Tuesday, 4 July 2017

Pakatan Pro DAP - Tan Sri Annuar Musa #DAP

DAP Puppet Master sebalik 3 Nakhoda Pakatan Harapan

Apabila diumumkan kepimpinan Pakatan Harapan baru-baru ini, kelihatan 3 nama menduduki carta teratas iaitu Mahathir (PPBM), Anwar (PKR) dan Wan Azizah (PKR). Walaupun umum tahu PPBM hanya mempunyai 1 kerusi parlimen berbanding PKR dan DAP yang mempunyai pegangan kerusi parlimen majoriti.

Namun nama ahli DAP tidak kelihatan sebagai pemimpin teratas. Ini hanyalah usaha pembangkang untuk memperbodohkan rakyat. 



Hal ini kerana, DAP sedang berada dalam situasi panas apabila isu dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenai arahan untuk DAP mengadakan semula Pemilihan Eksekutif Pusat (CEC). Tambahan juga, isu Lim Guan Eng, anak kepada Lim Kit Siang yang juga Setiausaha Agung DAP dan merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang yang dipalit dengan kes rasuah masih lagi belum selesai. Oleh itu, DAP terpaksa menyorok di belakang sekutunya mengelak dari rakyat menolak pakatan itu jika DAP adalah tampuk pemerintahnya.

Walaupun begitu, DAP masih majoriti dalam PH ini. Dan untuk pengetahuan umum, DAP adalah Puppet Master (kuasa yang paling berkuasa dibalik tadbir) disebalik PH. 

Politik kebencian dan perpecahan semakin ditolak oleh rakyat pada masa ini, tetapi ia merupakan modal buat Pakatan Pro DAP ini kerana mereka sedang berusaha untuk merampas sekaligus menghancurkan Putrajaya. Lalu, 3 nakhoda boneka ini lah yang akan kelihatan dalam melaksanakan kerja-kerja memecahkan masyarakat khususnya Melayu sekaligus mencapai aspirasi DAP yang pernah disebut oleh pakar strategi DAP iaitu "Melayu screw Melayu".

Namun, apakah misi mereka berjaya dan sekaligus menggembirakan Puppet Master mereka? Jawapan yang paling tepat adalah keputusan PRU14 yang akan datang.

Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO telah menyifatkan Pakatan Pro DAP ini dalam keadan panik mengahadapi PRU14. Kerana mereka kelihtan semakin terdesak sehingga terpaksa mengumumkan senarai baharu pimpinan PH. Beliau juga turut menyatakan bahawa 3 nakhoda boneka itu sedang menyorokkan DAP dan menafikan mereka sebagai Pakatan Pro DAP.

Walaupun Guan Eng dilantik sebagai Timbalan Presiden PH, seperti menutup bangkai gajah tetapi busuknya masih berbau.

Persoalannya, adakah rakyat Malaysia mahu dan bersedia menaiki kapal yang dikendalikan 3 nakhoda dan mempunyai misi untuk kepentingan peribadi sendiri?


Pakatan Pro DAP - Tan Sri Annuar Musa #DAP Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 4 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!