Monday, 3 July 2017

Dekati Masalah Kaum Cina Melalui Bancian Sikap #MCA

MCA akan memulakan gerak kerja bancian sikap di peringkat akar umbi bagi mendekati dan mengetahui permasalahan yang berlaku di dalam kaum Cina seluruh negara. Tambahan lain, segala permasalahan itu akan diberi perhatian dan dibawa ke peringkat pihak Kerajaan Pusat.

Datuk Heng Seai Kie

Datuk Heng Seai Kie, Ketua Wanita MCA memaklumkan bahawa selepas MCA mengadakan latihan Jentera Jalinan Rakyat Plus (JR Plus), pihak mereka akan melaksanakan bancian sikap tersebut secepat yang mungkin. Bancian sikap ini akan bersifat lebih menyeluruh serta mendapatkan maklum balas mengenai idea dan pendapat untuk menyelesaikan setiap masalah kaum itu.

Pihak mereka akan menjalankan bancian dari rumah ke rumah bagi memastikan setiap masalah dapat didengari. Heng turut menyatakan bahawa bancian sikap ini akan melibatkan semua peringkat negeri termasuk Wanita dan Pemuda MCA sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). 

Pada Sabtu yang lepas, Heng telah memberi taklimat dalam latihan JR Plus bagi MCA Kedah dan Perlis, beliau juga turut menyatakan bahawa pihak MCA akan mendapatkan maklumat yang jitu dan tepat apabila bancian ini dilaksanakan. Hal ini kerana, pihak mereka akan berpeluang untuk berdepan dengan rakyat secara langsung.

Tambahan beliau, segala pendapat yang dikumpul itu akan dilaporkan kepada Kerajaan Pusat supaya dapat dijadikan sebagai bahan untuk draf persediaan bajet yang akan datang.

Selain itu, tindakan susulan akan dilaksanakan hasil daripada bancian tersebut bagi membantu rakyat dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang. Oleh itu, bancian ini akan lebih bersikap holistik.

Mana-mana Badan Bukan Kerajaan yang mahu memberi sokongan dan kerjasama dengan MCA untuk melaksanakan bancian ini dan membantu rakyat yang memerlukan amatlah dialu-alukan oleh Heng.
Dekati Masalah Kaum Cina Melalui Bancian Sikap #MCA Daeng Selili Rating: 5 Monday, 3 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!