Thursday, 6 July 2017

Butang Panik #SOS EzCab sahut saranan SPAD #SPAD

Kepesatan pengangkutan awam kini menjadi lebih efisien dan selamat apabila SPAD telah membuat sebaran media dengan mengeluarkan arahan untuk penyedia perkhidmatan E-hailing seperti UBER dan GRAB untuk menyediakan butang panik SOS pada aplikasi perkhidmatan mereka pada 13 Jun yang lepas.


Hal ini kerana, perkhidmatan teksi langgan secara online ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Oleh itu, SPAD merasa bertanggungjawab bagi memastikan penyedia perkhidmatan ini perlu menjamin keselamatan pelanggan yang melanggannya. 

Pelanggan yang sering menggunakan perkhidmatan ini disarankan untuk memuat turun aplikasi keselamatan butang SOS ini. Pelanggan hanya perlu menekan butang tersebut dengan kadar segara untuk meminta bantuan. Trigger kecemasan tersebut akan dapat kepada pusat operasi pasukan bantuan yang akan menyahut "distress call" tersebut.

Bantuan keselamatan ini beroperasi 24 jam. 

Mengikut maklumat yang diperolehi, sebanyak 10,000 pengguna telah memuat turun aplikasi ini. Selain itu, seramai 2,000 pemandu e-hailing dianggarkan memberi perkhidmatan di sekitar Lembah Klang. 

Penyedia perkhidmatan e-hailing yang terawal menyahut saranan SPAD ini ialah EzCab. Respond pantas oleh EzCab ini kerana mula wujudnya isu-isu mengenai keselamatan pelanggan e-hailing kebelakangan ini.

SPAD juga bersetuju untuk mengetatkan pemilihan pemandu perkhidmatan e-hailing serta mengarahkan penyedia perkhidmatan untuk mewujudkan profiling pemandu. Ini hanya bertujuan sebagai rekod mengenal pasti pemandu yang berisiko tinggi.


Butang Panik #SOS EzCab sahut saranan SPAD #SPAD Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 6 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!