Tuesday, 13 June 2017

#SPAD Ambil Langkah Perkenal Butang S.O.S #GRAB #UBER

Semua perkhidmatan teksi di negara ini disaran menggunakan teknologi perkhidmatan e-hailing (e-panggilan) seperti Uber dan Grabcar. Ini adalah inisiatif menerusi Program Transformasi Industri Teksi (TITP) yang diumumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar pada Ogos 2016 tahun lepas. 

Tidak dinafikan servis E-hailing seperti Grab dan UBER mendapat tempat dihati para pengguna perkhidmatan ini disamping memanfaatkan teknologi telefon pintar yang dimiliki rata rata rakyat Malaysia hari ini. 

Pengguna yang menggunakan perkhimatan ini secara tidak langsung menyumbang kepada jumlah pendapatan para pemandu servis ini dan secara amnya ia mengurangkan kesesakan jalan raya di ibu kota terutama pada cuti hujung minggu. 

Baru baru ini Malaysia digemparkan beberapa insiden yang melibatkan pemandu servis ini, walaubagaimanapun tahniah kepada pihak berkuasa yang dapat menyelesaikan kes kes tersebut tanpa berlengah lagi. 

Masalah sikap dan etika para pemandu ataupun pengguna servis ini adalah perkara yang tidak dapat dijangka. Meskipun begitu ia tidak bermakna para mereka tidak terikat dengan undang undang yang digariskan oleh pihak berkuasa negara ini. 

Lantaran daripada masalah ini. Semua pengendali e-hailing di wajibkan menyerahkan butiran serta maklumat keperibadian kepada SPAD untuk bagi melaksanakan kerja saringan.sebelum 16 Jun 2017.Ini adalah langkah pencegahan agar pihaknya dapat mengenal pasti setiap pemandu servis ini. 

SPAD juga telah mengarah pengendali E-hailing memasang aplikasi ‘Butang Panik” atau butang ‘SOS’ bagi keselamatan penumpang . Ini bersesuaian dengan kod keselamatan penumpang sekiranya terasa tidak selamat ketika menggunakan servis ini. 



Boleh baca sebaran media berkenaan tindakan SPAD terhadap pengendali servis E-hailing di bawah ini :-

Selasa, 13 Jun 2017

KENYATAAN MEDIA
SPAD AKAN MENGETATKAN PROSES SARINGAN PEMANDU E-HAILING DAN MENGARAHKAN PENGENDALI E-HAILING UNTUK MEMPERCEPATKAN PENGENALAN BUTANG S.O.S. 

Jun 13, 2017 – Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada hari ini telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi membincangkan langkah-langkah permasalahan keselamatan yang serius, berikutan penahanan seorang pemandu yang didakwa telah merogol seorang penumpang wanita. 

Demi keselamatan penumpang, beberapa langkah akan diwajibkan ke atas pengendali e-hailing sebelum berlangsungnya pembacaan kedua bagi pindaan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (APAD) di Parliamen pada bulan Julai nanti. Langkah-langkah tersebut adalah: 
  1. Bermula pada 16 Jun, pengendali e-hailing diwajibkan mengemukakan rekod-rekod pemandu kepada SPAD. Ini adalah untuk membolehkan Suruhanjaya melaksanakan saringan latar belakang yang lebih ketat dengan usaha sama agensi-agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan JPJ.
  2. Bagi meningkatkan keselamatan penumpang, Suruhanjaya juga telah mengarahkan pengendali e-hailing untuk mempercepatkan pelaksanaan butang panik atau S.O.S. pada aplikasi mereka di dalam jangka masa terdekat. ‘Butang panik’ ini akan menyediakan satu ciri keselamatan kepada penumpang yang akan memberikan makluman kepada polis apabila terdapat kecemasan.
  3. Sebagai satu polisi mitigasi risiko yang proaktif, SPAD telah menggesa pengendali e-hailing untuk menggunakan proses yang lebih menyeluruh bagi mengenal pasti profil pemandu. Ini akan membolehkan mereka mengenal pasti dan menghalang pemandu yang berisiko tinggi.
  4. Pengendali e-hailing juga diwajibkan untuk menyerahkan data bulanan mengenai pemandu-pemandu yang telah dikenal pasti atas kesalahan trafik, tingkah laku dan perkhidmatan. Ini membolehkan Suruhanjaya menyenarai hitam pemandu tersebut dan menghalang mereka daripada bermigrasi kepada perkhidmatan e-hailing yang lain.
  5. Pengendali, e-hailing juga dikehendaki menyerahkan data bulanan ‘rating’ pemandu kepada Suruhanjaya untuk menangani secara proaktif isu-isu pengurusan pemandu.
Setelah peraturan kawal seliaan e-hailing diluluskan oleh Parlimen, pengendali e-hailing diwajibkan untuk mengamalkan tahap keselematan dan perkhidmatan yang tertinggi. Suruhanjaya tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan terhadap pengendali dan pemandu e-hailing yang didapati melanggar undang-undang, serta menyita kenderaan pemandu e-hailing yang terlibat.

[TAMAT]
#SPAD Ambil Langkah Perkenal Butang S.O.S #GRAB #UBER Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 13 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!