Friday, 28 July 2017

Agenda Mahathir Untuk Kepentingan Peribadi - Tan Sri Annuar Musa #DAP #PKR #PPBM

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata kenyataan itu jelas menunjukkan PKR masih berjaga jaga dengan mantan perdana menteri itu walau pada secara zahirnya menerima Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan.


Wan Azizah mengeluarkan kenyataan untuk mewujudkan satu suruhanjaya siasatan bebas bagi menyiasat skandal yang menghantui mantan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad jelas mencerminkan pendirian sebenar presiden parti PKR itu masih tidak mampu menyelindungi perasaan sebenar beliau terhadap kezaliman yang ditakrifkan kepada mantan perdana menteri itu.

"Ada perumpaan Melayu mengatakan pelanduk mungkin lupa jerat tapi jerat tidak pernah lupa pada pelanduk. Di sini jerat itu PKR dan pelanduk itu Dr Mahathir," kata Tan Sri Annuar Musa dalam satu siding akhbar baru baru ini.

Cadangan untuk menyiasat skandal Mahathir ini dilontarkan oleh aktivis reformasi (penyokong tegar Anwar Ibrahim) yang kuatir terhadap pelbagai tuduhan kepada mantan yang berkuasa selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia diambang PRU14 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"Gabungan yang mempunyai agenda sendiri ini amat bahaya jika diberi mandat kerana meletakkan agenda lain lebih besar daripada agenda nasional berbeza dengan UMNO (dan Barisan Nasional) yang kekal dengan perjuangan pro-rakyat dan sentiasa cuba menangani permasalahan rakyat dalam pelbagai bentuk bantuan" katanya.

Wan Azizah dan para barisan pembangkang sendiri tidak dapat memberi kata putus dan hanya berdolak dalih kononnya semua akan diputuskan selepas mendapat tahu keputusan PRU14 kelak. Sekiranya Pakatan Harapan berkuasa Mahathir tetap dikekalkan dalam barisan kepimpinan gabungan tersebut meskipun para penyokong PKR yang membawa suara Anwar Ibrahim secara total menolak penglibatan Mahathir dalam gabungan itu.

“Dr Mahathir ke dalam pakatan pembangkang hanyalah untuk kepentingan peribadi dalam usaha menguasai politik negara..” tambahnya lagi.
Agenda Mahathir Untuk Kepentingan Peribadi - Tan Sri Annuar Musa #DAP #PKR #PPBM Daeng Selili Rating: 5 Friday, 28 July 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!