tidak sedar dan tidak mengambil iktibar, kerana setiap kali berlaku permasalahan mereka pasti akan membuat aduan pada pihak yang tidak sepatutnya dan lebih teruk, pihak penerima aduan yang berat sebelah dan cenderung kepada pembangkang akan menambah api kebencian pemandu teksi terhadap kerajaan.

Wujudnya penyedia perkhidmatan pengangkutan yang canggih seperti Uber ini adalah lanjutan daripada kealpaan pihak pemandu teksi. Mereka yang masih ditakuk lama yang tidak berusaha untuk menaik taraf perkhidmatan mereka sehingga pengguna yang menjadi mangsa lintah darat pemandu teksi ini.

Pengguna mempunyai hak untuk memilih perkhidmatan pengangkutan awam yang terbaik dan selesa kerana mereka yang membayar khidmat tersebut. Dan akhirnya, pengguna lebih memilih perkhidmatan seperti Uber dan menyebabkan amarah pemandu teksi semakin membuak dan membabi buta menyalahkan kerajaan.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), merupakan agensi di bawah kerajaan yang berusaha untuk merancang mengatasi masalah teksi ini. Kerajaan juga memberikan hak kepada pemandu teksi untuk mengunakan E-Hailing adalah satu langkah terbaik buat kedua-dua pihak yang menjalan perkhidmatan yang sama.

Datuk Seri Hajah Nancy Syukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri juga telah membahaskan pergulungan mengenai E-Hailing di parlimen. Ia merupakan satu jalan terbaik buat semua pemandu teksi untuk terus berdiri sama tinggi dengan perkhidmatan Uber untuk mencari rezeki.

Diharapkan tidak lagi timbul isu Uber lebih menjadi pilihan kerana mudah dihubungi. Pemandu teksi juga dimudahkan kerana mereka hanya menunggu panggilan dan tidak perlu mencari penumpang. Malah permit dan insurans juga dikenakan samarata.

Namun apa apa pun, diharapkan tidak timbul pula isu mengenai pemandu teksi tawar menawar kepada penumpang yang menggunakan E-hailing ini.

Pada akhirnya, perkhidmatan ini hanya berkisar tentang pilihan pengguna terhadap perkhidmatan yang lebih selesa dan mutu perkhidmatan yang terbaik.

Selepas ini, pemandu teksi harus buka mata dan sedar bahawa perkhidmatan mereka perlu dibaiki dan lebih mesra pengguna. Ingatlah bahawa pengguna sentiasa mempunyai hak untuk memilih.
Baca Seterusnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...