Wednesday, 21 June 2017

Perangi Fitnah, Perang Saraf - Tan Sri Annuar Musa #TSAM

Tan Sri Annuar Musa mengingatkan semua anggota parti UMNO diseluruh peringkat agar tidak mudah alpa terus melipatgandakan usaha memerangi fitnah dan serangan perang saraf pembangkang yang kini datangnya dari pelbagai bentuk serangan termasuk di media altenatif.

Tan Sri juga mengingatkan hanya kuasa rakyat yang berupaya mempertahankan negara ini dari tangan tangan asing yang sengaja mencari alasan untuk campur tangan dalam urusan negara ini terutama melalui parti pembangkang yang dilihat cukup terbuka berkomplot dengan entiti asing untuk mewujudkan keadaan huru hara, tidak selamat dan memberikan gambaran buruk terhadap negara Malaysia tercinta.


Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi sasaran pihak extremis dan proksi (pro zionis) yang mahukan negara ini diganggu gugat keamanannya.

Dalam laporan yang ditulis oleh pihak pemberita, Tan Sri Annuar Musa menjangkan Pilihan Raya Umum yang ke-14 (PRU14) bakal berlangsung diantara Ogos - Oktober 2018

Oleh kerana PRU14 dijangka kurang dari 2 tahun dari sekarang. Agen agen pro zionis termasuk Jabatan Keadilan Amerika (DoJ) dengan bantuan tali barut yang ada di Malaysia melancarkan serangan berterusan demi agenda pertukaran kerajaan memerintah pada hari ini dengan pelbagai tuduhan fitnah tidak berasas termasuk melabelkan pemerintah hari ini bersikap kejam dan zalim.

"Saya menyeru seluruh ahli UMNO terus mempamerkan ketahanan dan jati diri pada tahap tertinggi bersama semua pihak lain yang sedar serta bersedia memperkasakan perpaduan ummah dan mengukuhkan tahalluf siyasi bersama kita," katanya.

Mereka mereka ini tidak mahukan kebenaran mereka hanya menabur fintah dan adu domba yang tidak memberikan manfaat yang baik, malah ia hanya memberikan berita kepada rakyat Malaysia yang sukakan cerita sensasi meskipun ianya hanya fitnah dan tidak bersumber.

Ahli parti sewajarnya bersatu hati dalam berpersatuan dan berikan ketaatan dan kesetiaan kepada para pemimpin. Ketahanan jati diri perlu kerana UMNO parti yang memerintah negara ini yang paling layak untuk memperjuangkan nasib rakyat negara ini.

"Saya menggunakan pendekatan "kayu untuk menumbangkan kayu" iaitu menggunakan orang dalam negara itu sendiri untuk bertelingkah sehingga kekuatan politik menjadi lemah akibat pergeseran dalaman," katanya 

Perangi Fitnah, Perang Saraf - Tan Sri Annuar Musa #TSAM Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 21 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!