Sunday, 18 June 2017

#SPAD Pertingkat Pengawasan Keselamatan Di Musim Perayaan

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2017 yang bakal tiba, aktiviti penguatkuasaan akan ditingkatkan oleh pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) disaat rakyat Malaysia memulakan perjalanan balik ke kampung halaman masing-masing.


SPAD dengan kerjasama PDRM, JPJ, JKJR serta Penguatkuasa Lebuhraya telah memulakan aktiviti penguatkuasaan bermula 12 Jun 2017 sehingga 2 Julai 2017 yang mengambil masa selama 21 hari. Tambahan lain, daripada 22 Jun sehingga 27 Jun dan 30 Jun sehingga 2 Julai, operasi 24 jam juga akan dilaksanakan dimana pihak SPAD menjangkakan pergerakan pengangkutan awam berada di tahap tertinggi.



Bagi menangani isu isu yang melibatkan pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang atau peraturan lebih-lebih lagi di musim perayaan ini, pihak SPAD dengan kerjasama polis dan penguatkuasa lebuhraya akan menjalankan aktiviti-aktiviti seperti audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran, rondaan di lokasi berisiko tinggi, perangkap kelajuan serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuhraya.

Implikasi daripada kerjasama yang dijalankan ini, SPAD berjaya menurunkan jumlah aduan daripada penumpang bas pada Tahun Baru Cina 2017 sebanyak 19 aduan iaitu daripada 70 aduan pada tahun 2016 kepada 41 aduan. Tahun Baru Cina 2017 juga merekodkan penurunan kesalahan iaitu hanya 127 kesalahan berbanding 2016, 248 kesalahan dan 2015, 223 kesalahan. Selain itu, hanya satu kemalangan sahaja direkodkan dan ia melibatkan kecederaan ringan.

Kaunter-kaunter tiket serta dokumen di terminal-terminal bas juga telah mula diperiksa oleh pihak penguatkuasa SPAD. Pematuhan Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) juga telah ditekankan di dalam pekeliling yang dikeluarkan suruhanjaya tersebut kepada pengendali bas ekspres supaya sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya yang lain. 


Tindakan undang-undang yang sepenuhnya boleh dikenakan terhadap pengendali yang didapati cuai dalam pengurusan operasi oleh suruhanjaya. Aspek yang dirangkumi ialah keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan kenderaan. Lesen pengendali bas juga boleh digantung atau dibatalkan mengikut keseriusan kesalahan yang dikenakan. SPAD juga boleh menggantung keseluruhan kumpulan kenderaan milik syarikat bertanggungjawab sementara audit keselamatan dijalankan jika ia melibatkan kes-kes berat.

Pihak SPAD boleh dihubungi oleh orang ramai melalui hotline 24 jam di talian 1-800-88-SPAD (7723), juga boleh di emel ke aduan@spad.gov.my atau tweet ke @aduanSPAD jika terdapat sebarang laporan mengenai pelanggaran undang-undang atau peraturan oleh pengendali.


KENYATAAN MEDIA SPAD 

MENGINGATKAN PENGENDALI PENGANGKUTAN AWAM DARAT SUPAYA MEMATUHI UNDANG-UNDANG SEMASA MUSIM PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI 2017 16 JUN 2017, 

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan ketika rakyat Malaysia memulakan perjalanan balik kampung bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017. 

Sebagai langkah proaktif, Suruhanjaya telah mula menjalankan aktiviti penguatkuasaan secara intensif selama 21-hari bersama PDRM, JPJ, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya bermula daripada 12 Jun 2017 dan ini akan berlangsung sehingga 2 Julai 2017. Ini termasuk operasi sepanjang 24-jam daripada 22 Jun sehingga 27 Jun dan 30 Jun sehingga 2 Julai semasa pergerakan pengangkutan awam dijangkakan berada di tahap tertinggi. 

Di antara aktiviti-aktiviti yang turut dilaksanakan dengan kerjasama polis dan penguatkuasa lebuhraya bagi menangani isu pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang atau peraturan adalah termasuk: audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran, rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap kelajuan serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuhraya. 

Melalui tindakan bersepadu seperti ini, pada musim sambutan Tahun Baru Cina 2017, SPAD mencatat penurunan di dalam jumlah aduan daripada penumpang bas ekspres, iaitu 41 aduan berbanding dengan 70 aduan pada musim perayaan tahun 2016. Pada Tahun Baru Cina 2017 juga, hanya 127 kesalahan sahaja direkodkan berbanding 248 bagi tahun 2016 dan 233 pada tahun 2015. Pada musim perayaan itu, hanya satu kes kemalangan yang melibatkan kecederaan ringan direkodkan. 

Pasukan penguatkuasaan SPAD juga telah memulakan pemeriksaan kaunter-kaunter tiket dan dokumen di terminal-terminal bas. Suruhanjaya juga telah mengeluarkan pekeliling untuk mengingatkan pengendali bas ekspres di seluruh negara agar sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang dan pengguna jalan raya melalui penekanan terhadap pematuhan Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) serta peraturan keselamatan pada setiap masa. Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang yang sepenuhnya terhadap pengendali yang didapati cuai dalam pengurusan operasi. Ini merangkumi aspek keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan kenderaan. Bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan, lesen pengendali syarikat bas boleh digantung atau dibatalkan. 

Di dalam kes-kes berat pula, keseluruhan kumpulan kenderaan milik syarikat bertanggungjawab boleh digantung sementara menunggu audit keselamatan dijalankan. 

Orang ramai juga dapat memainkan peranan mereka dengan membuat laporan kepada SPAD sekiranya terdapat sebarang pelanggaran undang-undang atau peraturan oleh pengendali melalui hotline 24-jam SPAD di 1-800-88-SPAD (7723), menerusi emel kepada aduan@spad.gov.my atau melalui Twitter kepada @aduanSPAD. 
#SPAD Pertingkat Pengawasan Keselamatan Di Musim Perayaan Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 18 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!