Friday, 9 June 2017

Raja Ahmad Zainuddin Meninggal Dunia

Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh pada pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir sekitar 8.45 pagi setelah dimasukkan ke unit kecemasan hospital pada petang semalam.

Allahyarham yang pernah menjawat sebagai wartawan di Berita Harian sejak tahun 2002 difahamkan diserang demam berterusan dan dimasukkam sebelum mengalami sakit perut berpanjangan di wad unit penjagaan rapi (ICU).

Raja Ahmad Zainuddin juga dipercayai tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke dalam wad sehingga disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Jenazah akan dibawa ke rumah arwah di Ampang dan disembahyangkan di surau Ampang dan disemadikan di tanah perkuburan Jalan Bendahara.

Arwah, juga pernah berkecimpung dalam dunia politik secara aktif dan menyandang posisi Ahli Parlimen Larut sejak tahun 1999 hingga 2008. - SUMBER





APABILA MENDENGAR BERITA KEMATIAN

Cara yang BETUL dan sebaik-baiknya apabila mendengar kematian seseorang adalah :-
1. Menyebut lafaz Istirja' iaitu ( إنا لله وإنا إليه راجعون) 
2. Terus mendoakan dengan doa secara lafaz atau menulisnya. Antara doa ringkas ini ( اللهم اغفرله وارحمه و عافه واعف عنه) atau apa-apa doa dalam bahasa yang lain yang difahami.

Ini disepakati Ulama akan sampai faedahnya kepada al-marhum @ si mati.

Sekadar menulis atau menyebut "Al-Fatihah" adalah KURANG TEPAT kerana SEKADAR menulis 'Al-Fatihah' tanpa MEMBACA lengkap surah Al-fatihah TIDAK memberi apa-apa faedah buat si mati.

Bahkan, jika telah membaca Al-fatihah lengkap lalu dihadiahkan pahalanya kepada si mati, itu juga diperdebatkan di kalangan ulama mazhab. (baca lanjut di sini http://zaharuddin.net/…/184-sedeqah-pahala-amalan-kepada-si…)

**Justeru, bagi benar-benar pastikan kita memberikan faedah kepada AL-Marhum. Buatlah ketiga-tiga dengan betul. Ucapan Istirja', Doa dan Baca Al-Fatihah Dengan Penuh, BUKAN sekadar tulis Al-Fatihah di dinding facebook atau paparan whatapps.
Raja Ahmad Zainuddin Meninggal Dunia Daeng Selili Rating: 5 Friday, 9 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!