Saturday, 15 July 2017

Logo "HIDUNG MAHATHIR" Jadi Sindiran Netizen #DAP

Hidung Pengerusi Struktur Utama Logo Harapan

Pakatan Harapan - gabungan parti pembangkang dalam Malaysia telah pun menyiarkan sturktur serta logo mereka baru-baru ini setelah mengadakan persidangan antara mereka.


Sebelum keputusan dibuat, Rafizi Ramli iaitu Naib Presiden PKR telah pun membuat satu proses undian untuk memilih logo Pakatan Harapan.Namun, logo yang telah dipilih ini telah dikecam oleh netizen kerana rata-rata mereka berpendapat logo tersebut saling tak tumpah dengan hidung milik Pengerusi Pakatan tersebut,Mahathir.

Terdahulu, sebelum penglibatan Mahathir dalam pembangkang, pihak pembangkang sedia ada sering membuat troll terhadap hidung Mahathir. Kalau di 'google' pasti anda akan menjumpai beberapa kartun yang dilukis oleh kartunis pembangkang yang mengejek hidung Mahathir.




Apakah mereka masih meneruskan agenda untuk troll Mahathir walaupun kini dalam barisan yang sama??

Selain itu, pihak mereka ini juga dikatakan telah menciplak idea dan logo parti politik di Singapura, Singapore Democratic Party. Mereka kekurangan idea dan kreativiti sehingga terdesak menggunakan logo lain. Atau sebenarnya SDP ada bagi fund pada mereka?? Ke DAP ada yang suruh tiru?? 

UPDATE : Yang terkini, pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) dikatakan telah menolak logo Harapan mereka kerana tidak mempunyai perkataan Pakatan dalam logo tersebut sedangkan nama yang didaftarkan pada ROS ialah "Pakatan Harapan".

Makin pening lah mereka nak cari idea untuk membetulkan logo tersebut. Mana lagi nak selit hidung Mahathir tu.
Logo "HIDUNG MAHATHIR" Jadi Sindiran Netizen #DAP Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 15 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!