Thursday, 1 June 2017

Rafizi Jangan Sebar Maklumat Salah - Wee Ka Siong #MCA

Hari ini menjadi satu sejarah hitam buat pembangkang yang cukup dikenali mendedahkan pelbagai dakwaan meskipun ianya sekadar sekeping kertas yang tidak bersumber dan tidak diketahui mana asalnya. Seorang ahli peniagaan wanita, Florence Goh Siew Boey telah dianiayai oleh Ahli Parlimen Pembangkang dengan mendakwa Florence Goh yang dikaitkan dengan khidmat pelobi Amerika Syarikat 

Florence Goh yang merupakan pengarah CRT Insights Technologies Sdn Bhd dalam mempertahakan dirinya difitnah oleh Rafizi memberitahu akan perkara itu dalam satu sidang akhbar di sini bahawa beliau bukannya Florence Goh atau Pengarah Godfrey Group Limited seperti yang didakwa pemimpin PKR itu.

"Beliau (Razifi) menamakan saya dan syarikat dalam talian saya. Saya bergiat dalam perniagaan IT dan semua urusan dijalankan secara dalam talian. Perbuatannya itu menjejaskan perniagaan saya, nama baik saya dan keluarga saya," katanya pada sidang akhbar itu yang turut dihadiri Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Presiden MCA.

Dakwaan tanpa bukti yang sahih oleh Rafizi itu telah mencemarkan nama baik Florence Goh dan keluarganya, Rafizi sebelum ini sudah biasa dengan pendedahan yang tidak berasas dan memerangkap rakyat Malaysia dengan propaganda pembangkang yang hanya mahu meraih populariti murahan sehingga ramai penyokongnya dahulu kini tidak lagi mempercayai beliau.

Goh, 42, menuntut Rafizi membersihkan namanya daripada dakwaan tersebut serta memohon maaf kepadanya walaubagaimanapun pihaknya telah membuat laporan Polis terhadap Rafizi isnin lalu.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA, menegur perbuatan Rafizi ini supaya membuat semakan terperinci terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan agar tidak menyebarkan maklumat salah kepada orang ramai.

"Tidak adil kepada mereka yang disebut namanya. Beliau perlu lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan orang lain sebagai mangsa," katanya.

Rafizi sebelum ini memfitnah syarikat National Feedlot Corporation (NFCorp) dengan menuduh mereka menggunakan dana kerajaan membuat untung dari lapan aset hartanah.

Dalam kes itu pihak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memerintahkan Rafizi membayar ganti rugi RM200,000 kepada syarikat berkenaan. Jelas disini Rafizi seorang yang tidak bercakap mengunakan fakta sekadar bermain persepsi buruk dan menimbulkan rasa tidak senang rakyat Malaysia lantaran kata kata fitnahnya.
Rafizi Jangan Sebar Maklumat Salah - Wee Ka Siong #MCA Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 1 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!