Friday, 30 June 2017

Teruskan Amalan Kunjung Mengunjung - Liow #MCA #TerimaKasih #Raya2017

Malaysia yang dikenali dengan rakyat yang pelbagai kaum serta berbeza agama tetapi hidup bersama secara aman dan harmoni di dalam sebuah negara. Namun semua ini dicapai hasil dari sokongan dari seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia sangat beruntung kerana negara ini meraikan pelbagai sambutan hari perayaan dan dapat menyambutnya bersama-sama tanpa mengira ras serta agama.

Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan telah menyatakan bahawa musim perayaan adalah melambangkan keharmonian, kebahagiaan dan kesucian di dalam perutusan sambutan Aidilfitri beliau.



Tanpa mengira bangsa dan agama, rakyat Malaysia yang berbilang kaum bersatu di atas talian persaudaraan yang utuh, ini juga turut dinyatakan oleh Liow.

Kata-kata Liow ini turut disokong lagi apabila rakyat Malaysia yang berbilang kaum akan bersama-sama meraikan hari kebesaran tanpa memikirkan perbezaan fahaman mahupun budaya. Keamanan dan keharmoninan adalah kunci utama buat sesebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum.

Sebagai Presiden MCA, parti komponen di dalam Barisan Nasional, Liow turut menzahirkan bahawa MCA akan terus menyokong segala usaha progresif dan kesederhanaan demi mencipta sebuah Malaysia yang cemerlang.

Di dalam perutusan tersebut juga, beliau turut menyeru agar rakyat negara ini dapat hidup dalam keamanan dan kemuafakatan dengan bersama berusaha merapatkan hubungan serta menjalinkan kemesraan sesama rakyat. Selain itu, beliau berharap agar ikatan yang terjalin ini dapat dirasai sehingga ke generasi akan datang.

Liow seorang pemimpin parti yang mewakili majoriti kaum Cina turut menyeru agar budaya kunjung mengunjung sentiasa diteruskan dengan menolak tepi fahaman politik masing-masing.

Datuk Seri juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin serta mengingatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati di dalam perjalanan menuju ke destinasi masing-masing terutama di musim perayaan ini.

Akhir kata, beliau beharap agar syawal tahun ini membawa berkat kepada semua.

Teruskan Amalan Kunjung Mengunjung - Liow #MCA #TerimaKasih #Raya2017 Daeng Selili Rating: 5 Friday, 30 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!