Tuesday, 18 July 2017

Komitmen Kerajaaan, MRT-SBK Sebagai Bukti #JomNaikMRT #MOT

Kerajaan sedia ada dibawah parti Barisan Nasional ini telah menzahirkan komitmen dalam memacu kemajuan sistem pengangkutan awam darat apabila berjaya melancarkan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh - Kajang (SBK) baru-baru ini. Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bahawa pelancaran MRT-SBK ini merupakan penanda aras kepada usaha kerajaan yang konsisten dalam meningkatkan dan memperbaiki rangkaian pengangkutan awam bandar terutama di Lembah Klang.


Peranan yang dimainkan oleh Datuk Seri Liow Tiong Lai amatlat penting kerana sebagai Menteri Pengangkutan, beliau bertanggungjawab memastikan sistem pengangkutan awam negara berada pada tahap mampan dari segi "networking" mahupun "realibility" untuk kegunaan rakyat.

Tambahan lain, MCA patut berbangga malah meraikan kejayaan MRT ini kerana, Presiden parti mereka iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai merupakan salah seorang penyelia yang memastikan MRT ini siap dalam masa yang cepat dengan kos yang lebih murah dari yang dianggarkan. MRT ini juga bukti kerajaan peka, bertanggungjawab dan responsif terhadap permintaan rakyat bagi mengurangkan beban mereka.

MRT Lembah Klang (KVMRT) yang dilancarkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri bersama-sama barisan kabinet kerajaan merupakan satu bukti yang kukuh dimana ia menunjukkan kerajaan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak amat prihatin terhadap kebajikan rakyat terutamanya dalam isu pengangkutan sejak era pemodenan lagi. Hal ini kerana, pada zaman Tun Mahathir, liputan sistem pengangkutan amatlah mengecewakan kerana ia tidak efisien, tidak meluas malah sering rosak dan tidak inklusif.

Datuk Seri Najib Razak boleh diangkat sebagai Bapa Pengangkutan Awam tetapi harus juga diingati bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai juga memainkan peranan yang sangat penting dalam pelan membawa pengangkutan awam Malaysia ke tahap yang lebih baik melalui Program Transformasi Pengangkutan Awam Negara. Program ini pastinya akan mengangkat Malaysia ke aras yang lebih tinggi dan mampu bersaing dengan negara-negara moden lain di seluruh dunia.

Akhir sekali, diharap Datuk Seri Liow Tiong Lain dan kepimpinan MOT yang lain dapat berganding bahu dan terus berusaha memberikan idea-idea yang baik bagi memartabatkan pengangkutan awam Malaysia.Implikasi daripada apa yang dilaksanakan ini akan memberi keuntungan pada rakyat juga. Tidak seperti pembangkang yang hanya menanam tebu di tepi bibir.
Komitmen Kerajaaan, MRT-SBK Sebagai Bukti #JomNaikMRT #MOT Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 18 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!