Thursday, 22 June 2017

TITP Inisiatif #SPAD Bantu Pemandu Teksi

Suruhanjaya Pengangkutan awam Darat (SPAD) telah merangka satu program yang memberi pembaharuan serta mewujudkan persekitaran yang adil bagi pemandu, pengendali dan pengguna yang dikenali sebagai Program Transformasi Industri Teksi (TITP).

TITP akan menjadi satu medium bagi mengembangkan industri teksi Malaysia sekaligus menjadi lebih mampan serta mampu memberi respon kepada kuasa pasaran. Dengan ada nya program ini juga, industri pengangkutan awam darat akan melahirkan golongan pemandu teksi yang berdaya saing.

Kebajikan dan pendapatan pemandu teksi dapat ditingkatkan melalui kewujudan medan persaingan yang adil dan saksama. Hal ini kerana, kesan daripada pelaksanaan TITP, pihak yang berkelayakan akan mendapat manfaat penggunaan teknologi, galakan persaingan serta daya saing.

Tambahan lain, mutu perkhidmatan pemandu akan menjangkau tahap terbaik dengan TITP dan mampu membantu pemandu keluar dari pajakan yang membelenggu pemandu apabila hasil pendapatan selama ini harus dikongsi bersama pihak pertama.

Seramai 300 orang pemandu teksi telah menerima Surat Tawaran Kelulusan Bagi Permit Teksi Individu daripada pihak SPAD. Bagi membantu pemandu yang layak untuk memiliki kereta baru,geran sebanyak RM5000 juga turut disediakan.

SPAD merupakan medium dan badan pelaksana bagi insiatif pihak kerajaan untuk menaiktarafkan industri di bawah Program Transformasi Industri Teksi melalui pelaksanaan TITP. Lantaran itu, kerajaan memberi mandat kepada pihak SPAD untuk memperkemaskan dan mengawal selia industri teksi melalui pengeluaran Kad Pemandu yang tunggal. 



300 orang penerima surat tawaran kelulusan Permit Teksi Individu ini merupakan penerima sesi kedua dimana 43 orang daripadanya telah dipilih sebagai penerima geran bantuan kerajaan bernilai RM5000 untuk memiliki kereta baru dan mereka dipilih berdasarkan kelayakan.

Penerima sesi kedua ini telah melalui proses saringan yang ketat oleh SPAD dengan kerjasama pihak Polis dan JPJ bagi menepati syarat kelayakan pelesenan SPAD berbanding penerima sesi pertama.

300 penerima lesen individu ini berasal daripada Lembah Klang dan Negeri Sembilan (59%), Pulau Pinang dan Langkawi (24%) dan Melaka dan Johor Bahru (17%). Seramai 157 orang merupakan pemandu teksi dan selebihnya sebanyak 143 merupakan pemandu kereta sewa.

Sebagaimana yang telah dijanjikan oleh YAB Perdana Menteri di dalam pembentangan Bajet 2017, kerajaan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM150juta dan kini di dalam proses pengagihan untuk meringankan bebanan pajakan bagi pemandu teksi yang tidak mempunyai kenderaan serta permit sendiri.

YB Dato' Sri Hajah Nancy turut menyatakan bahawa kerajaan sedang melakukan pelbagai usaha dalam memastikan rakyat mendapat pembelaan yang sepatutnya. Melalui pemberian lesen teksi individu ini, golongan sasar yang terlibat dalam sistem pengangkutan awam darat dapat diberi perhatian.

Isu serta rungutan pemandu dapat diselesaikan dan mutu pengangkutan awam darat terutama perkhidmatan teksi juga dapat ditingkatkan sekaligus membuka jalan melalui inisiatif progresif kerajaan dan SPAD.

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" bukan hanyalah slogan kosong yang dilontarkan demi menarik undi tetapi ia telah dilaksanakan tanpa diskriminasi. Kerajaan telah membuktikan, segala pelaksanaannya adalah adil dan saksama. Pastinya rakyat semakin menyayangi kerajaan semasa ini.
TITP Inisiatif #SPAD Bantu Pemandu Teksi Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 22 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!