Thursday, 15 June 2017

#SPAD Pantas Bertindak Susulan Kemalangan Di Jempol


Tindakkan SPAD menggantung lesen Pengendali Golden Horse Plantations Sdn. Bhd. berserta semua kenderaan dibawah kendaliannya adalah satu tindakkan yang sewajarnya ini kerana pengendali tersebut adalah suspek utama yang menyebabkan  kemalangan di Jalan Bahau-Keratong yang mengorbankan 8 nyawa.

Treler yang terlibat didalam kemalangan tersebut dilaporkan dipandu secara cuai gara gara berpunca dari kegagalan pemandu jentera tersebut gagal untuk memotong sebuah motosikal.

Penggantungan lesen pengendali syarikat tersebut oleh SPAD adalah satu tindakan yang tepat kerana ini memberikan laluan kepada SPAD untuk menjalankan siasatan audit pematuhan berdasarkan Kod Amalan Keselamatan Industri (SPAD ICOP). Siasatan ini juga turut dibantu oleh pihak PDRM.

Pihak kami berharap siasatan yang akan dijalankan ini dapat memastikan semua pemandu treler dibawah syarikat Golden Horse Plantations Sdn. Bhd.ini dalam keadaan baik dan mengurangkan pemandu-pemandu yang cuai dan membahayakan. Dan mungkin juga memberi peringatan kepada pemilik syarikat Golden Horse Plantation Sdn. Bhd. serta syarikat lain supaya tidak mengambil mudah mengenai isu pemandu treler ini.




SPAD dibawah kepimpinan Tan Sri Syed Hamid Albar telah dilihat sebagai satu agensi yang sangat efisien dan cekap.Tambahan lain, tindakan SPAD ini pasti dapat menutup mulut pihak luar yang suka memanipulasi rakyat dengan mengatakan agensi kerajaan sebagai agensi yang tidak berguna atau tidak berfungsi.

Apa-apa pun, kita harapkan yang terbaik dan jangan buat spekulasi sendiri. Biarkan pihak PDRM dan SPAD jalankan siasatan.
#SPAD Pantas Bertindak Susulan Kemalangan Di Jempol Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 15 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!