Sunday, 16 July 2017

MH17 Tahun Ke3, Dalam Kenangan. #MCA #MH17

MH17 Tahun Ke3, Dalam Kenangan!


Mengimbau kembali kejadian yang berlaku pada 17 Julai 2014, kejadian yang mengejutkan dan meruntum hati rakyat Malaysia. Kejadian MH17, kapal terbang milik Malaysia Airlines penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia yang ditembak peluru sesat di Ukraine dan mengakibatkan 283 penumpang serta 15 krew maut.

Dato' Sri Liow Tiong Lai dalam kenyataan media beliau turut menyatakan, ia merupakan 36 bulan yang sukar buat keluarga mangsa MH17. Liow turut mengatakan bahawa tiada kata kata yang dapat menggambarkan perasaan kesedihan dan kesakitan yang dialami mereka.

Walaupun sudah 3 tahun telah berlalu, namun memori serta kenangan para penumpang dan krew di atas kapal akan sentiasa bersama kita semua.

Liow turut menambah bahawa kerajaan tetap komited bersama Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) untuk mencari keadilan dengan mendakwa pelaku yang bertanggungjawab terhadap tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Beliau mengalu-alukan keputusan bersama yang dicapai oleh JIT untuk pendakwaan nasional berlaku di Belanda sebagai proses yang berkesan untuk memastikan akauntabiliti mematuhi piawaian antarabangsa yang tertinggi.

Perkhidmatan Pendakwaan Orang Awam Belanda juga akan membuat keputusan yang perlu mengenai pendakwaan pada masa yang sesuai kerana siasatan jenayah masih dijalankan.Hal ini juga akan membuatkan Malaysia untuk lebih tegas untuk mencari keadilan dan memastikan pihak yang bertanggungjawab didakwa.

Penghargaan turut disuarakan Liow buat rakan-rakan di JIT yang telah bersama-sama Malaysia sejak hari pertama kejadian dan terus membantu sehingga kini. Tambah beliau, walaupun tidak dapat menanggung kesedihan yang melanda keluarga penumpang dan krew, tetapi mereka akan melakukan sehabis baik untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan.


Beliau juga mengingatkan agar rakyat Malaysia mengukuhkan solidariti dan perpaduan antara rakyat dalam ingatan kepada tragedi MH17 ini.

Dato'Seri Liow Tiong Lai, baru-baru ini berkesempatan menemui keluarga penumpang serta krew dalam satu sesi khas bagi memperingati ulang tahun ketiga tragedi ini. 

Akhir kata, beliau menyatakan harapan beliau agar keluarga dan orang tersayang kepada mangsa MH17 diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun tanpa orang tersayang dan rakyat Malaysia akan terus bersama mereka dalam masa-masa yang sukar ini.
MH17 Tahun Ke3, Dalam Kenangan. #MCA #MH17 Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 16 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!