Tuesday, 20 June 2017

#SPAD Beri Bantuan Kepada 170 Pengendali Bas Henti Henti Seluruh Negara

Perkhidmatan bas henti henti (yang dulu terkenal sebagai perkhidmatan bas mini) yang kini mengalami kekurangan pengguna seperti yang ramai sedia maklum antaranya adalah dari persaingan penyedia perkhidmatan pengangkutan awam darat yang lain seperti perkhidmat atas talian seperti GRAB/UBER dan sistem transit aliran ringan (LRT) yang kian berkembang malah mendapat tempat dihari pengguna saban hari tidak kira daripada apa jua lapisan umur. 

Rupa 'Bas Mini' pada zaman sekitar 80-90an
Beberapa faktor lain yang turut menyumbang kepada kekurangan ‘minat’ pengguna perkhidmatan ini ianya termasuk dari segi kecepatan masa menunggu, tempoh perjalanan dan laluan bas bas tersebut yang terbatas juga memberi impak negatif kepada industri ini. 

lantaran dari keluhan penyedia perkhidmatan bas henti-henti ini, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) telah memperkenalkan Dana Sokongan Sementara Bas Berhenti-Henti (ISBSF) bagi menampung kerugian yang dialami oleh para penyedia perkhidmatan bas henti-henti di seluruh negara dan ianya telah diberikan kepada 170 para pengendali perkhidmatan ini sejak Disember 2016. 



Perkhidmatan bas ini melibatkan kira-kira 630 buah laluan di mana ianya memberi manfaat kepada kepada kira-kira 417.8 juta penumpang.

Walaubagaimanapun bantuan ini adalah langkah dalam memastikan perkhidmatan ini tidak gulung tikar didalam usaha mencari jalan penyelesaian kepada kemerosotan pengguna perkhidmatan ini.

Tidak adil kiranya admin hanya memberi contoh kepada survival para penyedia perkhidmatan ini di bandaraya Kuala Lumpur ini sahaja kerana perkhidmatan ini beroperasi diseluruh negara dan ada tempat tempatnya seperti dikampung kampung perkhidmatan ini masih lagi releven dan pengguna hariannya jauh lebih baik daripada kawasan bandar. Hal ini adalah dari pengalaman admin sendiri yang melihat perkhidmatan ini dimanfaatkan sepenuhnya kawasan kampung contohnya laluan dari kawasan kampung ke Kota Bahru, Kelatan.

Dikawasan pendalaman khususnya tidak ada perkhidmatan teksi dan UBER/GRAB apatahlagi LRT. Dan perkhidmatan bas henti henti adalah pilihan terbaik kepada para pengguna dikawasan tersebut untuk bergerak kesatu satu tempat dengan selamat dan berbaloi. 

Admin yakin pihak SPAD sedia maklum akan perkara ini kerana sejak penubuhan SPAD ini perkhidmatan awam darat di Malaysia sentiasa ditambah baik dan dibuat tindakkan yang sepatutnya demi melaksanakan inspirasi YB Perdana Menteri yang mahu mentransformasi pengangkutan awam darat negara ini.
#SPAD Beri Bantuan Kepada 170 Pengendali Bas Henti Henti Seluruh Negara Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 20 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!