Sunday, 2 July 2017

Netizen Kutuk Adira Sebab Rampas Suami Orang!

Tabiat buruk perangai rakyat Malaysia yang hari ini yang telah hilang norma norma kesopanan dan tidak beradap dalam bermasyarakat telah menjadi kebiasaan di mana ia suatu perkembangan yang tidak sihat didalam negara ini. Perbuatan mendoakan kesusahan orang lain adalah perkara yang ditegah didalam agama waima dengan hanya melakukan amalan 'pembuli siber' tergolong dalam tegahan itu.

Media siber bukalah tempat meluahkan perasaan semata mata, ianya perlu dimanfaat dengan baik sebagai gedung maklumat yang menempatkan pelbagai ilmu pengetahuan yang tidak berpenghujunnya. Dengan menikmati nikmat yang maha esa berikan kepada kita penduduk negara bertuah ini menjadikan penghuninya lupa akan qada dan qadar Nya.

Admin disini mahu berkongsi pendapat dimana para pengamal media siber terutamanya dikalangan orang terkenal atau selebriti khususnya menjadi sasaran mudah sekiranya menjadikan media siber sebagai tempat meluahkan perasaan ataupun berkongsi kisah rumahtangga yang mana sesuatu yang melibatkan hal peribadi khasnya kaum wanita perkara sepatutnya berhati hati dalam melontarkan status/cerita/luahan hati.

Adira bersama suaminya Adnan.
Adira yang dulunya popular dari rancangan realiti tv Akademi Fantasia baru baru ini menjadi mangsa buli bila mana beliau meluahkan perasaan menceritakan hal peribadi rumahtangganya yang mana suaminya kini mahu membuka 'cawangan baru'. Lantaran daripada pendedahan beliau. Netizen dengan secara membabi buta mengutuk beliau seolah olah perbuatan beliau mengahwini suami orang sebagai satu kesalahan yang tidak terampun oleh manusia sedangkan ia telah ditetapkan boleh dan sah dari hukum syarak.



Admin bukan mahu menyebelahi Adira (dia pun tak kenal saya) tetapi sebagai pengamal media siber jua tidak salah kiranya admin menegur segelintir rakyat Malaysia yang bertindak dengan emosi menolak hukum Allah walaupun ianya dikatakan pahit seperti hempedu oleh golongan dimadukan, Dunia hari ini nisbahnya kaum hawa adalah berkali ganda dari kaum Adam apalah salahnya berkongsi kasih didunia ini dan mendapat kelebihannya di akhirat kelak?

Niat Menegur?

Admin tak nampak nasihat distatus Adira itu sebaliknya hanya mengecam, menghina dan meroyan macam orang disampuk setan adalah. (Ada yang menyokong Adira sebab dia peminat) 

Alhamdulillah Malaysia ini aman banyak yang dah bernikah lebih dari satu sebagai langkah menyelamatkan umat islam terjebak dari kemaksiatan. Kadang duk mengata negara ini tak aman dan hidup terbeban tulah yang galak nak menikah lebih hahaha
Netizen Kutuk Adira Sebab Rampas Suami Orang! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 2 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!