Sunday, 9 July 2017

Mahathir Jilat DAP, Demi Tumbangkan UMNO #DAP

Digelar dengan Maha Firaun, Maha Zalim, Mr. Diktaktor dan Mr. U-turn. Namun segala gelaran itu tidak memberhentikan beliau untuk melakukan apa sahaja demi kuasa dan kepentingan peribadi. Asalkan apa yang beliau mahu tercapai.

Usia yang melebihi 90tahun, yang layak digelar moyang tidak menghalang Mahathir untuk meneruskan agenda walau terpaksa kelihatan terhegeh-hegeh mencari publisiti serta menjilat ludah sendiri semula.

Kini beliau kelihatan seperti cacing kepanasan apabila Kabinet memutuskan untuk membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kes kerugian Bank Negara dalam forex. RCI ini juga telah diperkanan oleh YDP Agong. Ini lagi menambah keresahan beliau kerana tidak ada pemimpin yang dapat membantu beliau lari dari kes jenayah ini.

Adakah Kit Siang penyelamat Mahathir? Pastinya bukan, kerana Kit Siang sendiri beriya-iya membawa isu ini di dalam Dewan Rakyat malah menulis buku mengenai isu ini. Hansard Parlimen pada ketika itu juga masih ada. Isu ini adalah isu nasional, isu yang sangat besar kerana ia melibatkan kehilangan wang rakyat yang bukan sedikit nilainya.

Oleh kerana tidak mempunyai tempat berpaut, Mahathir terpaksa akur dengan berpaut pada Anwar Ibrahim, Bekas Timbalan Perdana Menteri beliau pada satu ketika dulu. Orang yang Mahathir pernah buang malah diludahnya. Kekejaman Mahathir terhadap Anwar itu dapat dilihat bukan oleh Malaysia sahaja tapi bahkan seluruh dunia.

Masih segar lagi diingatan penyokong reformasi bagaimana Mahathir telah memecat Anwar disaat Anwar berada di puncak kariernya. Bagaimana zalimnya Mahathir mencampak Anwar di bawah tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Kini, akta ini telah dimansuhkan sejak Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Usaha terdesak Mahathir ini telah disedari oleh pelbagai pihak malah Datuk Seri Najib turut menyatakan bahawa Mahathir hanya memperjuangkan kepentingan peribadinya. Dan agenda utama beliau adalah untuk menaikkan anaknya Mukhriz (boboi) sebagai Perdana Menteri.

Selain itu, Datuk Seri turut mengutuk tindakan Mahathir yang tiada prinsip dan sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan misi dan agendanya tercapai termasuk bekerjasama dengan manusia yang beliau zalimi iaitu Anwar. Malah lebih jijik lagi tindakan Mahathir ini apabila beliau turut mengundang campur tangan asing ke dalam Malaysia.


Mahathir sedang melakukan segala usaha untuk memastikan kedudukan beliau dan Mukhriz, kerana partinya PPBM makin lemah malah seolah-olah sedang menjunam seperti tunggu masa untuk jatuh berkecai.

Sikap diktator masih wujud lagi dalam Mahathir apabila beliau dengan lagaknya cuba menjadi boss dalam Pakatan Harapan sedangkan PPBM hanya mempunyai 1 kerusi di dalam PH jika dibandingkan dengan parti lain seperti PKR dan DAP.

Jika dulu, Mahathir boleh gunakan pengaruh dan kuasa untuk mendesak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan kerana tidak mempromosi Mukhriz dalam kerusi tertinggi UMNO, walaupun umum tahu pemilihan UMNO adalah melalui prinsip demokrasi. Itu dulu, tetapi kini beliau tidak punya kuasa dan pengaruh.


Tidak kira apa yang Mahathir sedang usahakan, biarlah beliau dengan U-turn dan diktatornya. Asalkan rakyat Malaysia buka mata dan hati untuk melihat taktik kotornya dan sedar apa yang beliau lakukan hanyalah untuk diri dan keluarganya. Bukan untuk rakyat.

Sebagai rakyat Malaysia, bersama-samalah menyokong kepimpinan hari ini dibawah Datuk Seri Najib Razak. Kerana apa yang beliau sedang lakukan adalah demi kebaikan dan kebajikan rakyat. Malah beliau sedang meniti untuk mengotakan satu persatu janji-janji. Kerana janji beliau adalah janji ditepati. Bukan seperti pembangkang yang hanya menanam tebu di bibir, menabur janji -janji manis pada rakyat tetapi satu pun tidak dilaksanakan.


Mahathir Jilat DAP, Demi Tumbangkan UMNO #DAP Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 9 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!