Sunday, 30 July 2017

MCA Mula Mendapat Sokongan Pengundi Cina - Liow Tiong Lai #MCA

Segala usaha yang dilakukan oleh parti komponen Barisan Nasional, MCA mula menampakkan hasil bilamana kini MCA mula mendapat sokongan dari pengundi dari komuniti bangsa Cina yang sebelum ini tertipu oleh permainan politik kebencian yang ditunjangi DAP.


Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai optimis dan yakin dengan pertambahan sokongan komuniti Cina, semestinya lebih banyak kerusi kerusi akan dimenangi parti pimpinannya dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kita dapati pengundi Cina sudah kembali sokong kerajaan.Jadi, MCA akan teruskan kerja keras untuk buktikan apa yang dijanjikan dibuat terutamanya membabitkan komuniti Cina.

"Jadi saya yakin pengundi Cina akan kembali sokong MCA dan Barisan Nasional," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Young Malaysians Movement (YMM) hari ini.

Usaha usaha mendekati para belia Cina yang juga pengundi muda wajar terus dipergiatkan menerusi pelbagai program termasuk sesi dialog bersama beberapa pertubuhan belia Cina yang mana ini adalah satu usaha mengekang dakyah pembangkang yang suka mencipat persepsis buruk kerajaan pemerintah pada hari sedangkan negeri negeri yang didominasi pembangkang kini mencerminkan kegagalan mereka dalam urustadbir negeri dan rasuah yang menjadi jadi terutama di Pulau Pinang yang kini Ketua Menterinya dari DAP yang didakwa SPRM diatas kesalahan rasuah dan hanya mampu menangguh nangguh perbicaraan berkenaan pendakwaan rasuah tersebut
MCA Mula Mendapat Sokongan Pengundi Cina - Liow Tiong Lai #MCA Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 30 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!