Wednesday, 28 June 2017

Pilot Dan Krew Kabin Air Asia X D7237 Profesional - Liow #MCA

Dato' Sri Liow Tiong Lai, puji sikap pantas Air Asia

Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan memuji kecekapan juruterbang serta anak kapal Air Asia X yang berjaya mengawal situasi kecemasan yang melibatkan pesawat D7 237, penerbangan dari Perth Australia ke Kuala Lumpur.

Pesawat jenis Airbus A330 itu dengan penumpang seramai 359 orang berlepas dari Perth Australia pada 25 Jun 2017 terpaksa berpatah balik dan melakukan pendaratan kecemasan apabila berlaku masalah teknikal semasa penerbangan.

Liow menyatakan, juruterbang tersebut dengan profesionalnya telah bertindak pantas dan bijak untuk melindungi keselamatan penumpang di dalam pesawat tersebut.

Pesawat tersebut telah mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada jam 10 pagi, 25 Jun 2017. Kesemua penumpang kemudiannya dipindahkan ke pesawat yang lain untuk penerbangan tersedia atau pemulihan pada pukul 11:40 malam, hari yang sama.

Beliau juga turut memuji sikap profesionalisme krew kabin Air Asia X serta krew di darat dalam mengendalikan penumpang dan dalam masa yang sama memastikan keselamatan dan kesejahteraan mereka. 

Air Asia yang mempunyai rekod keselamatan yang sangat baik dalam penerbangan, menambah lagi keyakinan Liow bahawa Air Asia dan sekutu-sekutunya akan meletakkan kepentingan paling penting dalam keselamatan penumpang dan anak kapalnya. Beliau turut menyatakan kepercayaan beliau kepada Air Asia yang akan memastikan keselamatan sebagai salah satu tiang kekuatan dan pertumbuhannya.

Dato' Sri Liow Tiong Lai turut menyatakan bahawa beliau sangat memandang serius mengenai isu ini dan telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk melakukan siasatan dan membuat penemuan umum apabila penyiasatan selesai.
Pilot Dan Krew Kabin Air Asia X D7237 Profesional - Liow #MCA Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 28 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!