Friday, 9 June 2017

Negara Akan Porak Peranda Jika Pakatan Harapan Jadi Kerajaan #DAP

DAP Dan Sekutunya Lebih Baik Jadi Pembangkang Dari Jadi Kerajaan.

Sebuah negara yang membangun dan maju seperti Malaysia mestilah mempunyai hubungan baik dengan negara serantau, ekonomi yang kukuh dan lanskap politik yang stabil terutama dalam pembentukan sesebuah kerajaan tersebut.

DAP yang mengepalai Pakatan Harapan yang kini mengambil alih tugas PAS yang sebelum ini dilihat sebagai pembangkang utama di Malaysia masih gagal dalam memberikan hala tuju sebenar kesepakatan pembangkang di Malaysia. 

Rata rata pemimpin kompenan dari dalam parti parti pembangkang yang kononnya bersatu tersebut mereka gagal memberikan kata putus siapa ketua pembangkang yang selayaknya walaupun kini semua sedia maklum Wan Azizah tak lebih dari catur Anwar Ibrahim yang seperti lagu nyanyian RONNIE HUSSIEN - MENANTI JANJI [OST Biar Aku Jadi Penunggu] kedudukan Wan Azizah itu jelas tidak layak dan inilah bentuk suburnya amalan nepotisma yang jelas didepan mata rakyat Malaysia.

Baru baru ini majlis yang mahu mengangkat semangat penyokong Pakatan Harapan yang mana ketika mana para pemimpin parti nepotisma/kronisma (PKR/DAP) melaungkan “Anwar Ibrahim PM ke 7” insiden dilekehkan sendiri oleh anggota komponen iaitu PPBM (Mahathir) menjadi bualan umum.

Memetik kata kata Ketua Penerangan UMNO Pusat Tan Sri Annuar Musa yang membezakan parti majoriti pemerintah hari ini yang lebih feksible dan cukup bertoleransi sesama ahli persatuan dan komponen partinyanya

"jika ada ahli UMNO yang buat silap, kita akan tegur dan berbincang seperti satu keluarga"

"Majlis Tertinggi (MT) juga sentiasa memberi peringatan kepada ahli supaya jangan bersikap individualistik tetapi dahulukan kepentingan politik parti dan negara" katanya

Baca sini juga : http://mantra-indeeptots.blogspot.my/2017/06/pakatan-harapan-hanya-layak-di-kerusi.html

Daripada kata kata beliau jelas ketelusan parti UMNO/BN ikhlas dalam memperjuangkan nasib rakyat dan memajukan negara ini dalam kesepakatan berkongsi kuasa bebeza dengan parti pembangkang yang meletakkan anak isteri dalam lubuk politik dalam parti ciptaan hawa nafsu serakah yang akhinya rakyat ditipu hidup hidup.

Kecelaruan idealogi dan perancangan Pakatan Harapan ini jelas mereka gagal dalam mengawal parti komponennya sendiri dan setiap mereka sering belagak tidak bersalah dan mengamalkan sikap menunding jari kepada orang orang lain sedangkan ia adalah kegagalan yang ditempa oleh mereka sendiri.

Para pembaca lihat pada proses pemilihan logo Pakatan Harapan yang dianjurkan oleh salah satu parti dalam komponennya yang sehingga hari ini masih didalam pertikaian. Jika benar Pakatan Harapan bersatu hati kenapa tidak gunakan LOGO DAP sahaja logo Pakatan Harapan untuk mengharungi pertembungan pada PRU14 akan datang.



BUKTI Nepotisma Pakatan Harapan :

DAP dikuasai Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng yang kini terhimpit dengan dakwaan rasuah penjualan tanah, Siapa pun dalam anggota parti tidak mampu untuk menumbangkan ‘Dinasty Lim’ yang kekal berkuasa dengan sistem pemilihan yang susun atur atas nama demokrasi taik kucingnya .

PKR dikuasai Anwar Ibrahim dan isterinya Wan Azizah yang turut ‘join venture’ dengan anaknya sekali Nurul Izzah dalam agenda mengekalkan kuasa dalam partinya.

PPBM dikuasai Mahathir dan anaknya Mukhriz manakala presidennya hanya boneka yang diwujudkan menjadi alas kaki anak beranak ini pijak sehingga tidak ada fungsinya sebagai ketua sesuatu parti, manakala Mukhriz sering mencabar orang lain untuk berdebat dengan ayahnya sedangkan dia sendiri tak berani dan ini jelas gelaran 'boboi' sesuai dinobatkan kepada beliau.


Negara Akan Porak Peranda Jika Pakatan Harapan Jadi Kerajaan #DAP Daeng Selili Rating: 5 Friday, 9 June 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!